Wednesday, January 30, 2013

PESANAN PENAJA...


Kadang2 sesuatu perkara yang tak biasa kita buat akan kedengaran atau kelihatan seolah-olah janggal di mata orang. Tu ler yang terjadi pada kami suami isteri.

Sempena tahun baru 2013 ni, aku nak praktikkan ler buat seperti yang dipesan dek Ustaz Idrus  kat atas nuuu... Benda baik kan...Tapi lain lak jadi nyer bila hubby aku terfikir yang bukan2.

Seperti biasa, aku yang kuar umah dulu. So..aku pergi jumpa dia yang masih dok di tikar sejadah. Sebelum turun tangga..aku salam dan cium tangan dia. Siap bagi tahu kat dia, aku minta ampun kalau aku ada buat salah dan silap. Nak sedapkan lagi ayat..aku minta dia halalkan makan dan minum aku.

Hubby aku cam terkejut. Terpaku beberapa saat bila dengar kata2 aku tu. Masa nak sampai ke pintu, dia panggil aku.."Kenapa you lain benar hari ni" Tak sedap ati plak I nak benarkan you bawak keta ari ni" Wakaka!. Tengok! camner ler aku ni nak jadi isteri contoh cam ustaz Idrus mention tu...Baru jer salam dan cium tangan...dia dah fikir lain dah! Mesti dia ingat..aku ni buang tebiat kot. Tetiba plak minta maaf bagai. Selalu tu..aku cuma bagi tau yang aku nak gi kerja dan cium pipi dia jer...

Tu belum lagi adegan maaf sebelum nak tido tu...Mau tak tido hubby aku ni. Hihi...dont worry lah dear...isterimu cuma ingin menjadi isteri yang solehah dan sentiasa mendapat keredhaan dari suaminya.

Pada blogger di luar sana...amalkanlah pesanan ustaz Idrus ni...Muga kita sama2 mencontohi sesuatu yang baik hendaknya....

Sunday, January 27, 2013

BAJU TAK SIAP!

Aduiii frust giler aku bila pegi jumpa tailor aku hari ni. "Pukul 8 mlm ni boleh datang balik tak?" Bila ditanya baju aku tu dah siap le belum...jawapan yang diberi..."Saya tengah jahit".

Ko biar betul dik? Akak hantar kain tu awal January..Dont tell me yang kain aku tu ko tak usik langsung...usahkata jahit, gunting pun tak lagi... Akak dah plan nak melaram masa weeding cousin akak sok.

Dah ler ari tu aku bukan main eksyen dengan emak yang aku akan melaram dengan baju baru..tup2 tak siap!. Ni yang akak nak muntah datah ni...Kang kalu aku bising kang..terkocoh2 plak dia menjahit baju tu. Nak baju kurung..kang jadi kelambu plak..

Musnah harapan hamba..Hish! adik tailor ni bikin semput nafas aku jer lah. Ni 1sr time aku tempah baju dengan dia. Sepatutnya dia bagi imej dan reputasi yang baik ditonjolkan. Ni yang buat aku nak masuk daftar black list ni...

KAREKTOR MENCERMINKAN KERJAYA

Setuju tak kalau aku katakan kebanyakan karektor manusia ni mencerminkan kerjaya mereka. Mungkin 1st time kita jumpa seseorang, kita tertanya2 apa gamaknya pekerjaan dia ni. Lawyer? Majestret? atau surirumah mungkin..

Contoh paling dekat dengan aku ler ialah kakak aku ni. Kalau 1st time ko jumpa dia...pot pet...pot pet peramah yang amat gitu. Ada jer idea yang kuar dari mulut dia ni nak bercakap. Mungkin kalau aku suruh teka apa koje dia...mesti korang kata DJ kan! Salahhhhh...dah dekat dah!!!. Dia ni kerja cam anak Pendekar Mustar daaaa...tapi bukan sekolah sarkis tendang wau yer...Dia cikgu!

Kalau bercakap...siap selit peribahasa lagi. Kalu sapa tak penah dengar peribahasa..melopong ler mulut korang dengar dia bercakap ala2 Karam Singh Walia.

