Monday, December 4, 2017

CARRIBBEAN RESORT & WATERPARK

Dengar nama cam gah bunyinya kan...Carribbean udah cam Pirate Carribbean plak.. Ngeh! Ngeh! Tu lah pengurusan baru yang menggantikan Primaland Resort di Port Dickson yang dah gulung tikar. Try gak review tentang company ni kat internet and so far so good..

Memula akak beli apartment resort di Pasir Panjang Port Dickson ..tak hinggat plak bila tarikhnya tu. Plan kami memang bukan untuk perniagaan tapi sebagai istana hinggap bila nak berkumpul adik beradik berkelah kat situ. Sempat gak la akak bawak arwah abah ke sini bermalam beramai-ramai dengan adik beradik. Memang hapenning time tu...

Dari Tiara Beach resort bertukar tangan ke Best Western dan seterusnya ke Primaland Resort semuanya tak mampu bertahan.. Kini pengurusan baru iaitu Carribbean Resort akan mengambilalih taman tema air yang sekian lama terbiar hijau dek penuh dengan lumut.. Sedih tau masa akak datang ke sana untuk mesyuarat penduduk tempohari..Sepi jer persekitarannya ..tak der lagi suara riang ria gelak tawa budak-budak (bukan budak je yer..mak pak pun sama naik terjun kolam)

Harap sangat pihak pengurusan terbaru ni dapat mengembalikan zaman kegemilangan tempat ni macam yg mula-mula dulu. Paling penting, akak minta mereka lebih bertolak ansur dengan kami owner apartment ni tanpa mengenakan wristband macam company sebelum ni. Nak charge monthly pun tak ngape asalkan family kami dapat terjun tiruk dalam taman tema tanpa apa-apa syarat lain.. Win-win situation la kan..Korang dapat customer dan kami pun tak terbeban dengan bayaran tiket yang mahal seperti sebelum ni...

Hope to hear a good new from you Carribbean!

Zaman yg kurindukan...




Khabarnya akan beroperasi after Chinese New Year..So sapa-sapa nak menyewa studio akak yang betul2 mengadap taman tema ni..boleh la calling2 akak yer...



No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com