Tuesday, February 28, 2012

DAH TUA2 PUN CENGIL GAK

Aku benci sifat aku yang nan satu ni. Cengil! sikit nak kuar ayor mata...pantang sedih sket mula ler tersentap!

Hari tu, adik aku beria2 pergi membawa emak ke Tabung Haji untuk urusan pengeluaran wang arwah abah. Dorang mati2 ingatkan arwah abah meletakkan nama emak sebagai penama. Iyer la kan..memandangkan emak tu isterinya..

Rupa2nya abah letak nama aku dan Yong sebagai 1st and 2nd penama.Tetiba aku rasa cam sedih nau masa tu...iyalah bukan senang nak mendapat kepercayaaan seseorang kan? apalagi ianya melibatkan soal amanah.

InsyaAllah..aku akan bahagi2kan samarata wang peninggalan abah tu kepada kami adik beradik.Aku berkira2 untuk tidak membelanjakan wang tersebut sebaliknya nak bank-in dalam ASB sebagai berkat dan kenang2an dari Abah.

Muga suatu hari nanti...aku akan mewarisi kecekalan semangat Abah suatu hari kelak...

Thursday, February 23, 2012

10 BULAN BERLALU...

22/2/2012 genap dah 10 bulan arwah Abah kembali ke rahmatullah...Setengah orang, jangkamasa camtu dah kurang rasa ingatan dan kerinduan mereka tapi aku,emak dan adik2tetap merasakan pemergian Abah tu macam baru semalam jer. Kesedihan tetap terasa apalagi melihat tinggalan barang2 kenangan darinya.

Apa yang terdaya aku lakukan sekarang hanya menziarah pusaranya sebagai melepas kerinduan yang tak berhujung ni.Sebenarnya masih ada yang terbuku di hati ni yang hingga kini. Walaupun aku sempat menjaga arwah sewaktu dia terlantar kesakitan namun aku rasakan itu belum cukup untuk membalas kepayahan dan keperitan membesarkan kami.

Redhakan kepemergiannya...itulah nasihat yg selalu rakan2 berikan..Tapi aku yang menghadapi semua ni...bohong kalau aku katakan yang aku redha melepaskannya sepenuhnya..Kenangan bersamanya terlalu banyak terpahat dalam hati aku.Aku masih tak boleh membayangkan kesedihan wajahnya yang teringin makan buah ciku ketika itu sedangkan tekaknya tidak dapat menerima semua itu lagi. Hancur rasanya hati aku bila melihat kesemua makanan yang dimakannya keluar semula begitu sahaja.

Tapi lebih hancur jiwa aku bila aku ketahui abah dikelilingi oleh manusia yang penuh dengan sifat pura2 dan mengambil kesempatan atas kebaikannya. Semua ni terbongkar apabila Abah tiada...tembelang manusia bertopeng ni jelas sekali kelihatan..Tapi tak mengapa..Allah itu Maha Adil..

Muga Abah tenang disisiNya dan satu perkataan yang ingin aku bisikkan padanya..yang selama ini tak pernah aku ucapkan di depannya...Abah...Ani sayang sangat dengan Abah dan bertuah dikurniakan Allah bapa semulia Abah....

Wednesday, February 22, 2012

TAKE IT EASY OKAY

Saja2 nak tanya pendapat korang lah kan...Korang suka tak popular di kalangan rakan2? Popular bukan kerana prestasi kerja bagus ke atau rupa paras korang yang cantik ke...tapi kerana korang boleh masuk satu kepala dengan dorang.Masih tak faham maksud aku? Ok camni...maksud aku, korang leh join kumpulan yang suka buat "ketupat" bercerita tentang hal kengkawan dan paling serius suka menokok tambah dan end up nyer melaga2kan kengkawan.

Apa perasaan korang apabila dipulaukan hanya kerana korang tak boleh nak terima tradisi camtu...Tu yang seseorang hambaAllah ni tanya kat aku...Aku ni bukan ler pakar mitivasi tapi setakat nak berkongsi dan bertukar2 pendapat tu..tak de hal punya. Bagi aku, kalau korang dipulaukan dek kerana tak nak joint group sebegini...lagi bagus. Sebabnya hidup akan terasa lebih aman dan paling penting..dosa tak ler bertambah hanya kerana mendengar cerita2 sengal yang sewaktu dengannya.




Biasa ler kan..manusia ni memang pandai berpura2. Depan kita lakonannya mengalahkan ratu primadona Azean Irdawaty lagi tapi belakang kita...Pada hambaAllah tu, tak usah ler nak peningkan kepala memikirkan masalah yang sebesar taik idung ni...Buat tambah kedutan di muka ko jer...

