Friday, March 29, 2013

DENDAM DAN SIHIR

Dalam dunia serba moden ni...sedang manusia berlumba-lumba mencari kemajuan..ada gak orang yang masih berada di takuk lama pemikirannya.

Asal dendam ajer..nak menyihir menggunakan ilmu hitam atau pun ilmu yang berdamping dengan syaitan. Semua tu kerana dah tak nampak jalan penyelesaian atau hati dah ditutupi dengan dosa.Sedang dia ketawa puas dengan perbuatan jahatnya tu..mangsa menderita kesakitan.

Jelas, orang sebegini tak percaya akan siksaan kubur dan balasan di akhirat kelak. Sesuatu yang pastinya tidak dapat kita elakkan. Kepuasan kerana dendam tu cuma sementara sedangkan siksaan yangenanti kita di sana nanti berpanjangan dan amat pedih.

Pada sesiapa yang mendampingi perbuatan sihir..bertaubatlah sementara anda belum terlambat..

Buat sahabatku...kuatkan semangatmu. Ingatlah bahawa tiada yang lebih berkuasa selain dariNya..Insya Allah..kesakitan yang dirasai akan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda andai kita redha dengan ketentuannya.Semuga Allah menerima doa-doa dari kami untuk kesihatanmu pulih seperti sediakala...Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com