Tuesday, December 26, 2017

MUGA DIA TENANG DI SANA...

Balik dari PD selepas meeting amat memenatkan aku ditambah lagi kena menghadiri majlis kahwin di Senawang dan Kuala Selangor. Namun setibanya kami di rumah..tanpa rehat, berkejar pulak ke Hospital untuk melihat kakak ipar yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman di kepala.

Takdir Allah mengatasi segalanya bila beliau pergi jam 11 mlm. Urusan mandi jenazah kami uruskan 4 beranak ditemani seorang anak saudaraku jam 2 pagi. Thanks God kerana menghadirkan dia untuk menemani aku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Namun van jenazah seperti yang diberitahu akan tiba selepas solat Subuh tak kelihatan..Kami terpaksa bermalam di bilik mayat menemani arwah yang telah selesai dikapankan. Takut? Alhamdulillah..Allah beri aku kekuatan tanpa rasa takut tidur di sisinya. Cuma agak kurang selesa maklumlah terpaksa tidur duduk di kerusi bertemankan nyamuk. Tak mengapalah..kupujuk hati untuk bersabar dengan dugaan Allah ni...Inilah penghormatan terakhir aku padanya ..pertolongan yang tak seberapa berbanding kebaikan arwah pada aku selama aku menjadi iparnya.

Syukur..beliau selamat disemadikan sebelum solat Zuhur.. Muga arwah diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para muslimah yang solehah...Al-Fatihah




No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com