Cam kawan aku sorang ni, suka nau tengok muka orang. Ada jer komen dia pasal make  up orang tu.  Rupanya si Bedah ni kejanya mak andam! Patut ler..Tapi kalu ko tengok dia ni..simple jer.Tapi time dia make up pengantin..nah ko! idung yang pesek pun dia leh mancungkan. Kulit yang gelap, dia boleh putihkan. Hatta.jetawat pun boleh dihilangkan dengan teknik make up. Cam David Copperfield..

Thursday, January 24, 2013

IKHLASKAH BANTUAN YANG DIBERIKAN?

Ada tak korang jumpa orang yang ikhlas menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan apa. Dengan kata lain, memang dia benar2 menolong. Ada tu ada..tapi kebanyakannya punya agenda tertentu dan mengharapkan akan diberi upah walaupun kerja yang dibuat tak sebanyak mana.


Tambah lagi kalau kita tidak mempunyai pengetahuan meluas mengenai perkara tersebut..lagi ler senang dia "cong" kita. Masalah yang mudah dan boleh diselesaikan dengan cepat pun dikatanya masalah besar dan perlu banyak kos diperlukan.

Ada gak orang cam ni yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Sepatutnya masalah tu diringankan bukannya dibebankan lagi dengan masalah yang lain. Agak2 korang ler..ni boleh tak dikategorikan sebagai RASUAH???

Kagum dengan arwah Abah yang banyak membantu kawan2nya tanpa mengharap apa2 balasan selain dari mengharapkan keredhaan Allah semata2.

NAMA KUIH PELIK DI MALAYSIA

Bukan nama orang jer pelik kat Malaysia ni yang aku jumpa tapi makanan expecially kuih muih nyer. Tah mana datang nama tu, aku pun tak tau tapi yang pasti ni ler nama yang aku tau menjadi sebutan orang ramai.


                                                        KUIH TELINGA KELING

Nasib baik tak jadik isu perkauman plak kan? Tapi ni nama kuih jer....setengah orang suker makan kuih ni. Aku tak berapa berkenan sangat...rasanya tawar jer.

                                                   
                                                               KUIH LIDAH JIN

Mungkin sebab kuih ni dalam bentuk yang panjang terjulur jer, maka namanya diberi ler lidah jin...Kuih ni adalah salah satu hidangan sampingan masa Yong aku kawin dulu...makan kudap2 sementara berbual menanti pengantin sampai...sedap ko!

                                                        KUIH PUTERI SEBILIK

Aku heran gak..tang mana puteri nya..tapi ni pun kuih febret akak gak...tak silap ler kuih ni femes kat Kelantan nu...

                                         
                                                        KUIH BATANG BURUK

Kuih ni popular masa hari raya. Diperbuat daripada kacang hijau gitu...Sedap! tapi awas ler masa makan tu. Kuih ni bertepung, kang tersedak...nanya!


                                                                      KUIH BOM

Keba bom!!! Ni bukan bom atau guli yer adik2... Ni kuih yang diperbuat dari tepung pulut yang dalamnya ada inti kelapa. Rasanya? Memang Kebabommm sedap!


                                                                 KUIH TAIK ITIK

Kejam depa yang bagi nama ni..hik! hik! hik!. banyak2 nama..yang ni yang ko registed. Sebenarnya aku pun tak penah rasa lagi kuih ni...tapi serius...kalu aku tengah makan..jangan ko sebut nama kuih ni depan aku sebab aku ni jenis yang suka berimaginasi.

Banyak lagi sebenarnya kuih muih tradisional di Malaysia yang namanya pelik2 ni...Senang2 sok, akak continue citer yerk...




BISNES NI OKAY GAK KAN?

Selama ni..tak penah plak aku terfikir satu bisnes ni..Jarang orang buat sebenarnya. Tapi kata hubby aku, aku jer yang tak alert..bz concentrate dengan bisnes umah sewa.

Kawan aku ni buat bisnes keta sewa. Bukan calang2 keta dia sewa ko. Alphard, BMW dan macam2 jenama keta mewah. Dengar dari citernya, income boleh tahan gak.

Bila mata aku dah bontang dengar ceramah dia pasal income yang mencanak-canak tu, dia citer gak risiko bisnes dia tu. Masuk balai sebab keta sewa dia digunakan untuk tujuan jenayah.

Tak kira bisnes kita tu besar atau kecil..yang penting sekali ialah kecekalan dan kesungguhan. Tak kira ler ko buat bisnes apa pun. Sanggup terima risiko dan menanganinya dengan bijak.

