Thursday, December 9, 2021

HATI HITAM SUNGGUH!

Lagi-lagi kisah orang yang hasad dengki..Bila la nak habis topik ni yer. Sis rasa sampai kiamat pun..tak kan habis nyer.

Kisah yang terjadi kat area rumah adik sis baru-baru ni. Adik sis ni renovate umah atas bawah di bahagian belakang. Al-kisahnya..ada la panahan mata setan yang irihati dan tak senang duduk tengok rumah adik sis tu membangun dengan jayanya. Siap report kat Majlis tu..

Ingatkan hero sangat..bila my BIL bersemuka.. buat drama plak konon bukan dia buat yang komplen tu bla..bla. Yang pastinya malaun ni lah yang interview kontraktor tu sepanjang masa renovation berlaku.. Tak de hantu lain kecuali mamat belakang rumah ni..Tapi teloq masuk ke dalam bila berdepan dengan adik sis..Apa cer jantan spesis ni?

Yang herannya ko tak malu ker..muka tu tampal dengan kulit babi eik!. Selama ni menumpang tanah adik aku, letak macam-macam barang buruk kau kat belakang tu tanpa rasa bersalah. Dan ko sedar ke yang rumah yang ko dah renovate tu pun dah sampai hujung longkang. Dalam ertikata tak ikut prosedur Majlis tau?? Sis pun boleh komplen kalau sis nak...

Masa sis yang duduk di sana dulu..makan hati gak dengan sikap omak dia (rumah sebelah umah sis) yang dok letak reban ayam belakang rumah sis tu. Rumah dia elok bersimen sampai ke longkang..kita plak disuruh menghidu taik ayam dia. Lepas ayam semua dah habis dimentedarah..dia bela pulak arnab kat situ. Nasib baik tak bela babi pulak... Kena sekolah dengan my SIL..haha barulah datang cerdik dia sikit...

Moral of the story..nama je orang Islam tapi sikap dan perbuatan kau tak sikitpun melambangkan agama kau!. Satu jer sis nak pesan...kalau rasa-rasa ko tu tak de duit..tengok jerlah orang renovate umah cantik dari kau..Kalau teringin gak..usahalah...bukan usaha menjatuhkan orang!!


Tuesday, December 7, 2021

BILA ALLAH MENGUJI KITA..

 Sis ni jarang sakit...kalau tengok record MC sis pun cantik jer..idok ler manjang mc..tapi iyerlah kan..kita ni manusia yang namanya lagi hamba Allah..diuji dengan kemewahan..kita gembira malah bersyukur dengan kurniakannya. Tapi jika Allah nak memberi sedikit ujian pada hambanya..maka dengan rasa redha kita menerimanya ..

Macam sis ni, sis diuji dengan sakit demam, batuk selsema dan sakit tekak uolls... No..no. no..bukan covid uolls sebab sis dah buat saliva test dan hasilnya negative hokey. Kisahnya bermula sis demam tu ialah kerana sis dok menganti air kolam kan sis yang kotor dek gara-gara motor yang tersangkut..Sedih sis tengok,, ikan yang sis bela dari 2 jari sampaikan besar ikan koi tu mati kerana kurang oksigen. Alhamdulillah bukan semua mati..sis berjaya selamatkan beberapa ikan besar yang lain..

Sis ni tak biasa buat kerja berat ni apalagi nak mengangkat air dalam baldi dan memenuhkan dalam kolam tu. Kalau tunggu air dari paip tu lambat sangat..so sis pun beraksilah ala-ala badang tanpa mengira akibatnya.

Nah hambik ko..deman urat dapatnya..semua badan sakit-sakit..Hero sis tak menolong sebab dia dah start demam masa ni..tidur selepas makan ubat. Paling tak boleh tahan tu, batuk dan selsema dia menjangkit pada sis..Ate dah tidur sekatil kan...

Apa pun semua tu ujian dariNya..bersabar sebab ianya penghapus dosa-dosa kecil kita...Harap sembuhlah cepat sakit sis ni..Tak kose nak admitted hospital lagi sebab pneumonia yang pernah sis dapat sebelum ni..



Thursday, December 2, 2021

ADA JUGA MANUSIA CAM NI KAN...

Macam yang korang tau, had pencen bekerja sekarang ni sekitar umur 60 tahun kan.. Umur aku dah menjangkau 56 tahun..berarti aku ada lagi 4 tahun untuk berkhidmat di Syarikat tempat aku bekerja sekarang..

Adalah soalan cepumas yang bertanya tak nak ke berhenti sekarang? Umur dah tua..harta dah ada...dan ada yang kata macam tamak plak..dah ada duit berkepuk-kepuk (pinjam sat ayat Diva AA) masih nak kerja lagi..

