Sunday, May 6, 2012

KENALI PASANGAN ANDA...

Kalau kita suka dengan seseorang..mesti kita nak tanya banyak perkara tentang dia kan? Tentang apa yang dia suka.. makanan, minuman dan macam2 lagi lah. Dalam zaman bercinta, masing2 berusaha nak menjaga hati antara satu sama lain..

Tapi bagaimana bila kita dah melangkah ke gerbang perkhawinan? Apakah kita masih meneruskan pencarian dalam mengenali pasangan kita tu? Perlu ! dan wajib bagi kita untuk mengenali pasangan kita. Ini di antara tips untuk kita terus mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama.

Mungkin ketika bercinta dulu, citarasanya berbeza dengan selepas berkhawin. Bila dah bersama satu bumbung, kita akan dapat mengenali pasangan kita dengan lebih dekat lagi. Sebagai contoh..mungkin minat kita dan dia berbeza tapi berusahalah untuk belajar mendalami tentang minatnya.

Hubby aku minat memancing sedangkan aku "Boring tahap gaban" menunggu berjam2 camtu. Namun aku cuba untuk "memasuki dunia"nya. Sekiranya masih tak get along gak...cukup lah sekadar kita memahami tentang minat dia dan paling penting tak menghalang dia dengan aktivitinya tu. Jangan berhenti mengenali pasangan anda!

p/s: Memancing ikan jer tau...bukan "ikan pirana" yang suka mengigit tuh!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com