Paling penting..make sure rezeki yang kita perolehi tu dari sumber dan jalan yang halal. Berkat sampai ke anak cucu.

SERBA TAK KENA HARI NI..

Dah jadi kebiasaan kita ni kan..bila hari bekerja sibuk tengok kalendar..bila cuti umum. Tapi bila dah cuti..tak tau plak nak gi mana. Sudahnya..dok terperap kat umah.

Nak bercuti jauh-jauh..cuti singkat jer. Tapi tempat yang dekat pun tak sampai ...Ikut aku cuti ni, aku nak shopping. Eh silap..window shoping sebenarnya. Almaklum ler kan.. belum dapat gaji lagi.

Setakat nak cuci mata jer..tak leh jadi jugak. Lagi pun, aku dan hubby ada temujanji dengan seseorang pagi ni. 

Cuti ni ..actually kena plan baru ler seronok. Ni pakai terjah jer..Sudahnya kat sini ler aku..dok berblogging...

Tuesday, January 22, 2013

ADAT LAMA DILUPA JANGAN

Sering kita dengar wanita sekitar usia 30an, mengadu sakit kepala, lemah2 badan..perut gendut. Kebanyakan rungutan ni datangnya daripada ibu2 yang penah melahirkan. Naper jadik cam tu yek?

Salah satu sebabnya ialah mereka sering mengabaikan kesihatan dan juga tidak mengamalkan pantang larang sewaktu dalam pantang. Bukan benda2 tahyul tapi semua ni ada kebaikan tersendiri untuk ibu2 tersebut meskipun ada ubat-ubatan moden disediakan doktor.

Salah satu contohnya, selepas bersalin...nah kau! tengok perut memasing mengerutu cam limau purut. Tak usah ler bimbang sebab kalau kena dengan penjagaannya...perut korang tu boleh kembali cam anak dara gitu. Amik kapur (Bukan kapur tulis kat sekolah tu atau batu kapur kat Batu Caves tu...no..no..no) kapur yang dimakan bersama sireh tu..sket ajer tau..kang melecur perut..aku tak bertanggungjawab..campur dengan air limau nipis. Sapukan ker perut. Korang akan rasa cam perut tu tegang sangat..okay ler tu. tapi agak gatal sket..tahan jer lah..Nak cantik tak? Peh tu boleh ler pakai bengkung.

Bengkung zaman sekarang ni tak macam bengkung tradisional dulu. siap pakai tali dan diikat ketat ala mumia. Mahu tak ramping ko cam Marilyn Monroe!.Turun temurun dari emak sampai ler ke kami anak-anak dan menantu...Dah cam robotik jer aku masa tu..Keras jer perut...

Di samping bengkung, bertangas juga baik untuk kesihatan dalam. Bertangas tu cam lebih kurang mandi wap ler dengan herba2 tertentu. Memang ko boleh rasa perbezaan sebelum dan selepas bertangas tu. Ikut peraturannya yer...jangan cam aku dulu...nasib baik tak hangus "aset" aku nan satu tu. Sepatutnya sekali sekala, kena ler bukak kelubung kain tu untuk wap dia keluar..idok ler panas .. Wakaka....1st experience okayyy...

Selalunya lepas bersalin ni, penglihatan kita pun cam "bulan terang" jer kata orang tu..tak berapa jelas. Untuk masalah tu, korang gi kedai jamu, dan cari pilis yang tepek kat dahi. Insya Allah korang akan rasa perbezaan mata yang cerah dan bersinar gitu...


Satu lagi...bertungku...ni memang leceh sket tapi ada kebaikannya yang tersendiri untuk wanita...Nak cantik ke tak nak?

Paling penting, rambut tu ikat ketat2 bagi mengelakkan angin masuk. Begitu juga pakai stokin bagi megelakkan kaki sejuk...Ramai yang ambil ringan jer soal ni. Tu sebab ramai yang baru menjangkau usia 30an jer rasa sejuk2 kat ubun kepala.

                              
                                Kena ikat ketat2...Tak ler cantik camni...Sampai sepet ler mata aku!

Moga ianya sedikit sebanyak dapat memberi panduan buat bakal2 ibu di luar sana termasuk my sister inlaw aku yang tengah loya2 tu...

