Monday, April 27, 2015

PADATNYA WAKTU...

Huh! mengalahkan wakil rakyat akak sekarang ni. Pagi petang sebuk manjang. Ingat hari minggu nak rehat..huhu tak boleh gakk sebab rumah masih cam tongkang pecah dengan susunan barang yang belum dikemas lepas renovation tempohari yang complete 100%.
 
Hari minggu plak dipenuhi dengan undangan kahwin, majlis bertunang dan sebagainya..Kat office plak bz dengan audit (benda yang paling Akak tak gemor). Pendekata...aku rehat pun time tidur jer..Itu pun diganggu dengan mimpi benda-benda seharian yang kesemuanya all in one enterframe dalam mimpi aku..Sudahnya tidur pun cam tak cukup..
 
Terfikir aku...camner ler hidup orang yang berjawatan besor tu yer..cam Menteri contohnya.siang malam ada jer kerja yang nak dibuat..cam tak der masa langsung dengan keluarga. Anak dari kecik sampai dah membujang pun tak sedar..
 
Biasalah kan.. Tiap sesuatu yang ko nak dapat dalam dunia ni kena lah berkorban sesuatu either masa atau pun benda lain..Yang dudok ajer tak buat apa tu maleh namanya...Alasan orang camni kalau tengok orang lain berusaha mengejar kekayaan ialah orang tu tamak. Bukan tamak tu namanya dik oii..tu namanya usaha dan paling penting dia berusaha dengan tidak menjatuhkan atau menindas sesiapa.
 
Nak tak nak...aku kenalah biasakan hidup bz camni kan...Ate Yong ni nak kaya kannn???

Sunday, April 19, 2015

PERMAINAN MASA KECIK-KECIK DULU

Budak sekarang permainan mereka canggih-canggih...semua main computer jer. Tapi time aku dulu rasanya lebih seronok sebab ala pelbagai permainan yang budak-budak sekarang rasanya tak penah tengok pun.
 
Korang ingat tak lagi permainan yang menggunakan dadu yang aku panggil dam ular. Ni ler permainan kegemaran aku kalau dok di rumah. Selalunya aku akan main dengan Yong dan jugak adik aku Hisyam..
 
Paling tak suka tu..kalau dah naik tinggi-tinggi tetiba kena plak berhenti kat petak ular panjang...huhu melurut turun balik. Dan paling sakit ati bila Yong dan adik aku ni pakat gelakkan aku. Aku plak pantang kalah...mulalah nangis (cengil tau masa kecik dulu tapi kalau dah kena sakat..naik ler garang aku tu)


 
Elok-elok main mulanya...dahhh bergaduh plak...kakak aku Yong ni juara mencubit...sampai berdarah ler kulit (ko bayangkan camner putaran 360 degree dia pintal kulit aku) Hehe...peh tu, baik balik...gaduh balik..Pendekkata pening mak menguruskan kami bertiga ni. Tu yang sampai dapat darah tinggi tu kot.

Semalam hubby aku ke D.I.Y..jumpa permainan dam ular ni..Excited baby ajak aku main malam tu gak...Eiuww tak selera mak nak...baik layan blog lagi baik...

MACAM LA BAGUIH SANGAT!

Macam-macam ragam manusia ni kan..Kalau dilayan mau kedut seribu muka ni...Ada gak makhluk Tuhan ni yang suka sangat melihat orang lain susah dan dalam masa yang sama "menaikkan" nama nya

As usual la kan..mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni...Dia yang empunya badan pun tak sempurna juga..Tak hairan la aku kalau selalu kena "hempok" dengan bos dia.The point now is aku bengang sangat dengan dia ni sebab pantang  kalau dapat cari salah orang. Panas punggung dia selagi tak hu ha mencanang sana sini. Ko tu perfect sangat ke.
 
Aku tak pasti apa motif dia bila buat report kepada orang lain sedangkan dia boleh jer jumpa aku face to face untuk buat report tentang kecuaian staff bawahan aku kan..?? Kalau ko takut aku bertukar ijau dengan statement ko tu..ko boleh jer jumpa immediate bos aku. Owh lupa..memang tak kan ko brani pun sebab sure kena taichee dengan dia kan.. Nampak sangat la ko tu nak mengenakan aku and at the same time dok bercakap yang "I dah tolong u all everything".
 
Nak tanya gak apa yang ko dah tolong selain dari "menyalak bukit" dan spread all the story to everybody macam la department aku jer yang buat salah dan ko tu 100% perfect!. Hangin nya aku bila berdepan dengan minah ni. Dah ler tak der adab..aku tengah online dengan bankers tu pun, dia dok sebuk nak explain itu ini dengan aku...Dear sengal, untuk pengetahuan ko, aku dah tau kesilapan staff aku tu cuma tak mau la nak jaja citer cam yang ko buat tu.. tak professional langsung!
 
 


Thursday, April 16, 2015

SORRY DRAIN...MAMA TAK SENGAJA...

