Tuesday, December 7, 2021

BILA ALLAH MENGUJI KITA..

 Sis ni jarang sakit...kalau tengok record MC sis pun cantik jer..idok ler manjang mc..tapi iyerlah kan..kita ni manusia yang namanya lagi hamba Allah..diuji dengan kemewahan..kita gembira malah bersyukur dengan kurniakannya. Tapi jika Allah nak memberi sedikit ujian pada hambanya..maka dengan rasa redha kita menerimanya ..

Macam sis ni, sis diuji dengan sakit demam, batuk selsema dan sakit tekak uolls... No..no. no..bukan covid uolls sebab sis dah buat saliva test dan hasilnya negative hokey. Kisahnya bermula sis demam tu ialah kerana sis dok menganti air kolam kan sis yang kotor dek gara-gara motor yang tersangkut..Sedih sis tengok,, ikan yang sis bela dari 2 jari sampaikan besar ikan koi tu mati kerana kurang oksigen. Alhamdulillah bukan semua mati..sis berjaya selamatkan beberapa ikan besar yang lain..

Sis ni tak biasa buat kerja berat ni apalagi nak mengangkat air dalam baldi dan memenuhkan dalam kolam tu. Kalau tunggu air dari paip tu lambat sangat..so sis pun beraksilah ala-ala badang tanpa mengira akibatnya.

Nah hambik ko..deman urat dapatnya..semua badan sakit-sakit..Hero sis tak menolong sebab dia dah start demam masa ni..tidur selepas makan ubat. Paling tak boleh tahan tu, batuk dan selsema dia menjangkit pada sis..Ate dah tidur sekatil kan...

Apa pun semua tu ujian dariNya..bersabar sebab ianya penghapus dosa-dosa kecil kita...Harap sembuhlah cepat sakit sis ni..Tak kose nak admitted hospital lagi sebab pneumonia yang pernah sis dapat sebelum ni..



No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com