REMAJA DULU DAN KINI

Apa perbezaan remaja dulu dan kini?...Bagai langit dan bumi jarak nya. Segala2nya berubah baik dari segi fesyen dan juga pemikiran. kalau ke arah positif tu tak kisah ler tapi yang aku nak citer kat korang ni sifat negatif dorang (Bukan semua yer..masih ada yang baik kat luar sana).

Semalam, akak terima aduan dari sorang penyewa ni..katanya bebudak lelaki dan perempuan berkumpul kat depan umah dia buat bising. Aku ni tak ler kejam ala2 mak tiri zaman dulu sampai orang lalu depan umah pun tak boleh tapi dorang ni melampau..buat bising satu hal..buat maksiat yang aku tak leh kompromi tu. For your info, bebudak ni bukan ajer mabuk, malah menghisap ganja dan paling aku jijik tu..meninggalkan sarung "tut" dorang lepas buat keja terkutuk tu.

Maka ..aku ni pergi ler jumpa bebudak tu...Cakap elok2 siap bagi salam lagi. aku minta dorang kalau nak berkumpul di luar kawasan umah sewa aku tu sebab mengganggu jiran2 yang ada anak kecik dan penyewa yang nak berehat. Tau tak apa jawapan kurang ajar yang aku terima dari budak2 yang tak tahu sapa mak bapak dorang ni?.

"5 minit ..5 minit lagi kami pergi...nak mabuk2 dulu". . Time tu aku baru nak menuju ke kereta..bebudak tu pun tak sangka kot yang aku berani patah balik. "Apa ko kata tadi..ulang balik!" Time ni, aku dah tengok setan2 ni kecik besor...kecik besor jer...Aku bagi tau dorang yang aku tak suka tempat aku jadik port mabuk dan juga tempat maksiat. kalau tak faham gak apa yang aku cakap tu..memang sah ler rugi mak bapak korang hantar korang sekolah! Bangang!

Tak cukup dengan tu...masa aku menuju ke kereta..boleh plak anak kurang ajar tu mencarut, "Pu#$ Mak la!. Subhanaullah...ada aku kisah ko nak cakap apa...nak menyebut benda tu macam ..ko tu kuar ikut lobang idung mak ko ker!. Untung ler negara yang ko duduk ni, ada undang2..kalu tak, dah lama hinggap kayu inci atas kepala ko yang tak ade otak tu!.

Malas aku nak layan budak2 bangang jantan dan betina tu. What I do is aku call rakan corp dan buat aduan tentang dorang... eventhough aku dah dua kali buat laporan kat Balai Polis IPD Gombak tapi so far no action has been taken...

Pada sesiapa yang punya anak2 tu, didik ler dengan budipekerti yang baik dan jangan ler ada lagi spesis cam tak ber emak bapak seperti bebudak ni. Peranan ibubapa..bukan setakat melahirkan jer tapi mendidik dan mengasuh mereka agar tahu beradap sopan dengan orang yang lebih tua...

Monday, January 21, 2013

PERJANJIAN YANG DIMUNGKIRI

Kalau padi katakan padi..tidak aku tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak ler aku menyaman sampai kini

Sedap tak pantun 2 kerat akak? Ni pantun khas buat sapa yang suka dok "main tarik tali" dengan kita. In another word..dorang ni cam nak deal dengan kita tapi dalam masa yang sama cam tak mengindahkan kita...Pantun ni boleh gak merujuk pada kes aku yang masih hanging kat mahkamah.

Sebenarnya bukan kes jer yang cam ni..tapi banyak kes yang tergantung bertahun2 tanpa ada penyelesaiannya. Tapi tu keja pihak mahkamah..akak tak kuasa nak campur. Cuma akak heran dengan orang yang akak nak saman ni..naper ler ko continue buat agreement kalau tak mampu nak bayar sewa orang. Tak ker kes aniaya namanya tu!.

Aku dapat tahu, banyak apartment kat PD tu kena lelong dek kerana mereka tak mampu bayar loan ke bank. Semua tu kerana mengharapkan janji manis pihak management yang akan membayar seperti yang dijanjikan.

Aku cuma mengharapkan keadilan dan tak berniat nak menganiaya sesiapa. Perjanjian ditandatangani tanda persetujuan bukan nyer sekadar sekeping kertas yang tidak mempunyai apa2 makna...

SPONTAN TAPI BERMAKNA...

