Sunday, December 28, 2014

STATUS TERBARU...

Ello bloggers di luar sana...dalam keadaan hujan yang manjang turun ni dan dakam keadaan aku demam selsema dan batuk segala...(lorr..demam lagi...) akak tetap nak update blog ni.

Sajer nak bercerita tentang status renovation umah aku sekarang. Dari ruang tamu, nak ke dapur lama..dindingnya dah dirobohkan separuh bagi membolehkan pintu ukiran ala Bali diletakkan di situ. Excite tang bab ni sebab aku dah nampak keindahan seni ukirannya yang halus tu..Tak sia-sia menunggu lama sebab aku cukup puas hati bila tengok kemasan dia selepas di varnish.

Bilik air pun dah dipecahkan. Plan kami nak besarkan bilik bawah dan nak buat guest room. Aku jenis cukup tak suka tetamu tidur di ruang tamu aku. Dengan perabot kena alih dan paling penting aku tak suka dorang guna kusyen aku sebagai bantal peluk...eiuuuwww please....

Kitchen cabinet supplier tu dah tak sabar nak install cabinet dia tapi memandangkan kontraktor aku ni tak settle lagi tiles dia..maka terpaksalah ditunda lagi. Tiles yang kami order tu khabarnya kehabisan stok dan terpaksa diambil di Johor tempat kilangnya. Khabarnya esok sampai...

Nanti aku update status yang lain yer..nak zzzz...kepala dah ting tong lepas makan ubat selsema..Bye!


Ni la pintu gerbang aku sebelum di varnish.Aku belI di area Sg.Buloh menuju Subang dengan harga RM4,000.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com