Monday, November 20, 2017

MAEPS

Aktiviti hari ni..seperti yang kami plan ialah melawat pameran kereta di MAEPS Serdang. Mak aiii ramainya visitor ..Nak masuk dikenakan bayaran RM10 seorang.. Dari tempat parking nak ke Dewan tu jauh menapak tapi mereka sediakan shuttle bus..kalau tak tak kuasa aku nak berjalan kaki ke sana.

Memang mengujakan saat melihat kereta yang dipamerkan. Memang kawasannya agak luas sebab banyak syarikat yg mengambil bahagian..berjalan di dalam tu memang agak memenatkan tapi ikutkan aja kehendak hubby dan anak bujang aku tu.

Ikutkan plan hubby aku katanya nak servey jer keta untuk Abang jer.. mana tau kata sana Abang dah menyangkut kat keta Honda..kemain lagi membelek luar dalam. Memang nampak teruja sungguh dia masa tu. Hubby aku lak sama naik..Tup-tup hubby aku kata Abang nak keta tu..Aik!! macam beli cekedis lak dua beranak ni?.

Ikutkan dia nak kereta secondhand Mitsubishi Lancer tapi hubby aku tak berapa setuju sebab reganya lebih kurang jer dgn harga baru. Lagipun model yg dia suka tu dah tak de keluaran terbaru yang macam tu. Bila aku suggest dia beli kereta Proton..ni jawapnya.. Dia rela pakai wira lama dia tu...
Huh! anak zaman sekarang..taste tinggi.. Aku dulu usah kata kereta..mintak basikal pun tak berani dengan Abah.

Ni la keta idaman kalbu anak bujang aku

 Bahagian sisi Honda Civic

Akhirnya...Abang berjaya dapat keta idamannya


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com