Monday, January 9, 2012

KOLAM AIR PANAS

Lama rasanya aku tak pergi kolam air panas kat umah aku. Nama jer dekat tapi jarang pegi pun. Baby ni sebuk ngajak ayahnya ke sana. Untuk pengetahun korang kolam air panas tu dikatakan berupaya menyembuh penyakit kulit, sakit lutut dan sakit lumpuh juga jika diamalkan selalu.

Abang masa kecik dulu penah ler dapat ruam kat belakang badan dia.Memang teruk gak ler. At last aku bawak ke sana dan kesannya memang terbukti. Lepas mandi air tu..kulit dia jadi kering dan ruam tu beransur hilang.

Petang Ahad ari tu, kami pergi ler ke kolam tersebut.Punyer ler ramai orang masa aku sampai tu..baby sebuk ler menjinjing baldi dan gayung. Anak dara aku ni kulit dia allergic sket. Kalu kena gigit nyamuk, dia akan garu selagi tak luka..dah tu akan menimbulkan cam luka2 kecil yang memang buruk ler dipandang.

Enjoy bukan main dia mandi tapi dia tak tau masa tu aku dah rasa badan lain macam. Dah ler asyik dok batuk tak berhenti2..badan lak rasa sengal2 tulang dan pening.Dek kerana nak tengok dia okay..aku tahankan jugak.

Kat situ..bagi orang yang nak mandi lumpur..boleh jugak sebab ada satu sudut tu ...satu tempat lumpur yang bercampur air panas..Dah cam orang minyak aku tengok dorang menyalutkan badan dengan lumpur tu...Lumpur tu dikatakan baik untuk kesihatan dan untuk wanita pulak elok disapu dibahagian muka...licin kulit gitu wehhh....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com