Apa perasaaan korang kalau tetiba pasangan korang cam perangai pelik. Pelik camner? Pelik dalam erti kata benda yang dia dah lama tak buat atau memang tak penah buat...tetiba dia lakukan. Musykil gak akak gegirl memikirkan.

Nak story sket..hubby teman ni..memang pemalu tahap gaban. Bab nak bermesra ala2 pasangan romantis ni, mimpi ler yer..Tapi ari tu..time menonton tv,tetiba jer dia pegang tangan aku dan renung mata aku dengan senyum kambingnya tu. Of coz ler aku terkedu sekejap dengan sikap spontannya tu. Time tu ..rasa cam baru bercinta balik plak..Tup2 baby yang perasan gelagat ayahnya tu terus menegur  "Ayah kenapa ni"?  Dan2 tu gak hubby aku cepat2 lepaskan tangan aku. Cis!  potong betul ler anak dara sorang ni!!  Mind aku baru nak set lagu hindustan...kacau jer..

Penah aku baca kat satu magazine ni tulis...walaupun zahirnya lelaki ni fizikalnya nampak mancho man gitu..tapi jiwanya lembut...perlu perhatian dan belaian manja dari isterinya. Tu pun satu terapi jugak untuk kita mengimbas kembali saat2 indah bersama..

Teringin nak bercuti berdua jer dengan hubby ala2 honeymoon gitu. Bagi refresh balik mood ni kan..Tapi..tu tak kan terjadi sebab both of us tak sampai hati tinggalkan anak2  terutama sekali anak dara yang suka enterframe nie...

Sunday, January 20, 2013

DUIT BANTUAN RM100

Firstly nak ucap terima kasih kat Kerajaan Malaysia atas bantuan RM100 yang diberikan pada semua pelajar sekolah. Hari ni, meriah sekolah anak aku dengan kehadiran ibubapa yang datang ke sekolah untuk mengambil wang tersebut.

Time tu terfikir aku,mengapa jumlah seramai tu tak kelihatan sewaktu mesyuarat PIBG di adakan?. Sapa nak jawab tu! Kalau aku ler jadi guru besar,kat situ..for sure duit tu aku bagi masa mesyuarat PIBG diadakan. Mesti meriah kan..

Mungkin bagi mereka termasuk aku yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan tidak terasa apa2 dengan wang sebanyak itu tapi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai bersekolah tentunya lega kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung.

Muga mereka dapat memanfaatkan wang tersebut dengan jalan yang betul . Bukan untuk omak2 gi shopping yer....

BERGAYA DI USIA ANDA...

Bila umur dah meningkat ni..rata kita kaum wanita dah malas nak menghias diri dan bergaya. Mungkin ada di  antara kita  berpendapat cuma  orang muda jer yang  perlu berhias dan berdandan .

Berhias ni pun kena tengok gak pada peringkat  usia kita. Jangan  plak umur dah 60-70 tahun..ko pakai baju seksi dengan ketat merat segala. Tu dah nampak lain dah tu..

Wanita yang melewati usia 40 ke atas masih punya peluang untuk bergaya jika  kena dengan fesyennya. Sekarang pun,dah banyak fesyen yang terkini yang sesuai untuk usia sedemikian.

Tak salah berfesyen asalkan kena pada tempat dan masanya.

JOM KITA KARAOKE

Hari minggu ni boring kalau tak der aktiviti kan. Pepagi tadi, kami pegi pusara Abah..tanam pokok bunga renek sebagai hiasan. Peh tu gi tempat baju ( baju lagi ) ari tu baju kurung moden tapi ni kebaya moden. For info..kain ni aku beli masa gi Indonesia ari tu..sempat gak sambar sepasang kat airport sementara tunggu flight. Baru.sekarang berkesempatan hantar ke tailor.

Teringat dulu..hari minggu ni rajin gak aku mencuba aktiviti berkaraoke bersama adik beradik tapi bila dah memasing sibuk..tu yang menyepi tu. Actually..aku ni dilahirkan tak punya bakat dalam menyanyi ni. Kata baby.." Tersangat ler besar sumbangan aku". Tak faham yerkkk. Dia kutuk suara mama dia sumbang ler tu!.

Ada mama kisah ke?? At least..dah kuar sumer stress dalam perut ni.Hik! hik !. Alaaa...sekali sekala kasi ler chance kan..Meh sapa nak ikut...

