Sunday, January 29, 2012

AJL KE 26



Semalam 30/1/2012, berlangsungnya anugerah juara lagu ke 26 kt TV3. Memang happening ler tahun ni..meriah dengan tema konsep airnya...

Lagu2 yang dipertandingkan jugak semuanya best dan saingannya aku rasa cukup sengit. Paling suka tengok Aliyah cute malam tu dengan pakaiannya yang cukup anggun gitu. Pendekkata masing2 cuba buat gimik dan kelainan dari segi persembahan masing2. memang kreatif penyanyi kita masa kini!.



Dalam ramai2 penyanyi tu, sorang ni adik "Awan Nano" cukup sempoi pakaiannya tapi vokalnya cukup mantap. Aku dah agak mesti dia menang punya lah..Malam tu jer dia bolot hadiah vokal terbaik dan seterusnya merangkul juara AJL ke 26. Memang dia layak pun...Tahniah buat Dato' M.Nasir pengubah lagu tersebut. Cukup puitis liriknya!



Biasa ler kan...adat bertanding, ada menang ada kalah. Bagi yang kalah tu, aku rasa lagu2 mereka pun bagus juga cuma pemenangnya adalah the best among the best lah kan..

TAZKIRAH HARI ISNIN....

Petikan dari kata2 Dato Hj. Fadhilah Kamsah..Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri, kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita, takde siapa dpt ambil drp kita.

Untung ke mempunyai sifat hasad dengki dan berdendam dengan orang ni? Walhal kita di pihak yang salah...tapi dek kerana ego yang menebal..kita tak mengaku kesalahan kita malah menuding jari ke arah orang lain. Sebaiknya, muhasabah diri...lihatlah kekurangan diri kita yang menyebabkan orang membenci dan menjauhi kita.

Kerja siang malam bagai nak rak tapi tak gak senang2..Mengapa? Cuba tanya pada diri, mengapa Allah jauhkan rezekiNya dari kita? Bukan tak usaha...tapi mungkin usaha yang kita buat itu menyalahi dari lunas2 agama..Contohnya mencuri demi untuk kesenangan kia. Cam ala2 Robin Hood ler katakan...Cuba tengok keadaan disekeliling kita...rezeki dengan jalan yang salah tu tak kan membuahkan hasil malah kita akan dihimpit kemiskinan dan kesengsaraan yang lebih teruk dari itu.

Jangan meletakan kesalahan di bahu orang sebaliknya cermin2lah diri kita sendiri samada langkah kita selama ini menuju kebaikan atau kemudaratan...

Thursday, January 26, 2012

MENABUNG LER...

Caye tak kalu aku katakan ..umur dah tua2 camni pun, aku masih ada tabiat suka menabung. Sumer ni disebabkan disiplin dari arwah Abah yang memang mendidik kami suka menabung ketika dari kecil. Tu juga lah yang aku terapkan pada anak2ku sekarang supaya mereka meneruskan usaha yang mendatangkan faedah ni.

Masa kami adik beradik kecil dulu...arwah abah belikan sorang satu tabung ayam, gajah dan kucing. Berlumba2 ler aku, yong dan adikku Hisyam menyimpan duit baki belanja sekolah atau duit dari pemberian sewaktu Hariraya. Pada aku waktu tu..menyimpan duit dalam tabung ni satu keseronokan tapi sebenarnya arwah abah cuba terapkan disiplin menyimpan pada kami.



Sekarang ni, tak main de budak2 sekarang tabung ala aku dulu. Baby dengn tabung canggihnya. Bila dah penuh, hubby aku akan simpan dalam akaun yang kami buka sejak dia lahir lagi...Berapa dah jumlahnya? Hihi..ko agak2 ler yer..Abang tak main tabung2ni. Alamat habis gitu jer lah. Bila dia kumpul duit jer, hubby aku terus masukkan dalam akaunnya. Anak bujang ni boros sket...kengkadang tu duit tabung adik dia pun dia 'pau' dulu...termasuk aku omaknya...Bukan apa..pinjam sekejap jer kat Baby tu..peh tu ganti balik..Kan Baby kannn...??



Sekarang tak de lagi tabung gajah yang arwah abah berikan tapi ajaran dan disiplin darinya akan aku teruskan pada generasiku yang seterusnya.

MASSAGE UTK KESIHATAN

Bersenam memang baik untuk kesihatan...tapi disebabkan kesihatan aku yang belum begitu mengizinkan jadi hubby aku syorkan supaya aku pergi buat urutan. Sesuatu yang dah hampir 12 tahun aku tinggalkan...Masa urut bersalin dulu ler..