Pagi Jumaat ni..aku pegi kerja dengan perasaan sebak, sedih dan kesal. Call dari hubby betul-betul buat aku terkejut. "Ani, u langgar Drain yek...pecah perut dia.". Seriously..masa masuk keta tadi, aku dah pastikan Drain tak keluar dari pagar mengejar aku macam biasa..Bila plak masanya dia duduk bawah tayar keta aku!
 
Drain ni aku jumpa kat Nilai 3 ari tu dalam longkang besar yang penuh dengan air kotor. Rasa kesian tu yang membuat aku merayu kat hubby supaya selamatkan dia. Aku bawak balik ke KL sebab tak mau dia jatuh atau kena langgar sebab mata dia tak nampak..(time ni mata dia penuh taik mata)
 
Aku panggil dia Drain sempena tempat aku jumpa dia..Memang dia ni manja sangat..Suka mengesel-gesel badan kat kaki kalau aku balik kerja...Berkejar-kejar dia mendapatkan aku sebaik saja aku sampai di pintu pagar.
 
Uwaaaa..walaupun tak sampai seminggu dia bersama kami tapi aku terkilan bila kejadian ni menimpa dia. she's only a kitten...aku tak penah rasa kehilangan dan sesedih ni bila kehilangan binatang peliharaan...Dan seingat aku..aku tak rasa yang aku melanggar sesuatu sewaktu aku mula bergerak tadi...
 
Dalam hati, terfikir jugak..aku ke yang melanggar dia atau jiran sebelah sebab time tu dia belum keluar lagi...Drain..kalau betul mama yang langgar Drain...mama minta maaf sangat..Mama tak sengaja....

Monday, April 13, 2015

NILAI 3

Tak plan pon nak pegi Nilai 3 semalam..lepas breakfast terus hubby ajak ke sana. Pucuk dicita..ulam mendatang ..rezeki jangan ditolak weii...gigih aku memandu ko...

Plan nyer nak beli bidai kayu untuk disangkut di berandah ..tak ler open sangat sampai orang depan umah pon boleh direct nampak ke bilik tidur akak!. Lagi pun hubby aku ni kengkadang malas nak berbaju time lepak-lepak dan aku plak dengan rambut mayang mengurai segan nak bersantai kalau tak der bidai kat situ.

Untuk ukuran 6x6 mamat tu charge RM120. Kami beli 2 keping bidai. peh tu aku menyinggah kat satu kedai ni untuk beli tisu bunga untuk cabinet dapur..tup2 rezeki aku terjumpa plak jam gantung ala inggeris yang aku cari kat KK Home Deco selama ni tapi habih stok. Apalagi omak grab laa..

Peh tu jalan pusing-pusing mencari KK Home Deco..sajer nak jamu mata jer kononnya..ternampak plak teko set dia warna hijau putih..soft sangat colour dia..Cuba gak pujuk hati ni supaya tak termakan hasutan syaitonirrojim tapi dalam hati plak fikir kang nyesal dah balik KL tak beli benda ni.. hik hik!

Tray kat bawah jam tu cuma RM8 jer compare to KL mau RM20+

Ada ler a few barang yang we all beli ..dah alang-alang datang dari jauh tu kann..Balik tu gak hubby aku tak sabar-sabar terus pasang bidai tu...Aku punya langsir gak yang tak gantung-gantung. huhu

Anyway seronok walaupun panas membahang...mau tak seronok shoping!



Tuesday, April 7, 2015

ACE JERNEH TAK JERNEH MANA PON!

Penah tak korang rasa berurusan dengan mana-mana Jabatan yang buat darah korang membuak-buak marah. Baru-baru ni aku berurusan dengan syarikat Ace Jerneh (yang rasanya tak ler jerneh macam nama syarikatnya). serius memang aku tak puas hati dengan cara polisinya yang berat sebelah!
 
Hubby aku meet an accident dengan salah seorang policyholder syarikat Insurance ni. Setelah aku kumpulkan segala dokumen seperti hasil siasatan dan polis repot untuk disubmit kepada syarikat insurance ni...boleh plak dorang refused nak bayar atas alasan yang aku rasa super BODOH DAN TAK MASUK AKAL!
 
Menurut minah yang incharge tu..dorang tak layan tuntutan claim tu sebab policyholder tu tak buat laporan mengatakan yang dia dah langgar hubby aku kepada pihak insurancenya. Boleh?. Makna kata..sapa-sapa yang ambik insurance dari "Ace Keruh" ni terlepas manjang sekalipun dia langgar orang sampai mati!. And paling bagus tu NCB dia tak susut2 sebab tak der claim dari mana-mana pihak. 
 
Korang tau tak insurance polisi korang ni paling bangang yang aku penah dengar!. Kalau yer pun korang nak menjaga policyholder korang..make sure lah defend pada benda yang benar sebab cara korang ni menganiaya orang lain...faham tak?.
 
