Tuesday, February 12, 2013

SEPERTI ANJING DGN BAYANG2...

Benarlah kata orang, wang ringgit dan harta benda boleh mengaburi mata manusia. Tapi bukan semua yang bernama manusia ni yang bersikap tamakkan harta keduniaan hingga sanggup berbuat apa saja hatta kehilangan adik beradik dan putus saudara mara.

Cerita seperti ini yang selalu dipertontonkan di tv tapi memang dalam dunia realitinya terdapat manusia yang haloba seperti ini. Mungkin disebabkan dia tidak mempunyai apa-apa berbanding orang yang lain, justeru itulah sikap untuk mengaut tu berkobar-kobar.

Paling teruk bila dia tidak mempercayai orang lain hatta saudara sedarah sedaging sendiri malah orang yang sama jugalah yang selalu menghulurkan pertolongan malah sering dia meminta bantuan tatkala inginkan pertolongan. Pernah dengar bidalan yang mengatakan "seperti melepas anjing tersepit". Sesuai benar jika orang seperti ni disamakan dengan bidalan tersebut kerana tidak tahu membalas budi sebaliknya mengigit orang yang pernah menolong dia didalam kesusahan.


Secara kebetulan kot..rupa dia serupa plak...hihi

Hari ini orang seperti ini mungkin boleh tersenyum menghina orang yang menolongnya kerana dia tak perlu meminta pertolongan sesiapa tapi.... tunggulah suatu ketika nanti, bilamana Tuhan tu pasti menguji dia dengan seribu cubaan dan dugaan.

Siapa yang makan cili..dia ler yang terasa sos pedasnya....Muga dia diberi hidayah Tuhan agar "kemandulan" diri tidak melarat kepada "kemandulan akal dan fikiran"

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com