Neng Indon ni memang specialist dalam hal mengurut ni. Tapi aku ler sengsara ko!. Mana tak nyer..urat2 aku ni dah lama keras kejung tetiba dipulas disentap...waduhh! cam nak putus urat mereh aku rasanya. Airmata tu jangan citer ler...dah mengalir menahan sakit. Walhal Neng tu kata kat aku, urutan dia ni perlahan kalau dibandingkan dengan dia mengurut orang lain. Dah rasa cam cakaran rimau ko!



Yang peliknya..kat badan aku tak de pun tanda2 lebam atau merah cuma aku rasa peh urut tu badan segar...yang tak sedap tu cuma the next day tu, kaki, tangan dan segala sendi2 sengal!

Tu yang aku tak suka bila diurut ni tau...ni bukan mendatangkan baik malah nak berjalan pun dah cam orang sarat mengandung..terkangkang2. Bila teringatkan aku kena pergi the last massage ni cam nak ngelat rasanya..

Wednesday, January 25, 2012

AMANNYA HIDUP NI KALAU...

Alangkah bahagianya hidup ni kalu tak de benda2 negatif disekeliling kita kan ?. Tak perlu takut bila kemana2...Tinggal umah nak berjalan2 ke mana2 pun tak perlu risau...Cam kat kampung aku dulu, rumah tingkap terbuka, pintu terbuka...kami berjalan sana sini..tak de pun risau pencuri masuk ker..

Tapi cuba sekarang ni...ko kunci rumah dengan mangga sebesar pinggan pun..siap pasang alarm ..cctv lagi! pun ada gak muka pecah masuk umah terjenggol tetiba kan? Dasyat sungguh orang sekarang ni. Advance segala2nya!Makin pintar dan cekap!. Tapi bab2 camni ler..cuba kalu bab suruh belajar...bengap plak tu!

Orang jenis ni kalu digunakan kepintaran tu ke arah benda2 positif yang mendatangkan hasil..kan lebih baik. Masalahnya diaorang ni malas! nak dapat sesuatu dengan jalan yang mudah. Aiks! sapa kata mudah wehhh...silap langkah, masuk penjara ko!Tu pun tak pe lagi...buatnya jadik cam kes perompak yang mati dibunuh dek kerana dibelasah beramai2 tu camner??Sapa nak jawab?.

Terfikir lak aku...mereka yang membelasah perompak tu dikenakan hukuman..Lorrr abih tu tak kan nak dibiarkan diorang ni bermaharajalela??. Setakat nak serahkan pada pihak berkuasa...masuk penjara peh tu kuar balik..buat lagi!. Memang negara punya undang2..tapi hish tah ler...aku ni bukan lawyer dan tak arif dalam bidang ni. Tapi kengkadang tu, aku rasa undang2 tak digeruni langsung oleh mereka yg berkenaan. Malah hak kita yang di pihak yang benar plak dinafikan..Sungguh! aku tak faham!

Tuesday, January 24, 2012

KENANGAN TERINDAH

Semalam 24/1, aku jalan2 ke rumah adik di Cheras. Dalam masa berbual tu, dia tunjukkan aku video tape weeding koleksi kami adik beradik dulu2. Lorr...dia masih simpan rupanya. aku punya video tape tu tah mana aku campakkan. Tah2 dah berkulat dah kot.

Gambar2 dalam video tu memang kelakar bagi aku...tapi satu scene tu ada gambar arwah Abah sedang mewalikan adik aku..Tak semena2 airmata aku turun..rasa macam Abah ada kat depan jer rasanya. Time tu, rambut dia masih hitam..ke hulu ke hilir kat majlis tu meraikan tetamu yang datang.

Sempat gak ler aku menengok gambar2 kami sedang berkumpul depan pelamin. Aku time tu..Yang kelakar tu tengok muka hubby aku...comei sangat masa tu..Perot masih mantain beb! Cuba ko compared dengan sekarang...dah maju ke depan!. Anyway...tu lah lelaki yang paling kusayangi hingga kini.

Aku plak time tu...wei malu plak nak citer...muka berbalam cam kesan panas matahari. Mana tak nyer..baru balik dari honeymoon kalu tak silap...Apa pun..seronok tengok kisah2 silam ni..Harap2 video tae aku tak rosak ler. Tengah bersemangat nak mencari balik ni...