Tuesday, February 21, 2012

ANAK DARA vs ANAK LEMBU

Menjaga anak dara ni kata orang tua2 lebih susah dari menjaga lembu sekandang. Betul ke? Cam pelik plak aku dengar statement tu!. Dari mata kasar jer dah kubayangkan betapa susahnya menjaga lembu sekandang tu. Dah ler tak faham bahasa..silap2 kau ditanduknya.


Anak dara kita tu kan ke anak kita..Faham pun bahasa yang kita cakap..Rasa aku sumer tu bergantung pada kita sebagai parent untuk mendidik dan mencorakkan kehidupannya. Kalau dah dibiasakan tak berdisplin dan berbudibahasa dengan orang tua2, tak heran ler kalau dah besar tu dia biadap dengan siapa saja.


(Anak dara sorang ni..kalu tak dengar cakap..siap dia!)

Anak2 ni bukan sahaja perlu dididik dengan ilmu dunia tapi jugak dibekalkan dengan ilmu akhirat supaya dia dapat membezakan antara halal dan haram. Setakat memberi makan dan pakai sahaja ..tidak mencukupi dan bukan itu "pelaburan" jangka panjang dari ibubapa.

One more thing..anak2 sekarang tidak seperti kita dulu yang mengikut perintah ibubapa. Oleh tu...gunakanlah ayat2 diplomasi korang agar mereka melakukan tugasan dengan rasa relahati dan tanpa paksaan.

Monday, February 20, 2012

SEJARAH PAHIT

Kenapa susah sangat kita nak melupakan sejarah pahit tapi senang benar melupakan kenangan indah?. Nama nyer lagi pahit kan? Memang kalau boleh nak dikuburkan terus tanpa meninggalkan tanda.

Tapi setengah orang suka mengenang sejarah pahit yang mereka lalui. Alasannya.supaya ia menjadi pengajaran dan iktibar kononnya...Pada aku, kalau boleh aku, aku campakkan jauh2 kenangan pahit tu dan tak ingin ada kenangan apa2 apa lagi untuk mengingatinya.

Sejarah pahit tu sometimes buat hidup aku jadi stress sampaikan tidur pun boleh terganggu. So cara aku yang tersendiri untuk menanganinya ialah before tidur tu..aku bayangkan semua masalah dan sejarah pahit tu aku campakkan dalam tong sampah yang besar!

Harap2 pembawa virus sejarah pahit aku tu pun NYAH dari kamus hidupku!

Sunday, February 19, 2012

BZ..BZ..TAHUN NI

Tahun 2012 yang penuh bz..mengalahkan jutawan aku ni...permulaan tahun memang ler bz kan. Update itu dan ini...

Of coz..tahun 2012 ni aku banyak merangka plan yang nak dilaksanakan. Excited sebenornya nak bagi tau korang tapi prinsip aku...aku tak suka war2kan benda yang belum jadi realiti lagi. Tapi teruja sebenarnya nak menjayakan projek aku nan satu ni..Harap2 akan jadi satu kenyataan suatu hari nanti...AMIN.

Semangat tu datang mungkin disebabkan stress aku dah hilang sama sekali dan of coz ler galakan dari adik beradik juga satu satu faktor datangnya kekuatan tu. Tambah lagi bila terbaca senarai orang2 terkaya di Malaysia ni...dengan duit billion2 banyak nyer...Tu pun sumber inspirasi gak tu...

Mana ler tau kan..aku di antara nama yang tersenarai dalam top 10 tu satu hari nanti..Tak salah berangan disertai dengan usaha kan??

Wednesday, February 15, 2012

MAMOGRAM.



Tahu tak apa itu mammogram? Ianya adalah pemeriksaan saringan sinar-x yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara. Tahukah anda yang secara puratanya 9 dari 10 kes kanser payudara dapat dikesan melalui mamogram? Ngeri gak berita tu kan?

So apa tunggu lagi, segeralah lakukan ujian mamogram sekarang. Ujian saringan mamogram PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isirumah RM5000 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isirumah melebihi RM5000, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan. Baucer PERCUMA dan SUBSIDI RM50 ini sah sehingga 31 Julai 2012.

Aku pun cam korang gak..Takut benar bab2 nak mengecek badan ni. Tambah lagi kalu time tu tak sakit..lagi ler aku jual mahal..Keh! Keh!. Tapi serius ko! benda cam ni tak leh buat main...kalu dah melarat sok..jangan kata aku tak ingatkan korang...(ingatkan diri aku gak sebenornya)

Diaryhanie : Naper ler budak yg incharge x-ray tu lelaki yek? kan bagus kalu letak pompuan..cover ler malu tu sket...Harap2 depa pihak berwajib ni peka dgn situasi ni yer...

