Thursday, December 2, 2021

ADA JUGA MANUSIA CAM NI KAN...

Macam yang korang tau, had pencen bekerja sekarang ni sekitar umur 60 tahun kan.. Umur aku dah menjangkau 56 tahun..berarti aku ada lagi 4 tahun untuk berkhidmat di Syarikat tempat aku bekerja sekarang..

Adalah soalan cepumas yang bertanya tak nak ke berhenti sekarang? Umur dah tua..harta dah ada...dan ada yang kata macam tamak plak..dah ada duit berkepuk-kepuk (pinjam sat ayat Diva AA) masih nak kerja lagi..

Persoalan pertama yang aku nak tanya...apa masalahnya? Aku ni dah nyanyuk mengira ke sampaikan ko mengeluarkan kata-kata macam tu??. Seingat aku..bos aku pun tak pernah komplen dengan tugasan yang diberi berbanding dengan ko yang jauh lebih muda dari aku tapi manjang kena bebel atas kecuaian kerja-kerjanya. Ya lah kannn..sibuk dok menjaga  tepi kain orang...kain sendiri cam roti kirai @roti jala😜

Dalam Islam pun...kita disuruh bertebaran mencari rezeki seolah-olah kita akan hidup selamanya dan beramal dan berbuat kebajikan seolah-olah kita akan mati keesokan harinya... Tak de plak aku dengar, bila dah kaya..dah banyak duit, ko kena goyang kaki...

Datuk Aliff Syukri yang kaya raya tu pun bekerja sampai sekarang mencari rezeki..ini kan pulak aku. Hah..ini lah sikap orang melayu...asal ada duit sikit...tak nak bekerja dah.. Itu engkau yer, aku?..akan terus bekerja selagi rasa nak bekerja...mesti ko nangis hentak kepala kat dinding baca statement aku kan?πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com