Saturday, January 21, 2012

AKIBAT IKUT NAFSU



Kong Si Kong Si Kong Si Ni!mood lagu raya Cina ler katakan...Lagi beberapa ari jer lagikan! Cam biasa ler,,adat berjiran, uncle sebelah umah aku bagi liman mandarin sekotak dengan buah laici lagi. Nak bagi kuih, takut tak leh makan plak kan. So..cam ni ler rutin berjiran kami ni..

Walaupun berlainan bangsa, kami tetap aman damai tinggal bersebelahan. Kalau raya plak, kami akan bagi kat dia lemang dan juga rendang.Pendekkata..tak de masalah ler berjiran dengan bangsa bukan melayu ni.

Bercakap pasal limau ni...iman aku ni bukan kuat mana punnn...dari balik spital ari tu, mata aku asyik dok menengok limau dalam kotak tu jer. Memandangkan aku ni batuk masih ada lagi..ku tahankan gak ler nafsu aku ni..Tapi berlegar2 gak ler setan dalam kepala aku ni menghasut suruh try gak makan limau ni. Elehh...sebijik jerrr.

Masa makan tu..memang tak ingat dunia tapi lepas makan tu..hah! amik ko!! batuk aku menjadi2 sampaikan malam nak tidur pun tak boleh. Mana tak nyer...batuk tak berhenti2. Nyesal tak sudah mengikut kata hati pagi tadi..akibatnya orang sedap tidur, aku plak terpaksa tidur duduk.

Padan dengan muka sendiri...

Friday, January 20, 2012

AKHIRNYA.....

Kekuatan semangat dalam diri dapat melawan segala2 termasuk kesakitan yang dihadapi. Begitu juga aku sewaktu terlantar dihospital tempohari.Kekuatan semangat dari suami,adik beradik termasuk emak membolehkan aku bertahan sedaya mungkin.

Di saat2 aku kesakitan, muncul berita yang paling aku tunggu2. Penyewa aku yang tak siuman tempohari dah berpindah dari rumah sewaku. Bayangkan bagaimana leganya aku di saat itu. Terasa hilang rasanya kesakitan sementara waktu.

Sesungguhnya aku bersyukur sangat kerana Tuhan mendengar permintaan aku tu. Harap kali ni, aku lebih berhati2 memilih penyewa dan mengambil langkah2 yang sepatutnya. Tak perlu terlalu simpati yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

Bukanlah bermakna aku harus bertindak kejam..cuma harus berjaga2 agar tiada lagi peristiwa "pisang berbuah dua kali". Cukup2 lah selama ni aku berfikir tentang hati dan perasaan orang lain..Dah sampai masanya aku perlu memikirkan tentang diri aku sendiri.

SEMANGATKU HAMPIR LUNTUR...

Seminggu di hospital buat aku trauma..Mana taknya kalau jarum dan ubat-ubatan jadi teman setia aku. Ambil darah satu hal ler, kena injection untuk masuk air yang aku paling tak tahan. Memang aku ni penakut denga jarum suntikan ni..tambah lagi nak menahan tusukan jarum tu...

Oleh kerana aku disyaki dijangkiti tibi, maka satu suntikan di bawah kulit telah diberi bagi mengesan kuman tersebut. Alhamdulillah...tubuhku tidak memberi tindakbalas apa2 terhadap suntikan tersebut.

Mungkin kesan suntikan ketika menjalani ct-scan..tangan kanan aku yang disuntik untuk dimasukkan air dan antibiotik membengkak dan aku hampir2 demam dibuatnya. Sekali lagi, aku disuntik di tempat lain untuk menggantikan tempat yang membengkak tu. Lorr..dah cucuk..tak jumpa gak.. Time tu airmata aku dah mengalir menahan sakit dah!.

Sudahnya..jumpa gak urat aku yang halus ,mulus nih..Dalam hati ni..dah macam2 surah dah aku baca untuk mohon kekuatan dariNya. Aku tahu, aku perlu kuat semangat untuk menahan kesakitan ini kerana Tuhan akan memberi ujian mengikut keupayaa dan kemampuan hambaNya...

Di sudut hati ni, aku cuma memohon agar diberi kekuatan melawan kesakitan ini. Aku perlu sihat!!!..untuk menjaga emak seperti amanat arwah abah kepadaku..Maafkan aku mak...kerana tak berupaya menjagamu di kala aku sedang bertarung dengan kesakitan ini..namun doaku panjatkan muga emak kembali sihat...

AKU REDHA DGN UJIANMU...

Syukur kupanjatkan pada Ilahi kerana telah memberi aku peluang untuk bersama keluarga tercinta. Aku melalui saat-saat sukar bilamana diberi ujian Allah. Aku mengalami batuk yang teruk. Hampir dua minggu batuk tersebut berlanjutan dan akhirnya aku dimasukkan ke wad.