Thursday, January 17, 2013

REZEKI ANAK- ANAK

Orang kata anak ni pemberian dari Allah  punya rezeki mereka masing-masing. Tak usah risau ler kalau beranak ramai mana pun asalkan kita berusaha mencari rezeki yang Allah dah tentukan tu.Tapi itu tak bermakna kita mengharap rezeki tu jatuh dari langit cam tu jer...Kena ler cari jugak yer...

Alhamdulillah..so far, rezeki anak2ku murah..Sejak lahir hinggalah meningkat usia remaja, rezeki mereka tak putus2 malah semakin mengalakkan...Memang aku perasan, doa Abang dari kecil memang sentiasa makhbul. Penah satu ketika, tanpa disuruh, Abang memegang sampul share yang akan kami hantar dan sepontan keluar kata2 dari mulutnya, "Menanglah share ayah ni" berulangkali dan menghembus ke sampul surat berkenaan.

Time tu..mungkin secara kebetulan jugak, saham kami naik berkali2 dan setiap kali nak menghantar saham..hubby aku akan mintak Abang "mandram" dulu. Amik berkat anak katanya...Alhamdulillah...Allah mendengar permintaan anak sulungku tu.

Rezeki anak dara tu pun sama gak...kami mampu membeli sedikit harta buat bekalan mereka nanti. Ketika tu...Allah permudahkan setiap urusan kami dari pembelian tanah hinggalah kepada pengubahsuaian. Semua tu berkat doa dari anak2 jugak dan syukur kupanjatkan pada Tuhan kerana telah menunaikan semua permintaan mereka.

Harap2 doa dan rezeki anak2ku berterusan malah boleh dikongsi bersama dengan insan2 yang memerlukan satu hari nanti..AMIN.

PERINGATAN UNTUK ANDA

Masih lagi sekitar cerita berkenaan dengan citer aku dalam mahkamah semalam. Sebelum tiba kes aku, ada ler macam2 kes yng diperdengarkan. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah tentang saman dari Kementerian Kesihatan tentang sorang surirumah ni yang didapati membiak nyamuk aedes...siap bawak bukti dalam botol lagi larva nyamuk yang diambil.

Mungkin sebelum ni kita ambil ringan jer tentang penjagaan tempat2 yang bertakung dan kadangkala tanpa kita sedari, nyamuk aedes tu dah berumahtangga..beranak pinak...sorry! bertelur kat tempat2 yang kita terlepas pandang.

Jangan korang tak tau...aku nak habaq mai.. kesalahan membiak nyamuk aedes ni hukumannya ialah denda RM10,000 dan penjara (lupa plak berapa lama). Sekali pun korang buat rayuan, tak banyak mana pun dorang kurangkan..cam akak kita semalam tu, RM500 terbang gitu jer..

Mahal gak rega nyamuk2 tu yer...Tapi korang kena gak tau...yang rega nyawa manusia ni lagi mahal dari tu. So, sebelum turn kita plak tiba..sama2 ler kita beringat dan check ler umah memasing yer..

DELAY LAGI!

Kalau you ollss diberi pilihan untuk menyelesaikan masalah...yang mana satu korang pilih. Jalan mudah ke atau jalan yang menyusahkan? Aku rasa orang tak betul jer yang pilih jalan yang susah tu berbanding dengan jalan mudah kan?

Semalam, kes aku menyaman satu satu company ni berlangsung. Memandangkan aku sebagai plantif, of coz ler aku buat persiapan dari segi percakapan dan juga calculation mengenai tuntutan yang aku nak buat. Ingatkan segalanya akan berjalan lancar tapi pihak company ni last minute baru hire sorang lawyer.

Kes aku tu ditunda kepada satu tarikh lain memandangkan lawyer ni tak buat persiapan apa2 dalam kes tu (alasan dia..cam aku tulis kat atas ler). Anyway, aku tak salahkan lawyer tu pun..tapi heran dengan sikap company ni yang last minit baru nak hire lawyer sedangkan aku dah bagi surat saman tu bulan 11 tahun lepas. Tak kan sengkek sangat sampai baru sekarang mampu hire lawyer.

Ker...memang ni taktik dorang nak melengah-lengahkan kes. Pelik tak bila dorang tak mampu bayar aku setakat amount RM5,000 tapi mampu plak bayar lawyer fee  yang tentunya lebih dari amount yang aku tuntut tu.. Nampak sangat tak profesional nyer sebab before this boleh plak settled luar mahkamah.