Persoalan pertama yang aku nak tanya...apa masalahnya? Aku ni dah nyanyuk mengira ke sampaikan ko mengeluarkan kata-kata macam tu??. Seingat aku..bos aku pun tak pernah komplen dengan tugasan yang diberi berbanding dengan ko yang jauh lebih muda dari aku tapi manjang kena bebel atas kecuaian kerja-kerjanya. Ya lah kannn..sibuk dok menjaga  tepi kain orang...kain sendiri cam roti kirai @roti jala😜

Dalam Islam pun...kita disuruh bertebaran mencari rezeki seolah-olah kita akan hidup selamanya dan beramal dan berbuat kebajikan seolah-olah kita akan mati keesokan harinya... Tak de plak aku dengar, bila dah kaya..dah banyak duit, ko kena goyang kaki...

Datuk Aliff Syukri yang kaya raya tu pun bekerja sampai sekarang mencari rezeki..ini kan pulak aku. Hah..ini lah sikap orang melayu...asal ada duit sikit...tak nak bekerja dah.. Itu engkau yer, aku?..akan terus bekerja selagi rasa nak bekerja...mesti ko nangis hentak kepala kat dinding baca statement aku kan?πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

MUSUH DALAM DIAM..BAHAYA DIA NI!

 


Setuju atau tidak kenyataan di atas?.. aku terlebih setuju guys...Memang ternyata kawan yang kita panggil kawan ni kadangkala ternyata musuh kita yang paling berbahaya. Dialah hakikatnya yang akan menjatuhkan kita secara senyap. Dengan kata lain..gunting dalam lipatan...api dalam sekam!

Masih tak faham?.. okay ginilah ya..kadang-kadang kita rasa kita ramai kawan tapi dalam ramai-ramai kawan yang ada, sebenarnya membenci kita atas kejayaan dan kekayaan yang kita miliki.. tapi orang seperti ini memang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan membenci kita dan membuat orang lain juga turut membenci kita dengan cerita-cerita dia..

Cuma yang aku tak faham tu, kenapa perlu kau merasa irihati dengan kejayaan orang lain. Itulah sikap yang masih belum luput dan sebati dengan orang kita bangsa Melayu ni. Sikit-sikit dengki...sikit-sikit nak menjatuhkan bangsa sendiri. kalau ko rasa nak hidup macam orang yang kau benci tu..berusahalah..bukan cuma menyalak jer

Nasihat aku satu jer lah pada mulut-mulut toksid ni..Berhentilah menambah dosa dengan mengumpat dan menjatuhkan orang. Dia yang diumpat dah tentu makin kaya...kau?? hidup dalam stress sampai hinggap macam-macam penyakit melayan penyakit hasad ko tu.


Wednesday, December 1, 2021

SERVICENYA BOLEH DIKATEGORIKAN "SAMPAH"

Bila bercakap berkenaan Jabatan kerajaan, mostly ramai yang mengeluh..Kenapa? sebab berurusan dengan mereka amat melelahkan..Bukan semua Jabatan maksud aku yer tapi ada satu dua jabatan yang aku TERPAKSA berurusan walaupun memang terbukti servicenya memang slow dan boleh menaikkan kemarahan tentunya.

Kali pertama datang, tidak dibenarkan naik ke Jabatan tersebut dengan alasan menjaga SOP. Okay lahh..aku faham..tapi sikap pegawai berkenaan yang seolah-olah lepas tangan. "Owh..ini bukan department kami ,,ini department si polan...Apabila jumpa si polan, dia  pulak "tendang" kami ke department yang mula-mula tadi.. Mungkin bila dengar nada suara aku yang mempertikaikan kenapa  mereka passing call aku macam main sukan pass batton ni..barulah pegawai tu entertain aku dengan suara yang macam seminggu tak makan..

Surat yang aku hantar awal bulan sampai sekarang bila ditanya jawapan yang sama aku dapat "masih dalam proses". Kali kedua aku call Jabatan tu, boleh pulak katanya dia tak terima surat aku tu walhal aku mintak mereka endorsed pada salinan surat aku tu.. Macam biasa la..kerja dorang passing call sana sini.. 

Sudahnya aku mengadu kat pegawai yang mula2 entertain aku tu..kenapa buat aku ni macam bola ..ditendang sana sini, aku cuma nak tanya apa status surat aku tu...boleh pulak pompuan kat Jabatan tu kata tak terima..Ko rasa muka aku tak hijau ke time tu menahan marah!

Please laa..mana-mana Jabatan kerajaan atau swasta sekali pun..anda di bayar gaji untuk menjalankan amanah yang diberikan..bukannya datang untuk bersenang-senang makan kuaci atau menjual tupperware yer... Ketua Jabatan tu..sekali sekala cer buat spotcheck tugas kakitangan anda. Benda boleh siap dalam masa paling lewat seminggu ..ini dah sebulan masih DALAM PROSES!! Ko buat proses jeruk ke haper surat aku tu??

Kami kena ikut prosedur Puan...tu jawapan klise yang aku dapat setiap kali tanya status surat aku tu..Prosedur haper nyer yang makan masa berbulan untuk menjawab surat??Aku bukan hantar masalah negara yang susah sangat korang nak reply!😈