Pertama kali dalam sejarah hidupku..aku masuk wad selain dari bersalin. Mulanya doktor suspect aku dijangkiti tibi memandangkan simptom seperti berat badan yang turun mendadak, batuk yang berterusan dan agak teruk. Di hospital, aku dimasukkan hampir 10 botol air dan antibiotik yang tak terbilang dek aku.

Kesukaran bernafas menyebabkan aku perlu bergantung pada oksigen sementara waktu sehingga kadar pernafasan aku agak stabil. Di sana, aku menjalani x-ray,ECO dan ECG dan paling menyakitkan ialah ketika aku terpaksa melalui ct-scan. Sakitnya ketika disuntik ubat tersebut, airmataku mengalir bukan sahaja kerana kesakitan itu tapi mengingatkan betapa seksanya arwah abah sewaktu menjalani rawatan yang sama sewaktu hayatnya.

Syukur..Dia masih membuka peluang untuk aku menatap wajah suami dan anak2ku...dan juga insan2 tersayang disekelilingku.

Saturday, January 14, 2012

EH! SENGALNYA DIA NI...

Peringatan yer...Diaryhanie ni blog aku..dari dulu dan selamanya dan aku tak joint venture dengan sesama pun dalam blog ni selain dari blogger yang berminat nak jadi follower aku TANPA PAKSAAN okay..

So, apa plak masalah sorang hamba Allah ni, pandai2 plak mengkritik aku ni.. Aku ni dikatakan tak patut menulis memburuk2kan saudara..Hello! kalau kau tak tahu hujung pangkal, jangan menyampuk kalau orang bercakap..jangan kerana orang yang aku kutuk tu mak tau bapak sedara kau, kau terus nak judge aku ni melampau!

Sebaiknya..kau pergi tanya dorang apa yang dorang dah buat pada keluarga aku. Aku di antara saksi yang mendengar sendiri desakan salah sorang mak sedara kau tu meminta supaya arwah abah aku memberikan tanah2 yang dimilikinya kepada anak2 abangnya.Kalau dah nak berbudi sangat, mengapa reta kami yang perlu diambil!.Bagikan saja harta dia sendiri.Arwah abah pernah bercakap dengan dia tentang tanah tu..tapi mengapa setelah arwah abah tiada, dia menafikan yang dia mengetahui tentang semua ni???Munafik orang yang berperangai macamtu!

Apakata kalau kau berminat sangat nak mencampuri hal ni, kau tanya dengan mak sedara kau tu..Jangan lupa suruh dia junjung Quran supaya dia bercakap benar. Dan aku sama sekali tak akan memaaf dan menghalalkan apa yang mereka dah buat pada keluarga kami terutama menuduh ibu aku mengambil harta nenek dia yang tah berapa sen sangat tu!

Mak aku tu walaupun baru sekali pergi haji tapi tak de hatibusuk, dengki dan menuduh orang macam dia.Apa yang dia ada hari ini adalah rezeki dia bersama arwah abah...bukan kerana emas dan harta pusaka dari nenek dia.

Bukan macam orang tu, beria2 nak jadi referee kononnya..sedangkan dia sendiri dah "makan" tanah kami pun..buat bodoh jer...Kalau rasa diri tu Orang Islam, janganlah makan harta anak yatim...tak kan hukumnya pun aku nak kasi tau!

Wednesday, January 11, 2012

KISAH MELAYU YG MUDAH LUPA



Dimana lah tak kenanya umah yang aku beli satu ni?. Macam2 masalah yang menimpa tak habis. Yang heran tu, rumah lain tu tak ler bermasalah semacam ni.

Masa aku nak renovate umah tu dulu...hajat hati nak menolong bumiputera, terima ler sorang mamat "Melayu Mudah Lupa" ni. Mengikut perjanjian, habis keja fasa 1, kami akan bayar payment utk fasa 1 tu. Lama kelamaan..dia naik lemak, minta advance dgn alasan tak de modal nak beli barang. Hubby aku ni dermawan sangat pegi bagi...selang brapa minggu (keja tak jln lagi ni) nak mintak duit lagi. Alasan bodoh dia, dia dah terpakai duit tu. Aku..bila tang orang tak amanah dan penipu ni, memang mencabar keimanan keperempuanan aku. Bila kami tak bagi, dia lesap dengan duit kami malah siap cabar lagi tu saman ler dia kat court kalu berani.