Kalau dah bukti yang aku tunjuk tu tak membolehkan aku buat tuntutan Insurance dan minah tu keep on cakap tu memang polisi insurance dorang...malas aku nak bertekak dengan &^%$ ni so aku panjangkan kes ni ke Bank Negara dengan membuat aduan!.
 
Muga-muga pihak Bank Negara akan membuka mata agar tiada lagi orang yang teraniaya dengan pihak insurance seperti ni. Alhamdulillah..pihak Bank Negara dah pun membalas email aku dan akan membuat siasatan berkenaan kes ini.

 

Sunday, April 5, 2015

BERJUMBA DI KAISON

Dalam orang heboh-heboh dengan GST..akak? ...hehe! buat jom heboh ke KAISON!. Semalam aku and my lil sister bershopping di Kaison kat KL Festival City Setapak.

Masuk jer Kaison tu..akak dah tak ingat dunia dahhh..Walaupun satu tingkat jer tapi lama gak ler aku bertawaf kat dalam dulu..
Muka serius giler sebab dah rambang mata nak memilih
 
Nak cari langsir..nak cari langsir...ikut kata tuan penasihat..
 
Kesian my niece & nephew..sampai terduduk kat luar Kaison menunggu
 


Almost RM300 aku habih ari ni...hehe sekali sekala kata hubby aku..
 
Aku lupa plak bunga yang aku beli tak snap..hehe..Bunga kat situ serius murah dan cantik. Barang-barang kat Kaison ni murah sangat tu tidak la cuma aku boleh bagi bintang sebab kualiti barangan dia memang terbaik..
 
 
Yang korang nampak cam gambar kat atas tu..sebenarnya alas kaki okay. FYI, aku dah beli pun alas kaki kat umah tu tapi sebab berkenan yang teramat sangat makanya aku beli gak dek termakan hasutan adik dengan ipar aku..wakaka! Diri sendiri yang tak boleh menahan nafsu serakah..salahkan orang plak!

Wednesday, April 1, 2015

MIMPI YANG MENGGANGGU EMOSI

Mimpi tu mainan tidur kata orang tua-tua..tapi bagi aku ada juga petunjuk dalam setiap mimpi kita samada sesuatu yang buruk atau baik akan berlaku. Korang aku tak tau tapi aku..itu memang benar akan terjadi..
 
Tu yang mengganggu emosi aku pagi ni..bila memikirkan alamat dari mimpi aku subuh tadi...Mimpi menemui hubby aku di sebuah rumah yang berlainan sedang tidur dan di sisinya ada anak kecil dan seorang pompuan!!. Dalam mimpi tu, hubby aku mengaku yang dia telah pun berkahwin dengan pompuan tu...Perasaan aku time tu bercampur baur..sedih yang teramat sangat...marah tahap gaban sampai terniat nak membunuh pun ada..(Ganas tak akak?).
 
Terkedu bila terbangun dari tidur yang melenakan...aku pandang wajah hubby..perasaan sedih aku menjadi-jadi. Bagaimana aku nak berhadapan dengan semua ini jika mimpi sedemikian merupakan reality?. Huh! tak dapat aku nak bayangkan yang aku kena berkongsi kasih sayang dengan pompuan lain. Barang pun aku susah nak share..nikan lagi hubby..jawapannya Nehi inspector shabab!!
 
Bila aku dah memutuskan untuk mencintai seorang lelaki yang bergelar suami..maka dialah lelaki terakhir dalam hidup aku..Malah aku amat berharap agar cintahati aku ni juga tak beralih arah hanya kerana pujuk rayu murahan pompuan diluar sana.
 
Aku nak dia menjadi hamba Allah yang menunggu dan menemani aku di Jannah kelak...Insya Allah..
(Sedang beristighafar menenangkan jiwa raga)..
 
 

RESTU

Bercakap tentang keredhaan...ni bukan topic agama yer adik-adik cuma akak teringat message yang akak baca di hp semalam. Message dari Abang di Kuantan yang minta aku doakan dia supaya senang menjawab paper exam nyer..
 
Of coz aku mahukan yang terbaik untuk anak-anak aku dunia dan akhirat..Untuk abang...Mama memang tak der daya untuk membantu abang selain dari doa dan bacaan Yassin setiap kali abang exam...selebihnya mama serahkan pada Allah yang menentukannya. Sebagai ibu..aku redha malah memohon agar Dia membalas setiap kebaikan anakku yang tak pernah membuat aku berkecil hati atau bersedih.
 
Siapa kata restu tu tak penting? Bagi aku itu adalah permulaan untuk sesuatu dalam langkah kehidupan kita. Macam nak memilih pasangan pun kena ada restu mak bapak juga kan. Bukanlah maknanya rumahtangga tak aman kalau tak der restu..tinggal lagi jiwa tu terasa lebih tenteram adanya..
 
To Abang...
 
Buat yang terbaik..dah buat persiapan secukupnya kan?.