Apapun..aku tak heran sekalipun ko hire Uncle Karpal Singh yang petah bercakap tu!. aku di pihak yang teraniaya dan company ko yang berhutang tapi tak reti nak membayar. Janganlah nak menegakkan benang yang basah sedangkan dah terang2 ko tu dah melanggar perjanjian. Pada blogger di luar sana, kalau anda berdepan dengan masalah sama....meh kita ramai2 saman company yang tau berjanji tapi tak tau nak menunaikan!!

Tak sabar aku nak tunggu tarikh keramat 4hb Feb ni. Aku akan pastikan yang aku dapat hak aku kembali. See you in court!




Thursday, January 10, 2013

BUANGKAN SIFAT PARANOID

Paranoid? Apa menatangnya tu?. Pendekkan citer paranoid tu lebih kurang cam bersangka buruk dengan sesuatu atau seseorang. Tak payah ler aku bagi contoh jejauh sebab contoh tu ada pada aku ni.

Memang tak baik tau sikap aku ni bila terlalu suka memikirkan benda2 yang negatif tentang hubby aku.Tak per kan..kutuk diri sendiri. Entah setan cap apa yang.merasuk fikiran dan minda aku ni..duka bayangkan yang tidak2 tentang dia.

Tengok jer cam ari tu..dia janji nak dinner kat luar sempena birthday aku. Tunggu punya tunggu..tak gak balik2. Punyer ler sedih aku time tu. Ingat dia dah lupa..rupa2nya dia gi ambik kek yang ditempah untuk aku.

Rasa bersalah sangat sebab fikir yang bukan2..Okay!  sempena tahun baru ni, aku nak ubah sikap buruk aku nan satu ni. But...ada but tu...not take it for granted plak yer my dear hubby.

Wednesday, January 2, 2013

MINTA TOLONG KE...MENGARAH ?

Nak tanya sket kat korang..Apa bezanya mintak tolong dengan memberi arahan? Bagi aku lebih kurang jer..cuma perkataan minta tolong tu bunyinya lembut sket .

Tolong menolong tu baik cuma kadangkala ramai di kalangan kita ni take for granted. Dengan kata lain suka amik kesempatan atas kebaikan orang. Sekali ditolong...manjang asyik nak mintak tolong dan tak reti2 nak membuat sendiri.


                                           Idok ler sampai kena melutut cam ni...

Paling tak sedap tu..bila ayat "menyuruh" tu dah bertukar kepada ayat cam "arahan". Nak tak nak..ko kena buat gak!. Kalau korang di luar sana bersikap camni..alamatnya tak kan ada orang yang sudi menghulurkan pertolongan. Silap haribulan, bagi penampau lagi ader sebab sikap korang tu dah cam kaduk naik junjung...

Tu ler ler pesan org tua2..buat baik berpada2...jangan sampai naik kepala. (Ayat aku sendiri yer). Pada orang yang asyik dok minta tolong tu..satu pesan akak...jangan sampai jadi kebencian orang plak yer..sok orang menyampah ...susah.





AZAM DAN PERLAKSANAANNYA.

Kalau dulu..tiap kali tahun baru jer, berkobar2 ler teman membuat azam baru. Maka..siap tulis lagi tu,apa azam yang nak dilaksanakan. Tapi..tak ni yabg tak sedap teman nak kabor...dalam senarai 12 azam yang ditulis...cuma 5 benda jer yang berjaya aku laksanakan. Yang lain tu..ko faham2 jer lah...sumer ke laut!

So tahun ni..aku tak nak pasang azam yang macam2 ...tapi tetap mempunyai misi untuk dijayakan.Of coz ler...aku nak buktikan kat hubby aku yang aku mampu buat apa yang aku inginkan. Tahun ni,aku bercadang nak manage sendiri Apartment aku di Tiara Beach Resort. Untung  sikit pun tak per..janji hati aku tak sakit dengan kerenah managementnya.

Sebagai wanita, aku juga tak terkecuali dari sukakan kecantikan. Malah makin teruja mencuba produk kecantikan. Yang pastinya..aku lebih suka mencari produk yang berasaskan bahan alam semulajadi. Teruja nak cantik..kang mengerutu plak kulit.

Paling penting...nak melupakan kenangan pahit masa silam dan membina impian untuk menjadi kenyataan.