Kami pun dapatkan khidmat loyar ni. Melayu lagi!!. Niat hubby aku murni gitu...nak tolong bangsa dia..Ni bukan bangsa tapi bangsat kot. Dari tahun lepas sampai ke tahun ni, satu keja dia tak buat lagi. Bila call tak berangkat..bz manjang. Alih2 bila tanya rupanya loyar poyo ni tak buat lagi kes aku tu. Dah nak berdarah lubang hidung ni dek kerana menahan marah yang teramat sangat. Dah tau tak mampu amik kes tu, jangan ler tamak sangat semua kes ko nak bolot!

Tak cukup dengan tu...sorang penyewa aku (Pun Melayu gakkkk..Melayu akal gila babi!) di rumah tu plak buat sial!. masa mintak umah buat muka seposen...pijak semut tak mati...sekarang dia plak nak matikan orang!Memang jenis manusia merempat yang tak de harga diri langsung!.

Kesimpulan dari citer aku ni, korang hati2 ler kalu nak berurusan dengan orang melayu sendiri. Bangsa lain pun tau jaga maruah dan nama mereka bukan cam spesis melayu yang aku sebutkan ni. Memalukan bangsa sendiri jer!Ni ler yang dikatakan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga..

Tuesday, January 10, 2012

CEMBURU TAK BERTEMPAT NI


Teringat masa lepas aku dihantar ke klinik Isnin 9/1/12 akibat gastrik yang teruk..emak menelefon adikku yang kupanggil Acu meminta supaya menghantar aku ke rumahnya. Bimbang dia aku tergolek "dog" sorang2 kat umah kot..kah! kah!.

Dah kena injection "1 das tembakan" barulah aku okay..kalu tak tu...aku dah terfikir..mungkin nilah hari terakhir aku dan hari permulaan aku bersama Abah..Tapi belum sampai ajal kan...Korang tau tak..masa aku tengah kesakitan menunggu Acu sampai ke rumah, dalam airmata yang mencurah2 ni, aku berdoa pada Tuhan...jangan ambil nyawaku saat ini...Bukan kerana tak redha dengan ketentuan Tuhan tapi aku dah janji dengan arwah Abah untuk menjaga emak..

Masa di rumah mak tu, dia bercerita ler tentang arwah Abah ni. Katanya dulu arwah Abah kerap muncul dalam mimpinya tapi kini dah tiada lagi bayangan Abah utk mengubat kerinduannya. So aku pun buat ler lawak bodoh dengan harapan buat emak ketawa.."Agaknya arwah Abah tu dah dapat teman bidadari kat sana tu mak..tu yg dia agak bz sket tu."kata aku mengusiknya.

Rupanya usikan aku tu tak kena pada masanya. Emak kulihat berubah airmukanya..Mungkin ler kot...lagipun perempuan yang dulu gilakan Abah kamu tu pun dah jadi arwah..tah2 abah kamu tengah seronok2 dengan dia..Wajah dia menampakkan cemburu yang meluap2.

Aduhai makkkkk..tak kan ler mak nak cemburukan orang yang dah jadi arwah....Aku ketawa diselangi dengan batuk yang tak henti2 cam nak putus plak nafas aku. Rupanya cemburu mak ni tak berkesudahan...No wonder ler...doktor bagi ubat paling bagus pun, emak masih tinggi tekanan darahnya...Rupanya ada virus cemburu nih...

Harap2 aku atau pun hubby nanti tak ler camni..Tak pun aku pesan siap2 masa tengah idup ni..dont ever make relationship with DESPRADO ya..Boleh tak? Wakaka..Kelakar betul mak ni..Ayat power dari Acu plak...Mak..Abah tu mungkin banyak benda dia nak settle kat sana... A'ah kan...repair tayar basikal...Banyak ler benda kamu yer Cu..

Terbayang dalam kepala hotak aku..apa agaknya yang Abah buat sekarang yaaaaa....Muga dipermudahkan laluannya di sana Ya Allah....

KORBANKAN EGOMU DEMI YG TERSAYANG

Jangan Ada Benci
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Mengapa perlu ada permusuhan jika ditakdirkan satu percintaan tu tak sampai ke penghujungnya? Perlu ke dendam mendendami sesama sendiri yang bukan saja memakan diri sendiri tapi orang lain turut menerima padahnya.

Mungkin ada kepuasan bila kita menyakiti hati bekas pasangan kita tapi sedar tak kita bahawa ianya tidak membawa apa2 kebaikan pun justeru membawa pada banyak hati yang turut musnah. Cinta yang dibina tu tentu telah membuahkan benih2 cinta...cahayamata lambang kasihsayang dua insan yang Tuhan ciptakan. Mengapa perlu mereka menerima kesan dari perpisahan kita dek kerana ego masing2.

