Sunday, October 12, 2014

SOK PT3 !!

Macam kebiasaannya..setiap kali anak nak exam..aku yang gelabah puyuh lebih...mulut pit pet mengingatkan anak dara nan sorang ni tentang IC dia, persiapan baju sekolah dia..lencana hatta suar kecik dia pon aku suruh prepare letak setempat. Semua tu sebab tak msu dia kelam kabut esok. Kang aku lebih kalut bila tengok barang yg dicari tak jumpa.

Baby ni..boleh relax lagi..bila aku tanya tentang persiapan..dan2 tu baru bagi tau nsk brli ballpen...Hish bertuah ko kan! Apasal tak tunggu esok jer atau dah nak masuk dewan exam tu baru cakap sumer ni..mulalah mulut mama dia ni jadi cam pengulas sukan bola!

Ikutkan segalanya dah aku sediakan. Sekarang terpulang pada dia untuk membuat yang terbaik.. Ya Allah ..aku serahkan segala nya kepadaMu...Kau kabulkanlah permintaan kami yang mahu melihat kejayaan puteri kami ini.

Good luck sayang...Doa dari mama, ayah, abamg dan semuanya sentiasa bersamamu. Do your best tau!. GOOD LUCK TO ALL ST. MARY STUDENT YG AKAN MENDUDUKI PT3 EXAM ESOK..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com