Thursday, January 4, 2018

HOMESTAY DI TAPAH

Persiapan untuk wawa ke UiTM Tapah ni aku dah prepare awal2 termasuk book homestay di Taman Sri Damai yang tak berapa jauh dari UiTM. Rumah teres setingkat dengan 3 bilik tidur. Hajat hati tu nak angkut la depa2 yang berminat nak ngikut..tapi tak kesampaian sebab tarikh 2hb Januari tu dah start sekolah..Tu pun aku jack gak adik aku untuk melepaskan "bantal busyuk" nyer semalam jer untuk meneman dan menolong aku dalam urusan baby ni.

Aku memang suggest korang sapa-sapa yang nak ke Tapah atau yang nak menghantar anak belajar di sana untuk menyewa homestay ni LY Guest house. Rumahnya luas dan yang penting bersih. Aku hanya berurusan dengan helpernya iaitu Puan Azian selang sebuah dari rumah yang kami duduki.

Tau lah kalau dah jumpa adik beradik kan..bersembang dan ketawa macam tak hinggat awak tu berjiran...sampai kul 2 pagi..walhal soknya tu nak mendaftar baby pukul 8.30 pagi. Ate..dah mengadap kuaci, kacang , keropok segala..mau mata tak bontang beso nyer.. Emak time ni dah sampai mana tah dah berdengkur kepenatan....tinggal kami tiga beradik bersembang kosong...

Bagi sesiapa yang berminat boleh lah hubungi En Mazran 013-595 9751.


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com