Sunday, October 22, 2017

HIASAN MURAH TAPI MASIH NAMPAK CANTIK

Aku ni memang sejak azali bukan jenis wanita yang pandai menghias rumah tapi dah jadik bini orang ni..nak tak nak kenalah belajar serba sedikit tentang hiasan rumah ni. Sejak dah kahwin ni, minat menghias rumah tu dah jadi satu hobi plak. Tambah lagi bila kat shopping Mall tu banyak kedai yg menjual hiasan dalaman cam Kaison contohnya..

Gigih la add group deco2 rumah ni untuk menambah pengetahuan dan mencedok sedikit sebanyak idea kreatif depa.  Semalam pegi Eco shop dengan hubby...saja nak cuci mata kononnya. ternampak plak la pasu kecil lut sinar yang berwarna warni. Teringat hiasan yang aku letak kat dapur tu..dah lama dan jemu dah mata memandang.


Abaikan ruang dapur yg berselerak tu..Anak bujang tgh masak favourite food dia tu

Sebelum meletak hiasan tu, aku bersihkan dulu tempat hood tu. Biasalah kan..selalunya tempat tinggi ni memang jarang kita tengok apalagi nak bersihkan selalu. Dek kerana mood menghias rumah dah berkobar-kobar, laju jer aku buat semua tu. Puas hati bila tengok kitchen cabinet aku yang putih tu bersih tanpa habuk dan minyak..

Biar hiasan bukan dari jenis yang berjenama tapi kalau pandai kita sesuaikan dengan tempat ..masih nampak cantik kan?


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com