Tuesday, February 12, 2013

PD...KAMI ON THE WAY

Hari Ahad..10/2/2013, kami pergi bercuti di apartment kami di PD. So nice bila tengok umah tu nampak bersih. Niat tu bukan sekadar bercuti tapi untuk menukar segala kelengkapan seperti cadar, sarung bantal dan lain-lainnya.

Memang bersemangat bila bekerja satu famili. Umah sendiri..sapa lagi nak bersihkan kalau tak kita sendiri..yer dok? Anak bujang aku siap varnish lagi perabut yang ada..Alhamdulillah, melihat ketekunannya bekerja tu, buat aku yakin yang dia mampu menguruskan apartment ni nanti tanpa bantuan kami lagi. Good job Abang!

Anak dara aku? mmmmph..keja dia ber "tweet" jer. Nasib baik ler ari tu line tak berapa bagus...So aktiviti lain dia ialah zzzzzzz...Hubby aku kemain lagi rajin mengecat (touch up jer sebenarnya).

Memang kami serius untuk manage sendiri apartment ni. Dah malas nak berurusan dengan sapa2 dalam urusan sewa menyewa ni. Insya Allah...rezeki anak2 tu ada...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com