Sunnah Sikat Rambut



Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

Tu pasal ler kita banyak hutang wehhhh. Make sure duduk peh ni nak menyikat rambut tu!

Tuesday, February 14, 2012

WARNA TEMA BILIK BERADUKU



Time tengah tergolek2 sorang-sorang atas katil ni..mata aku merenung kat siling dan seterusnya ke dinding bilik plak..Yer laaa..naper bilik aku ni kaler putih jer sedangkan bilik anak2 aku dah bercat dengan kaler kesukaan memasing.

Baru ler teringat yang kami tak sependapat dalam memilih tema warna bilik ari tu. Aku nak kaler ni..dia kata tak cantik. Dia nak kaler tu..aku kata cam kaler stor tinggal jerr. Sudah nyer..putih lagi ler bilik aku ni.

Korang tau tak.. aku suka bilik tidur kaler purple..sejuk mata memandang. Nampak gaya mewah gitu..Katil aku jenis kayu jati yang bertiang..so warna cam ni memang kena dengan perabot kayu kan?

Tengah mengumpul koleksi dan design bilik tidur yang bertemakan purple kaler nyer..Ada cadangan dan gambar2 menarik tu ..hantar ler kat aku ni yer...

SUKANYA CITER NI...


Semalam..aku enjoy tengok cerita favourite aku "vanilla coklat". Ceritanya santai jer tak ler terlalu berat untuk dihayati..Kisah yang aku rasa ramai yang suka tonton citer ni. Apalagi bagi mereka yang pernah lalui kisah macam ni..Punya ler tak suka setengah mati..alih2 dok seumah jadik suami isteri.

Aku dulu pun camtu gak..Punya ler tak suka malah mengelak untuk bertembung dengan hambaAllah sorang ni. Tapi idok ler sampai memaki hamun dia sebab orangnya memang baik..tinggal lagi aku jer tak de tersangkut hati kat dia. Tapi Tuhan tu Maha Kaya kan..dia rupanya jodoh yang dipilih Tuhan untuk menemani aku sepanjang hidup ni. Rasa tak suka tu akhirnya berubah apabila aku kenal hatibudinya.

Biar pun kita tak sempurna untuk menjadi pasangan orang yang dicintai, tapi berusahalah menjadi yang terbaik untuknya. Berusahalah untuk membahagiakannya...

Tengah dok dibuai feel dengan citer semalam....Maniskan hidup ni kalu suamiisteri tu terus kekal di alam percintaan??

Thursday, February 9, 2012

FESYEN SEKSI YANG SEKSA

Nak tanya pendapat korang sket yer...untuk jadi seorang yang kelihatan moden dan up todate perlu ke berpakaian yang mendedahkan aurat. Tak kira ler ko lelaki ke perempuan.

Zaman sekarang ni, kalu tak berfesyen ala2 "moden" yang terkoyak sana..tersingkat sini..tu dikira macam perempuan kampung kononnyaaaaa....Alasan paling biasa didengar, ikut peredaran zaman...Setahu aku ler..zaman batu dulu jer, orang pakai pakaian compang camping dan tak cukup kain camtu. Cuba korang tengok citer "The flingstone" tu. Sama kan?



Yang penting nyer, berpakaian ni membuat kita rasa selesa. Tapi selesa amende nyer kalu skirt penting dan ketat. Kejap2 tangan dok asyk menarik skirt tu. Nak duduk pun aku tengok seksa yang amat sangat.





Boleh mengikut fesyen tapi jangan ler sampai mengadaikan maruah diri sendiri dasn jadi hamba kepada fesyen.

Tuesday, February 7, 2012

BRUTAL TAK AKAK??

Sarang tebuan jangan cuba dijolok...tu tebuan boleh gak ko lari ke sungai utk escape diri tapi kalu ko cuba "menjolok akak" hah! dapat le habuannya!
Korang ingat tak lagi penyewa aku yang psiko ari tu. Dia dah berambos kuar dari umah tu tapi meninggalkan "sampah sarap"nya di rumah aku. Bila suruh kuarkan..alasan bodoh dia..tak pindah lagi, walhal dah angkut anak bini dia tah kat umah sape tuan rumah malang yang terima dia tu.

Ni antara rentetan peristiwa kebrutalan yang akak buat utk ngajor setan tu:

5/2/12 - Dapatkan repot polis yang aku nak kuarkan barang sibangang tu sebb dia dah berpindah. TQ kat abang ipar aku yang sanggup turun ke KL utk membantu misi aku ni.

