Friday, January 20, 2012

AKU REDHA DGN UJIANMU...

Syukur kupanjatkan pada Ilahi kerana telah memberi aku peluang untuk bersama keluarga tercinta. Aku melalui saat-saat sukar bilamana diberi ujian Allah. Aku mengalami batuk yang teruk. Hampir dua minggu batuk tersebut berlanjutan dan akhirnya aku dimasukkan ke wad.

Pertama kali dalam sejarah hidupku..aku masuk wad selain dari bersalin. Mulanya doktor suspect aku dijangkiti tibi memandangkan simptom seperti berat badan yang turun mendadak, batuk yang berterusan dan agak teruk. Di hospital, aku dimasukkan hampir 10 botol air dan antibiotik yang tak terbilang dek aku.

Kesukaran bernafas menyebabkan aku perlu bergantung pada oksigen sementara waktu sehingga kadar pernafasan aku agak stabil. Di sana, aku menjalani x-ray,ECO dan ECG dan paling menyakitkan ialah ketika aku terpaksa melalui ct-scan. Sakitnya ketika disuntik ubat tersebut, airmataku mengalir bukan sahaja kerana kesakitan itu tapi mengingatkan betapa seksanya arwah abah sewaktu menjalani rawatan yang sama sewaktu hayatnya.

Syukur..Dia masih membuka peluang untuk aku menatap wajah suami dan anak2ku...dan juga insan2 tersayang disekelilingku.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com