Kalau sewaktu bercinta, kita dapat menerima kekurangan pasangan kita, mengapa kini semuanya perlu diungkit? Manusia ni dilahirkan memang tidak dengan kesempurnaannya...
Jangan kerana kita punya cinta baru yang hadir dalam hidup, maka dengan mudah kita melupakan sejarah manis yang dibina bertahun2.

Jodoh memang telah ditetapkan sejak azali namun tak bermakna perpisahan itu satu titik permusuhan antara anda dengan bekas pasangan. Tidak salah rasanya berkawan dan menjaga kebajikan anak2 bersama supaya mereka tidak rasa disisihkan dan rendah diri bila berada dalam kelompok keluarga yang gagal dalam rumahtangga.

Renung2 kan lah....

CENGIL NYER AKU NI..

Deman, batuk dan gastrik dari hari Ahad tu benar2 menguji kesabaran aku...Kalau tak aku fikirkan yang semua ni ujian dari Tuhan, mau aku meraung cam orang kena histeria. Mana taknya..dah ler dengan batuk yang tak berhenti2 kena lak gastrik time tu, dah cam nak memutuskan nyawa rasanya. Untung adik aku datang cepat..Kalu tak mahu pengsan aku sorang2 dalam umah tu.

Setengah orang kalu demam..boleh tidur manjang hari. Berbeza plak dengan aku..dah makan ubat batuk, ubat gastrik,ubat demam, ubat kurang bengkak..tah apa ubat lagi tah still mata aku membontang bulat..Sudahnya aku buat keja umah dengan harapan, aku akan rasa letih dan mata ni mau ler tidur..Hampeh! elok jer hensem galak mata aku ni sampai ke petang.

Satu yang aku tak suka tentang diri aku ni...aku ni mudah cengil kalu sakit. Hubby lambat sapu vicks kat perut aku pun aku rasa sedih yang teramat sampai meleleh airmata. Time tu rasa cam aku ni dah tak dihargai..tak disayangi lagi..macam2 ler perasaan berbaur dalam benak aku ni.

Nasib baik ler dapat hubby yang memahami karektor wife nyer ni..Tengah malam pun dia bangun..kejutkan aku makan ubat dan pastikan aku berselimut dek kerana melihat aku mengigil kesejukan walaupun hatta kipas pun ditutup. Sanggup tidur dalam kepanasan dan ditambah lagi kena "Iron" dengan panasnya suhu badan aku bila dia tidur disebelah.

Syukur...jodoh aku masih berpanjangan dengan dia....

Monday, January 9, 2012

KOLAM AIR PANAS

Lama rasanya aku tak pergi kolam air panas kat umah aku. Nama jer dekat tapi jarang pegi pun. Baby ni sebuk ngajak ayahnya ke sana. Untuk pengetahun korang kolam air panas tu dikatakan berupaya menyembuh penyakit kulit, sakit lutut dan sakit lumpuh juga jika diamalkan selalu.

Abang masa kecik dulu penah ler dapat ruam kat belakang badan dia.Memang teruk gak ler. At last aku bawak ke sana dan kesannya memang terbukti. Lepas mandi air tu..kulit dia jadi kering dan ruam tu beransur hilang.

Petang Ahad ari tu, kami pergi ler ke kolam tersebut.Punyer ler ramai orang masa aku sampai tu..baby sebuk ler menjinjing baldi dan gayung. Anak dara aku ni kulit dia allergic sket. Kalu kena gigit nyamuk, dia akan garu selagi tak luka..dah tu akan menimbulkan cam luka2 kecil yang memang buruk ler dipandang.

Enjoy bukan main dia mandi tapi dia tak tau masa tu aku dah rasa badan lain macam. Dah ler asyik dok batuk tak berhenti2..badan lak rasa sengal2 tulang dan pening.Dek kerana nak tengok dia okay..aku tahankan jugak.

Kat situ..bagi orang yang nak mandi lumpur..boleh jugak sebab ada satu sudut tu ...satu tempat lumpur yang bercampur air panas..Dah cam orang minyak aku tengok dorang menyalutkan badan dengan lumpur tu...Lumpur tu dikatakan baik untuk kesihatan dan untuk wanita pulak elok disapu dibahagian muka...licin kulit gitu wehhh....

MC FOR 2 DAY KO!

