Sunday, October 19, 2014

PROGRESS TAH HARI YANG KE BERAPA...

Hiiii.akak bersiaran lagi di petang Ahad yang damai ni...Eik damai amende nyer kat umah ni kalau dah berdentam dentum depan belakang! . Bukan bunyi mercun sempena Depavali yer tapi bunyi pekerja2 kontrak yg tengah gigih menyiapkan umah aku.

Sekarang ni, diaorang tengah memasang atau mengikat besi sebagai beam untuk lantai rumah. Kalau tak der aral..monday ni, sampau ler kren untuk mencurah simen untuk bahagian depan dan belakang rumah aku nanti.



Ni ler antara gambar yang sempat aku snap untuk tatapan korang.Ni bahagian depan rumah ni. Agar sukar jugak nak keluar rumah disebabkan kayu2 yang terpancang ni. Hari ni agak sibuk sket sebab dalam masa yang sama electrician pun datang untuk fix wayar dan plug untuk lampu, kipas dan auto gate.

Masa ni la..bengang dengan hubby sebab semua nak ikut kepala dia jer..Even dah disuggest oleh electrician dia tetap gak nak buat cam yang dia plan. Sudahnya aku terpaksa masuk campur. Ada ke patut nak letak kipas kat tempat porch keta sampai 6 bijik??.  Mabuk kretek ke apa laki aku ni! Hangin dah aku..rasanya wireman tu pon perasan muka aku dah nak bertukar kaler! Ingat ni dewan sekolah ke haper?? At last aku menang sebab baby dgn Abang pun membantah. Huhu...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com