Sunday, June 17, 2012

1st DAY PUASA GANTI

Biasa ler kan..1st day berpuasa...udah ler tak bersahur, makan malam tadi pun meehun goreng punya ler pedas meraung. Tak sanggup aku nak mengabihkan sebab rasa cam makan cili boh semata2.

Biasanya sesampai jer kat ofis, tugasan pertama aku ialah aktiviti mencelikkan bijik mata iaitu buat nescafe...Tapi bila dah puasa ni..nescafe tu kena ler dibuang jauh2 dari ingatan. Tu yang buat aku menguap selang 5 minit ni. Rasa cam nak jammed rahang aku ni dek terbukak katup tak berhenti.

Terlupa sekejap yang aku puasa..selamba badak jer amik kek yang kakak senior bagi..Nasib baik belum masuk mulut. Kalau tak tu..kira wassalam ler kan. sebab tak sengaja..hik! hik!.Memandangkan hari ni posa..so aku berkebaya batik hijau  hari ni. Selalu tu..lebih selesa pakai suar atau skirt labuh tapi disebabkan hari ni aku tak kuar lunch..tu yang aku pakai pario tu..high heel lagi ko!

Insya Allah..lepas habih posa ganti aku ni..kalu diizinkan...aku nak berpuasa ganti bagi pihak arwah abah plak..Mana2 posa nyer yang tak terbuat ketika dia sakit dulu...akan kucuba ganti beransur-ansur. Tu jer hadiah aku buat arwah selain dari doa yang berterusan untuk bekalannya di sana.

Hari Bapa selalunya aku sambut bersama abah dengan membawa dia kuar makan. Tapi kali ni...hanya bacaan yassin sajer hadiah yang dapat aku berikan...Selamat Hari Bapa buat Abah yang sentiasa dihati kami....(tengah control airmata nih...)

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com