Wednesday, February 27, 2013

PANGGILAN UNTUK KU

Korang penah tak ada pengalaman cam aku ni...bila first time jumpa seseorang tu...dari penglihatan kasar korang, dia nampak lebih tua dari kita. Tup2 rupa-rupanya jauh lebih muda dari usia kita. Udah jatuh perasan muda ler plak dan malu sendiri.

                                                         Usia aku dah 48th this year
Kali ni bukan aku yang tersalah tafsir umur orang tapi orang lain salah mentafsir umur aku. Mungkin kalau dilihat secara kasar, aku ni nampak muda berbanding usia..Cewahhh kembang semangkuk lobang idung bila orang puji akak nampak muda ko!. Tu tergolong dalam rezeki yang diberi Tuhan gak tu kannn...

Semalam ada ler sorang mamat student ITM ni berminat nak sewa apartment aku kat ITM Seksyen 7 nuu..Rasa aku umur dia baya2 anak bujang aku. Terkejut beruk aku bila dia bahasakan  aku" akak" walhal dah sepatutnya aku ni pangkat "makcik" pada dia. Aku plak asyik tersasul bila dia start panggil aku kakak..kejap aku bahasakan diri ni "makcik" ..kejap tukar "akak". Tapi bila sebut "akak" tu..aku plak naik geli geleman semacam. Dia ni dah boleh jadi anak aku wehhh..

Yang kelakar tu, hubby aku konfem dorang panggil pakcik...dan perkara ni dah selalu terjadi kat mana2 we all pegi. Kesian kat hubby aku....

"Mulut tak de insurance" si baby ni kata, "Mesti dorang ingat yang ayah kahwin orang muda.."Hik hik...cakap tak hinggat...Tu tak per gak...ada ler hamba Allah ni claimed kata adik beradik aku yag awet muda ni memakai ilmu...sebab tu tak nampak tua..Aku cuma ada ilmu pengetahuan dari segi pelajaran dan pengalaman kerja dan sedikit ilmu untuk ke akhirat..Lain2 tak penah menuntut okayyy...Cuma mengamalkan petua orang tua2..tu jer..Nanti aku share  dengan blogger kat luar sana yerk. Terpulang...nak ikut ke tak...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com