Dah lama tak mc kan...tup2 Tuhan tu perkenankan permintaan bodoh aku ni. Aku kena batuk yang teruk. Hampir lebih seminggu gak ler aku menanggungnya. Nak solat pun susah sebab asyik rasa nak terkencing jer.

Tak sembuh lagi batuk ni..dah demam le plak...Orang lain leh berlingkar tidur tapi aku boleh pening kalu tidur...tu yang kehulu kehilir dalam umah. TV tu dah macam2 citer aku tengok..kartun..cerita Tamil sumer aku layan tapi mata ni masih tak ngantuk..walhal aku makan ubat batuk dan ubat demam. Selalunya kalu kena dua ubat tu..for sure aku dah lalok cam kena syabu tapi mata aku ni masih dok menahan gak...Tu yang tambah pening dibuatnya.

Hari ni kononnya nak gi amik ubat demam kat klinik tapi nak jadik citer..aku kena gastriks ampai bangun pun tak boleh. Nangis sorang2 dalam umah...At last tepon mak ..biasa ler kan time2 sakit ni kalu tak hubby aku..mak ler yang aku cari. Apa lagi terkocoh2 orang tua tu tepon adik aku kat Keramat mintak hantar aku ke klinik.

Zap! satu das injection melekat kat punggong aku..Aku merelakan jer sebab dah tak tahan sangat sakitnya sampaikan aku tak boleh bernafas dibuatnya.Ni gara2 allergic dengan ubat antibiotik.

Wednesday, January 4, 2012

AKU BENAR2 TAK FAHAM

Terkedu aku bila mendengar penjelasan pihak polis sewaktu aku membuat repot tentang penyewa giler yang enggan kat umah aku tu. Antara kata2 yang aku masih ingat lagi ialah :

Pihak Polis : Bila orang tu dah duduk umah you, you tak boleh simply keluarkan
dia. Salah tu!

DiaryHanie : Tapi saya dah beri notis 3 bulan tuan. Bukannya saya halau dia dlm
tempoh 24 hours.

Pihak Polis : Tetap tak boleh. Bila dia sewa rumah awak, rumah tu dah jadi rumah
dia dan awak tak berhak nak halau dia.Itu hak dia sebagai penyewa.

DiaryHanie : Habis tu..Apa hak saya sebagai seorang Pemilik rumah? Cuba tuan bagi
tau (temperature aku time ni dah maksimum)

Pihak Polis : Tak leh buat apa lah...

Senang jer dorang bercakap kan..sebab tu bukan rumah dorang. Kalau ada undang2 yang membenarkan penyewa berbuat sesukati kat umah yang disewanya termasuk mencuri harta pemilik rumah tu pun dikatakan HAK penyewa tu juga..Aku tak leh kata apa dah...

Cuma rasanya aku faham mengapa orang begini tak takut pada undang2 sebab banyak menyebelahi mereka. Mengugut orang pun tak salah...apalagi cubaan cuba mencederakan pemilik rumah. ada penah korang dengar penyewa bangsat macam ni...Dia besar kepala bila pihak polis yang menyiasat kes aku tu menerima sahaja apa pembohongannya tanpa melakukan siasatan. Alasan dia.."Mana ada saya cuba cederakan dia cik..Masa dia dtg tu, saya tengah repair keta.."

Tengkorak bapak kau!. Yang kau hayun batang besi tu kat hubby aku hari tu haper???? Nak buat training lontar lembing sukan SEA ker?? Aku ada saksi masa kejadian dan aku juga buat panggilan kepada balai gerakan Gombak ketika itu. Semuanya masih ada rekod panggilan tersebut. Ko ingat aku suka suki call balai tu nak ajak dorang chit chat ker?? Paling sedih bila pihak polis Selayang seakan tidak mahu menerima keterangan aku tu. Ini kes cubaan mencederakan orang! dan aku masih tak faham hingga ke hari ini mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas orang seperti ini.

Mengadu kepada pihak TNB tentang kontraktor yang berdaftar ni(Penyewa sialan ni..) membuat penyambungan elektrik secara tidak sah pun...masih tidak mendapat tindakbalas apa2. Tindakan yang pantas mereka lakukan ialah memotong deposit aku untuk menjelaskan bayaran bil yang digunakan bangsat ni tadi!



Aku cuma mahu hak aku !!Aku cuma tuntut keadilan!

Tuesday, January 3, 2012

APA NAK JADI....

Tak faham aku dengan sikap manusia sekarang ni. Mudah benar melenting atau tersinggung jika kita memperkatakan sesuatu yang mungkin sebanyak sedikit menyentuh tentang dirinya.

