Thursday, September 11, 2014

JAMU VS MODEL

Ni lari sket dari tajuk yang tengah hangat aku perkatakan yakni tentang renovation rumah... Kebetulan tengah terbaca magazine..ternampak la iklan jamu @ kuruskan badan, jamu rapat.  Jangan salah faham yek..aku ni slim semulajadi so tak de maknanya nak mencuba jamu-jamu ni.

Alkisah nya..bukan pembuatan jamu tu yang hendak aku perkatakan. Tentang modelnya...serius kalau korang tanya aku apa pendapat aku tentang penampilan model jamu langsing ni...Jawapan aku, GELI wokayyy. Bukan geli hati tapi geli geleman...Sorry to say ler yer..Tak yah ler akak bagi gambo kat sini yer..Korang search ler sendiri...

Aku pelik gak..perlu ker model tu menayangkan bentuk tubuhnya dengan keadaan yang amat payah. "Payah " dengan ertikata sampai menonggekkan punggung dan mendada cenggitu.. Yewww!! malu akak sebagai wanita melihat iklan camtu..Kalau ko posing biasa pun..orang still boleh Nampak ko dah ramping ala-ala kerengga.. Paling sedih tu..bila tengok model sorang ni..masa badan besor, dia bertudung..tup-tup bila ko dapat pinggang ala-ala Saloma, terbang tudung tah kemana...siap berposing seksi yang tak berapa nak seksi di mata akak..Nampak nau ler ko bertudung tu bukan kerana menutup aurat tapi urat!

Ni belum masuk iklan jamu rapat..Hish..tak sanggup akak nak citer dialog "kotoq" depa. Kalau sekali pun mujarab benar jamu rapat tu..perlu ker ko citer kisah dalam kain segala pada umum..?? Rasa aku, dialog camni pun boleh menyumbang pada gejala-gejala negative masa kini. Cik Kak dan ck abang...hal-hal suami isteri tu very the  personal matter ok..bukan untuk tontonan dan pendengaran orang lain.

Korang yang jadi model jamu rapat tu rata2nya dah berumur dan ada yang dah masuk alam2 pencen dahhh. So sebelum dipilih untuk jadi Duta iklan...kaji dan selidik ler dulu. Jangan sampai jadi bahan ketawa orang yer...

# Berbicara dengan hubby pun berlapik dan berkias gitew tau!

BILIK AIR HAMPIR SIAP..

Tadaaa..bilik air akakkk...walaupun belum siap sepenuhnya, akak tetap nak berkongsi dengan korang wokay..Suka sangat dengan kombinasi colournya. Nanti akak post gambar kat sini yek...


Plan aku selepas ni nak pasang shower screen cam kat bawah ni. Nampak lebih kemas dan paling penting air mandian tu tak tepercik ke luar. Senang gak nak cuci..setempat jer..Kalau tak tu...satu bilik air kena gosok dakinya...hehe.



Aku penah gak survey rega shower screen ni dalam RM1600++. Cantik kan?..Dah siap sepenuhnya nanti.boleh ler akak letak aksesori bilik air macam toilet tissue, towel rack...Eh lupa! cermin pun perlu di pasang semula kat sinki tu..Patut ler cam ada yang tak lengkap jer masa aku tengok semalam.

Ni tengah fikir kat ner nak letak rak syampu, sabun dan segala benda ni...Hah!..ni ler untungnya ada Pak Google..kita boleh search gambar2 contoh dekorasi bilik air. Tak banyak sikit, dapat ler idea kan?

Wednesday, September 10, 2014

DAPUR IMPIAN AKU..

Aku dah lama impikan dapur yang selesa,cantik dan juga paling penting buat mood aku memasak tu sentiasa ada..Warna kegemaran aku tentunya PUTIH ! Sebab apa ko pilih putih makcik??? Sebab aku suka ler . Nampak bersih dan mendamaikan jer kannn.




Lebih kurang camni ler rupanya...tapi design yang aku tengok tu siap ada ukiran Inggeris dia lagi...Memang 1st impression aku dah terpikat dengan design ni. Kayu Nyatoh tapi dicat putih...Table top nyer dari granite. Aku berkenan dengan  kaler granite "Black galaxy". Kaler ni tak hitam semedang jer tapi ada glowing sket.

Cuma aku risau gak sebab dinding dapur dia tu dekat dengan tungku dapur. Kalau dah hari-hari masak, tak ker kuning jadiknya sebab terkena haba panas. Tu tak per lagi..buatnya terbakar dinding tu bila api besar. hubby aku kalau panaskan lauk pun macam nak masak dodol api nyer...

Reganya...hihi! bercakap pasal rega ni kalau cam dalam gambo ni..paling kurang RM20,000 dah tentu dan ...ada dan lagi tu yek...tak campur segala assesorinya yer...

