Friday, March 29, 2013

ORANG KETIGA

On the way ke office pagi tadi, terdengar ler siaran hot fm mengenai artikel di Harian Metro tentang akta yang akan memenjarakan sesiapa yang menjadi punca keruntuhan rumahtangga.

Kedengaran di telinga aku ni agak janggal bunyinya. Paling tambah hot tu bila talian dibuka kepada peremuan yang pernah menjadi orang ketiga..Adalah satu pompuan ni call..mengaku dia penah jadi orang ketiga.

Tapi biasalah kannnn..."Dah berak tengah jalan, tak kan nak ngaku najis tu dia yang empunya". Ayat dia yang buat telinga aku berdesing tu ialah bila dia menyalahkan perselisihan faham suami isteri tu sendiri yang menyebabkan wujudnya orang ketiga. Ko pakai akal ke masa bercakap tu Jenab oi!.Ko jangan lupa, kalau tak kerana orang ketiga tu yang memberi ruang dan mencari peluang..perkara camni tak jadik.

Dengan kata lain, biasa ler adat suami isteri ni..ada masanya dilanda badai. Tapi sebagai orang luar, kita jangan ler pasang "lukah"  menahan jerat di air yang keruh...

Hari ni kau melukakan hati kaum sejenis..esok lusa, giliran kau pasti sampai. Kalau tak pun cili atau penyapu yang sampai ke muka ko!.Oleh itu...tak usah la bercita-cita memegang gelaran orang ketiga atau perampas (ayat paling badasss). Cam dah tak laku nau bunyinya...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com