Thursday, November 3, 2011

APA YG TAK KU KETAHUI TENTANG ABAH..

Dalam usia menjangkau setahun ke setahun ni..terfikir aku..apa agaknya yang difikirkan oleh orang tua kita. Sedari kecil, kami dididik dengan penuh kasihsayang. Namun itu tak bermakna Abah membiarkan kami melakukan apa saja. Didikan beliau yang agak tegas kadangkala buat aku rasa terkongkong tika itu. Tanpa aku sedari abah melakukan demikian kerana kasihsayang terhadap anak2nya begitu menebal.

Sewaktu sakit
Sedang emak tidur..abah yang akan berjaga disisi kami. Memastikan tubuh yang panas dilap dengan air. Menyapu ubat ditempat yang sakit...

Sewaktu keluar dgn kawan2
Boleh dikira dengan jari...berapa kali abah memberi keizinan untuk keluar dengan kawan2. Rasa bertuah bila melihat kawan2 bebas ke sana sini. Tanpa aku tahu..abah bimbang keselamatan anak daranya dengan kehidupan manusia diluar sana.

Sewaktu diijabkabulkan
Aku kecil hati bila Abah enggan mewalikan aku dengan alasan yg kurasa tak munasabah tika tu. Baru kutahu..rupanya abah tak sanggup melepaskan tanggungjawab yg dipikulnya selama ini ke tangan orang lain.. Sewaktu di pelamin juga, abah enggan menepung tawar. semua itu kerana tak sanggup memikirkan aku akan "pergi" jauh darinya.



Sewaktu abah sakit
Dia seolah2 sihat sentiasa..walaupun tika tu mungkin sedang menahan kesakitan. Satu2 nya rahsia yang disimpannya ialah bila doktor memberitahu Abah cuma boleh bertahan paling lama cuma 3 bulan...Aku cuma mengetahuinya baru2ini setelah 6 bulan Abah tiada di sisi kami. Dia minta emak merahsiakan dari pengetahuan anak2nya kerana tidak mau kami sedih... dan patah semangat.

Banyak sebenarnya yang aku tak tahu berkenaan Abah..tapi yang pasti...Abah di antara insan teristimewa yang penah hadir dalam hidupku...Dan bukan rahsia lagi yang perlu aku simpan bahawa Abah satu2nya insan yang amat aku rindui saat ini...

1 comment:

  1. sungguh kebetulan.saya juga buat entri yg sama tentang ayah..

    tak balik raya,lagi la rindu..huhu

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com