Tapi ni ler yang berkenan di mata aku gak....dalam hati berdoa agar hubby aku luluskan bajet cabinet dapur aku ni....pleaseeeee!!!!

MAIN TAMPAL JER...

Masuk minggu ke 2 ni bilik air aku masih belum siap sepenuhnya. Dinding dah dipasang tiles keseluruhannya. Tiles yang menjadi wall feature aku pun dah siap..Suker akak..sebab gabungan colournya memang kena. Tak sia-sia aku dok memeram lama-lama kat kedai tiles tu demi untuk mensuaipadankan tiles tu. Berangan sebenarnya nak bilik air aku ala-ala hotel 5 bintang gitew..

Tapi semalam...kontraktor aku tu off plak. Katanya ada hal...so aku pun take time gi "melawat kawasan" bilik air tu. Meneliti segenap penjuru...tetiba mata aku terpandang kat meja sinki tu. Hish! mulalah datang tak puas ati aku tu. Tiles kat penjuru tu terserpih dan dia dok tampal dengan simen putih jer!. Mulanya aku try gak pujuk hati yg lara ni tapi makin aku tengok...makin membuak-buak perasaan tak puas ati ni. Dinding dah cantik...lantai yang dah buat separuh pun dah cun..alih-alih meja aku camni. Arghh..tak kira! mesti komplen gak ni..ingat ni gigi berlubang ke, main tampal dengan simen putih. Kalau lawa tu tak per gak..ni nampak ketara tiles tu serpih..huhu..

Lebih kurang gini ler bowl sink aku

Lega bila hubby aku pun sependapat dengan aku. Ikutkan hubby aku ni lebih cerewet berbanding aku apalagi bab dekorasi rumah ni. Kontraktor ni siap pasang paip lagi kat dinding (untuk memudahkan nak berwuduk). Pada aku dah okay dah..tapi hubby aku tukar dengan paip spray tu. Nampak canggih ler sket kan...

Camni ler rupanya..tapi aku punya kaler aluminium

Monday, September 8, 2014

RENOVATION PROGRESS...

Teruja! Itu yg dapat aku gambarkan bila hubby aku memberi khabar yg kami akan renovate umah ni. Sejak rumah ni kami beli, sampai ler sekarang memang tak penah pun buat apa-apa renovation.  Kiranya ni 1st time ler. Dah terbayang rumah aku akan jadi berantakan dengan habuk tapi excited nak tengok 'wajah' baru rumah tu..buat aku lupa semua tu.


1ST DAY 

Ya ampun...satu umah macam berdebu..Untung aku dah siap sedia tutup sofa ruang tamu dengan kain. .kalau tak, confirm nangis aku huhu..Senentara nenunggu bilik air dipecahkan..aku dan hubby berlegar- legar mencari sinki, shower, toilet bowl baru kat Jln Ipoh dan Sg. Buloh. Penat aku weh tapi mandor sebelah boleh tidur lagi..Kepenatan ler tu!.

Dalam masa sehari..tiles lama dah habis dia bukak.. Dengan habuk dan bunyi yang kuat tu buat aku rasa tak selesa sungguh. Tu yang dok di rumah tu. Jalan-jalan untuk survey kitchen cabinet.

Tuesday, September 2, 2014

CAM NI PUN ADA....

Aku nak share  dengan korang yang gemor bershoping melalui intenet cam aku ni..Selalu tu tak penah plak ada masalah apa2 tapi sorang minah ni plak wat spoil malah mungkin juga nembuat orang ramai cuak untuk membeli barangan melalui intenet ni.

Alkisah nyer..aku dah berkenan baju yg dia jual..Tak mahal mana pun cuma RM70 jer. Selalunya dalam masa paling lambat pun..2 hari dah sampai. Tapi ni dah lebih seminggu beb!. Yang buat gua hangin tu..aku message.. dia tak reply. Telephone plak tak angkat. .Sudahnya aku post kat wall dia...

Memang ler dia minta maaf dan return balik duit aku tapi cara dia cam tak professional. Kalau tak der stok ke atau ko terlupa nak post sekali pun..tanya ler aku samada aku still nak baju tu dihantar ke tak..ni terus minta account no.

Nasib ko la dik..kalu gitu cara ko meniaga..alamatnya tak lama..Paling penting, dalam bisnes kena ada tanggungjawab dan kejujuran..Aku tak kata ko menipu tspi cara ko mendiamkan diri sebelum ni membuat aku dan ramai yang dah terkena , black list nama ko dipersada bisnes intenet.Ko gak yg susah kan sebab kat luar sana. .ramai peniaga yang berlumba2 mencari customer...