Sunday, January 3, 2016

TRIP TO VIETNAM

Ahah! Akhirnya aku berkesempatan gak menulis  tentang holiday ke Vietnam tempohari which is pada 7/12 hingga 12/12/2015. Ikut aku , 3 malam pun dah ok tapi hubby aku ni katanya nak berjalan-jalan sampai puas.

Ikut plan asalnya, kami nak ke Pekan Baru Indonesia..tapi bertukar di saat-saat akhir. Tapi sempat gak ler aku meng google bloggers yang pernah ke sana untuk mencari sedikit maklumat. Aku ni pesennya kalau berjalan suka buat perancangan terlebih dulu. So, dari urusan tiket flight, hotel, restoren makanan halal, nak cari taxi ...semuanya aku uruskan. Untung hubby aku yang tau sediakan duit jer..yang lain semua PA dia ni yg uruskan.


Kami parking kereta kat Putrajaya Sentral. Dari situ, kami naik ERL yang tambangnya tak la mahal mana. Kalau tak silap aku, flight kami pukul 7am. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam setengah jew. Kentut dalam kapal terbang pun tak habis bau lagi..dah sampai. Kik!kik!.

Dari Tan So Nhat airport, kami menaiki bas untuk ke Pasar Ben Thanh. Ni pun aku dapat maklumat dari blog blogger juga. Tambangnya cuma 5,000VND jer seorang yg bersamaan dalam 80 sen. For info korang, dorang tak reti berbahasa inggeris..setakat sepatah dua tu boleh la di kalangan penjual di Ben Thanh. Kami check in dulu di Hotel Nam De yang terletak berdekatan dengan Pasar Ben Tanh.

Petang tu gak, kami terus pegi ke Pasar Ben Tanh tempat popular untuk bershoping. Dari pengalaman blogger, tempat ni cam happening sangat tapi bagi aku ianya macam Pasar Khadijah di Kelantan tu lebih kurang.

Nanti aku citer kat korang yer pengalaman aku dengan penjual kat sana.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com