Wednesday, January 30, 2013

PESANAN PENAJA...


Kadang2 sesuatu perkara yang tak biasa kita buat akan kedengaran atau kelihatan seolah-olah janggal di mata orang. Tu ler yang terjadi pada kami suami isteri.

Sempena tahun baru 2013 ni, aku nak praktikkan ler buat seperti yang dipesan dek Ustaz Idrus  kat atas nuuu... Benda baik kan...Tapi lain lak jadi nyer bila hubby aku terfikir yang bukan2.

Seperti biasa, aku yang kuar umah dulu. So..aku pergi jumpa dia yang masih dok di tikar sejadah. Sebelum turun tangga..aku salam dan cium tangan dia. Siap bagi tahu kat dia, aku minta ampun kalau aku ada buat salah dan silap. Nak sedapkan lagi ayat..aku minta dia halalkan makan dan minum aku.

Hubby aku cam terkejut. Terpaku beberapa saat bila dengar kata2 aku tu. Masa nak sampai ke pintu, dia panggil aku.."Kenapa you lain benar hari ni" Tak sedap ati plak I nak benarkan you bawak keta ari ni" Wakaka!. Tengok! camner ler aku ni nak jadi isteri contoh cam ustaz Idrus mention tu...Baru jer salam dan cium tangan...dia dah fikir lain dah! Mesti dia ingat..aku ni buang tebiat kot. Tetiba plak minta maaf bagai. Selalu tu..aku cuma bagi tau yang aku nak gi kerja dan cium pipi dia jer...

Tu belum lagi adegan maaf sebelum nak tido tu...Mau tak tido hubby aku ni. Hihi...dont worry lah dear...isterimu cuma ingin menjadi isteri yang solehah dan sentiasa mendapat keredhaan dari suaminya.

Pada blogger di luar sana...amalkanlah pesanan ustaz Idrus ni...Muga kita sama2 mencontohi sesuatu yang baik hendaknya....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com