Wednesday, October 8, 2014

CORAK UKIRAN PADA PANEL KAYU

Sepanjang hari ni penat sungguh rasanya!. Apa taknya..tatkala orang bercuti, aku sibuk mencari bahan atau material yang sesuai digunakan untuk ubahsuai rumah. Al-maklumlah kan..budget ciput jer..kalau banyak duit dah lama aku hired satu interor designer untuk renovate umah aku ni. Tapi still hubby aku ni akan campur tangan gak sebab dia yang paling cerewet bab ubahsuai rumah ni berbanding aku.

Time ni aku dok sibuk survey kat internet tentang kayu ukiran melayu yang dipanggil kayu manis aka papan cantik. Kat pantai timur dipanggil layu peleh kalau tak silap.


Untuk pengetahuan blogger yang tak tau kayu ni untuk letak kat mana...haa...kat sini la tempatnya. Ianya sebagai aksesosi tambahan jer. Biasa tengok kan? Kebanyakkannya ada pada rumah2 tradisional melayu lama.



 Plan kami, kayu ni aku nak letak kat berandah rumah di tinggal atas dan kayu berandah plak camni...So far, untuk kayu manis tu aku dapat RM18 hengget sekeping (belum campur varnish lagi tau) dan kayu untuk berandah tu paling murah pun aku dapat RM28 hengget sekeping. Ni pun bergantung pada jenis kayunya gak..

Kalau tengok corak design nyer tu memang rambang mata dibuatnya..tapi we all dah decide nak pilih corak di atas. Mungkin bagi orang yang suka rumah bentuk moden tak pandang design yang begini untuk diterapkan di rumah tapi aku suka demi memenuhi impian untuk mendapatkan  rumah ala resort. Tak banyak sket pun jadilah kann...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com