Saturday, November 11, 2017

CEPATNYA MASA BERLALU..


Hari-hari dok membilang hari...kalau dulu rasa hari ni lambat nau berjalan tapi lately ni rasa cam berlari2 jer masa tu.. 

Aku tengok baby relax jer main hp sedangkan aku ni bagai nak rak menyediakan senarai barangan yang dia nak bawak, siap survey homestay yang berdekatan walaupun surat tawaran belom pun keluar lagi. Hubby aku memang sedia maklum wife dia ni. Aku paling tak suka buat keja last minit okay!.. Nak gi holiday contohnya..aku siap survey hotel, kat mana kedai makan dan paling penting tempat shoping.




Tapi nak keUITM Tapah ni, tak ler plan nak shopping pun..udah bz dengan anak dara sorang ni. Harap dia nak buat semua...berkemas barang..haish! entah ler. Tapi makin dekat waktunya..makin terasa lak sedihnya nak berpisah dengan dia. Dari kecil sampai la umur dia 18 tahun..tak pernah sekalipun dia jauh dari aku. Setakat nak gi camping tu biasa lah 2-3 hari. Time dia ke Jepun dulu..(opss ada rupanya dia jauh dari aku)..hari-hari kami buat video call. Tapi tu seminggu jer...ni lama ko...sop! sop!
Walaupun aku cakap kat adik beradik yang aku takkan nangis lepaskan dia kat sana tapi sebenarnya aku dah banyak kali nangis dalam kereta sepanjang balik ke office (kik! kik!) kebal konon..uwekks!
Sebab tu, aku gigih mengajak adik yang sorang ni..auntie baby sebab adalah teman aku nangis nanti. Idok la malu sangatkan...haha..



No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com