Friday, March 1, 2013

LELAKI PUN PANDAI MENGEMAS

Sapa kata lelaki tak tahu mengemas? Buktinya penyewa baru akak ni...student ITM gitu. 1st day masuk umah, dah pegang penyapu okay...kalah student pompuan yang sebelum ni yang menyewa kat sini before..

Hari ni akak and hubby datang buat lawatan sambil bekerja..nak betulkan lampu dan sink toilet yang 'dimakan'  dek bebudak yang tinggal kat sini dulu. Masuk jer umah..nah ko! siap pasang langsir gitu...Kelas ko dekkkk eh sorry nakkkk..baya anak aku okay.

Umah bersih...pendekkata kalu nak kasik point kat bebudak ni..akak berani bagi 9/10 :  Bukan senang nak dapat pujian akak ...Memang sepatutnya lah kita menjaga kebersihan rumah yang kita sewa sebab kita yang dok kat situ iyer tak.

Jangan macam setengah penyewa tu..mentang2 bukan umah dia, tak penah cuci toilet mula dari dia masuk sampai ler dia berammmm. Dah ler duit letrik dia kapur,....sewa rumah yang ceciput tu pun dia kebas. Dah tu balas plak sms aku dengan bahasa kuang ajar dia. Sian mak bapak dia dapat anak tak makan ajor cenggini. Memalukan family jer.

Syukur sebab aku dapat penyewa yang jauh lebih baik berbanding dia.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com