Tuesday, October 25, 2016

NI LA NAMANYA PEMIMPIN ...

Tersentuh hati bila menerima berita tentang kebakaran di Hospital di Johor Bahru semalam..Turut rasa simpati buat mangsa-mangsa. Lebih tersentuh hati aku bila melihat sifat terpuji seorang pemimpin bergelar Sultan yang sanggup membenarkan Wad Dirajanya digunakan untuk kemudahan untuk menempatkan pesakit buat sementara waktu.
 
Bukan nak bercerita tentang kebakaran yang terjadi tapi lebih kepada sikap seorang pemimpin itu sendiri. Bukan mudah untuk kita melihat seorang pemimpin tak kiralah dia tu Sultan ke...CEO ke...Manager ke..asal namanya ketua atau pemimpin sanggup mengenepikan hak dan juga kepentingan diri untuk orang lain..
 
Beruntungnya rakyat Johor punya pemimpin berjiwa rakyat ni...Ini baru namanya "RAKYAT DIDAHULUKAN".
 
Ada ko tengok pemimpin makan dalam bungkusan camni? Nan hado...
 
 
Boleh lagi dok semeja dengan rakyat di kedai mamak..Ko mampu?
 
 
Muga Allah merahmati pemimpin yang berjiwa rakyat seperti ni...bukan pemimpin yang meletakkan rakyat di hadapan untuk menyelesaikan masalah ekonomi sekarang dengan pelbagai tekanan demi tekanan...
 

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com