Contoh paling ketara ialah tentang kes yang hangat dibincangkan sekarang ni. Nur Amalina yang dikatakan pelajar yang pernah suatu ketika dulu menempa nama apabila mendapat 17A1 dikatakan berubah dek kerana kejutan budaya di luar negara.

Apa yang ingin aku persoalkan ialah bukan tentang dia bertudung atau tidak tapi sikap ibunya yang menghalalkan benda2 yang terang2 dan nyata hukumnya. Sekalipun seseorang perempuan itu tidak bertudung, tak bermakna dia boleh melakukan dan menghalalkan apa sahaja yang jauh bertentangan dengan hukum2 Islam.

Selagi dia seorang wanita yang beragama Islam...hukum menutup aurat tu adalah wajib.Tak kiralah siapa atau apa status seseorang tu. Tak perlu dipersoalkan tentang hukum yang sedia ada.

Semuanya bergantung kepada iman seseorang tu...buruk dan baik ditangan kita sendiri..Kalau buruk yang kita pilih..maka buruklah akibat yang kita terima. Samada anda bertudung ataupun tidak...tetap hukumnya berdosa jika melakukan perkara2 yang diharamkan dalam Islam.

FIKIRLAH DENGAN MATA HATI BUKAN MENGIKUT PERASAAN DAN NALURI

Monday, January 2, 2012

2011 DALAM LIPATAN MEMORI

Tahun 2011 berlalu dengan membawa seribu kenangan pahit manis suka dan duka..Bagi aku, tahun 2011 ni banyak mencatatkan sejarah pahit buat aku. Pemergian Abah yang tersayang pada 22/4/2011 memberi kesan mendalam kepada kami sekeluarga.

Tahun ini juga mencabar kesabaran aku menghadapi penyewa yang sakit mental yang tak punya maruah ..duduk umah orang macam rumah moyang dia jer..suka2 tak bayar sewa dan mencuri air dan api. Semua ini berkesudahan dengan keputusan untuk mengheret dia ke mahkamah.

Kami juga bermati2an mempertahankan tanah arwah Abah di kampung tapi mungkin bukan rezeki..tanah tu jatuh ke tangan anak saudara dia yang penah satu ketika dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Tergamak dia merampas tanah yang menjadi hak Abah selama ini tanpa izin dan redha dari kami dunia dan akhirat.

Aku ingin membuang jauh2 kenangan pahit ini dan membiarkan dia luput dalam ingatanku. Pengalaman pahit ini mengajar aku untuk lebih berhati2 dalam mempercayai orang kerana bukan semua orang yang rapat dengan kita tu sebenarnya mempunyai niat yang baik bak kata pepatah..telunjuk lurus tapi kelingking berkait!

Semuga tahun 2012 ini akan membawa sinar kebahagiaan dan keceriaan buat kami semua.***********"PERGILAH DERITA...DATANGLAH BAHAGIA***********************

ULANGTAHUNKU

Rasa macam baru jer aku sambut birthday ari tu..dah sambut lagi kali ni..Adik2 yang lain sumer dah wish aku..tapi aku tertunggu2 gak nape3r hubby aku tak wish aku pun.

Tunggu punya tunggu..time makan Baby bagi hint kat ayahnya..owh sorry..I lupa today is your birthday Hanie!. Rasa cam nak berderai airmata aku masa tu..Lupa??? how dare you!Aku tak penah lupa tentang harijadi dia tapi dia...Tak per. I'm okay jerr..tapi dalam hati ni, Tuhan jer tau..aku kecik hati dengan jawapannya tu. Mana mungkin dia boleh lupa..

Mungkin atas rasa bersalah tu, hubby aku offer macam2 present. Tapi tah ler yer..aku cam tak berminat nak hadiah dari dia setelah mendengar perkataan "Lupa" dia tu. Merajuk ler kononnnn...

Dia yang diulit rasa bersalah tu, berulangkali bertanya apa hadiah aku nak. Aku jawab pendek jer...Kalu I mintak hadiah ni harganya mahal, sanggup ke you bagi...?Jawapannya buat aku sebak sangat. Hampir aku tak menangis tersedu2 kat situ. Berapa pun mahal harganya , I akan belikan..kalu I tak de cash..I guna credit card..sebut jer apa dia.

Hadiah yang I nak mintak dari you sebenarnya ialah kasihsayang ikhlas dari you sampai hujung nyawa..Hadiah tu jer paling mahal yang I nak dari you. Tak perlu cash atau credit card...

Melihat dia tersenyum ajer dah cukup membuat aku bahagia dan doaku muga kebahagiaan ini akan berkekalan sampai bila2..