Saturday, August 9, 2014

TENGOK ORANG LA KALAU NAK MENIPU PUN...

Manusia ni pelik...Kadang-kadang bila kita baik...bertolak ansur..jujur maka akan ada ihsan yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan kita.

Mungkin kalau orang yang berperangai begini lain  bangsa dengan aku..aku boleh terima tapi ini bangsa aku sendiri!. Semua orang mahu duit tapi biarlah pada jalan yang halal dan hasil dari usaha dan titik peluh ko sendiri.

Al kisahnya seorang mamat ni bersetuju untuk membuat pelan rumah aku..bayaran telah dibuat pada tahun 2009 tapi sehingga sekarang keja yang dijanjikan tak dibuat . Oleh kerana dia deal dengan hubby aku, so aku biarkan hubby aku settle tapi mamat ni take for granted bila tengok hubby aku yang cool tu.

Sudahnya aku terpaksa campur tangan. Dengan bukti yang aku ada, barulah mamat ni mengalah..dengan menyerahkan cek petang tadi. Pandai plak minta aku bersihkan nama dia di Jabatan tempat dia keja. Aku bukan lah kejam sangat...aku akan tarik balik aduan aku hanya setelah cek yang ko bagi tu clear..Make sure la yang ko tu tak menipu dgn kes cek tendang plak kali!

Ini jadi pengajaran pada korang blogger kat luar sana..jangan mudah percaya pada orang..Dan buat mereka yg terfikir nak menipu orang tu..jgn fikir semua orang boleh anda sembelih..silap2 anda sendiri yg malu..


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com