Sunday, June 24, 2012

GOTONG ROYONG MENJELANG PUASA

Bila kita tengok orang buat kerja mengecat ..huh! nampak mudah kan? Tapi pada sapa yang penah ada experience mengecat especially untuk tempak yang besar cam tembok pagar (bukan tembok Besor China yer..) tau ler camner rasa penat nyer.

Semalam, kami mengadakan aktiviti gotong royong (yang tak berapa beroyong) sebab cuma hubby dan ipar aku dak Nizam ni yang datang menyerahkan diri membantu emak.Yang lain tu..tak yah citer ler yek sebab masing2 ada kroje memasing. Dua orang tu memang ler businessman yang pada hari Ahad pun busy tapi sorang lagi tu...maleh nak aku nak komen..pempaham jer lah..sapa nak menyusahkan diri buat kerja2 camni kannn...

Aktiviti bermula dengan menyembur air menggunakan pump jet ke tembok pagar bertujuan membuang lumut yang dah cam rumput carpet melekat kat situ.Punya ler semangat dua hero ni menyudahkan kerja dorang. Hubby aku lebih semangat dengan rokok yang sentiasa melekat kat bibirnya. Udah cam puting aku tengok..tak lekang2 dari pagi sampai ke malam.

Disebabkan boring menunngu dia..aku pun cuba ler membersihkan kolam ikan mini arwah Abah. Ikan2 tu aku masuk dalam baldi sementara aku mencuci kolam tersebut. Time nak masuk air, dorang kata tak usah dulu sebab takut air kolam kotor balik dek pancutan air yang berdekatan. So aku bior jer lah ikan tu berhimpit2 dalam baldi tadi.

Hampir pukul 11 malam baru aku balik...penat sungguh. Masa nak memejamkan mata tu..teringat sesuatu! Ikan still dalam baldi! Owhhh!! kesiannya korang....sowey ler...aku tak sengaja beb, betul2 lupa dah ngok ngek bercerita dengan adik aku sorang tu. Sure emak membebel besok tengok ikan dia sengsara dalam baldi tu.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com