6/2/12 - Ikutkan semlm dah.. aku nak campakkan barang setan tu..tapi hubby aku cool kan wifenya yg panas baran ni..Tengah memunggah barang tu..tah betina gila meroyan mana tah keluar dari celah bangunan depan umah aku tu memaki hamun. Antara dialognya :

Betina : Hei pompuan tak guna! Kalu hilang barang kemas aku dalam tu..aku charged ko kat mahkamah.

Diaryhanie: (Dalam hati jer..sebb hubby aku tak bagi melawan) Ek Elehhh. barang kemas kononnn. Ada! aku jumpa kuning jer warnanya tapi dalam toilet tu ler..nak meh datang amik.

Betina : (tah apa dia meroyan lagi) Perempuan tak guna!

Diaryhanie : (Lebih dah kan mulut dia ni)Eh betina! Ko tak bayar sewa 4 bulan peh tu curi letrik umah orang..ada hati nak maki orang..Ko amik sampah sarap ko ni sebelum aku bakar!

Time tu sumer orang pandang kat dia..Tau plak malu tu..terus dia berpatah balik..Siap warning aku tu..Ko siap! Ko siap!(macam ler aku ni takut tengok badan dia yang ala2 saiz tong taik tu!)

Time nak tidur malam tu..terfikir plak aku..rasa cam tak percaya yang aku se brutal tu. Kalau anak dara nak cop buat mak mertua, mesti kansel punya. Tapi caye lah..aku bukan spesis meroyan tak tentu pasal kecuali pada orang2 yang menyesakkan hidup aku cam ni. Senang nanti..aku postkan keadaan rumah diaorang sebelum aku terjunkan barang2 dorang kat bawah. Sajer, nak bagi tau korang..camner pengotor nyer penyewa aku ni!

Friday, February 3, 2012

BOSAN NYER..

Disebabkan kaki aku yang membengkak ni..doktor bagi aku mc 2 hari. Lama ler aku cuti wehhh sambung cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam.

Aku ni jenis tak reti dok diam kat umah..apatah lagi tengok umah yang dah cam rumah tinggal jer. Seminggu kat spital, hubby dan anak dara aku bermaharaja lela ler..Baby plak sesukati dia letak barang2 dia sana sini. Hubby aku ..hish malas nak citer..kang masuk plak bab ngumpat hubby sendiri.

Nak tak endak..dah sakit mata mandang..so aku buat ler sesikit. Mana yang terdaya..sapu sampah..mesin baju..kemaskan dapur, masak. End up..mak oiii, kaki aku rasa cam ditarik2 uratnya..Tu yang bawak berehat kat sofa sekejap..kang pitam sensorang kat umah lagi haru!. Sedar tak sedar...terlelap aku dek kerana keletihan. Al-maklum..dah lama tak guna kederat nih..

Boringnya Tuhan ajer yang tau.Aku tak tau ler camner dorang boleh jadik fulltime housewife..hari2 ngadap benda yang sama.Terfikir aku kalu aku pencen nanti..camner gaya nyer kalu 2 hari pun dah mati akal!

LEPAS SATU2!

Tahun 2012 ni tahun sakit aku kot...lepas satu2..Batuk dah okay tapi kaki aku plak bengkak kat pergelangan nyer. Ni sebenarnya kesan urut ari tu ler..Kalau aku tau ler yang tukang urut tu tak reti ngurut..tak kan aku serahkan badan aku ni untuk seksa yang camni.

Aku rasa memang dia tak pandai urut. Buktinya kaki aku bengkak cam sembab.Sampai satu tahap serius tu..aku tak boleh berdiri lama sket..rasa nak pitam. Ingatkan tekanan darah rendah aku ni jadi balik. Bila check doktor semalam time buat follow up..handsome jer!. Doktor kata urat kaki aku yang bengkak dan berdenyut tu yang menyebabkan aku rasa nak pitam.

Tu ler dia..kononnya nak ngubat sakit ..rupanya cari sakit lagi ada!. Jangan harap ler aku pegi mengurut lagi..Dorang ni pun satu, kot ia nak cari rezeki pun..gunakanlah kepandaian tu ke arah kebaikan. Bukan main boo ajer. Orang jadi tukang urut, awak pun nak jadi tukang urut..kesannya ko dapat duit..kaki aku jadi mangsa.

So..korang hati2 ler yer..jangan terperpedaya cam aku ni..Nasib baik cuma bengkak..kalu lumpuh terus tak ke nyaya!Choi!!!Mintak simpang!