Wednesday, February 27, 2013

ALHAMDULILLAH ..MURAHNYA REZEKI..

Diam2 dalam hati..aku bangga sendiri (masuk bakul tutup sendiri) hik! hik!. Idok ler apa pun pencapaian aku tapi sekurang-kurangnya aku berjaya atas usaha aku ni walaupun tak ada pengalaman dalam hal menguruskan apartment percutian aku ni.

Sebenarnya...aku kutip sedikit pengalaman dalam menguruskan rumah2 sewa aku dan selebihnya bertanya pada orang2 yang dah ada experience tentang ni. Syukur sangat sebab masih ada insan di dunia ni yang sudi membantu orang seperti aku yang masih baru dalam bidang ni.

Paling seronok tu, bila dapat sokongan dari adik beradik yang banyak membantu dari segi marketing, dan yang volunteer menjahit curtain baru untuk apartment aku tu.

For the 1st time...apartment aku di booking, wow! seronok bukan main sebab aku dah buktikan kat hubby yang aku serius dalam kerja aku ni.Tambah bersemangat bila aku dapat booking yang berterusan sempena musim cuti sekolah ni. Syukur tak terhingga kupanjatkan kepada Ilahi....

PANGGILAN UNTUK KU

Korang penah tak ada pengalaman cam aku ni...bila first time jumpa seseorang tu...dari penglihatan kasar korang, dia nampak lebih tua dari kita. Tup2 rupa-rupanya jauh lebih muda dari usia kita. Udah jatuh perasan muda ler plak dan malu sendiri.

                                                         Usia aku dah 48th this year
Kali ni bukan aku yang tersalah tafsir umur orang tapi orang lain salah mentafsir umur aku. Mungkin kalau dilihat secara kasar, aku ni nampak muda berbanding usia..Cewahhh kembang semangkuk lobang idung bila orang puji akak nampak muda ko!. Tu tergolong dalam rezeki yang diberi Tuhan gak tu kannn...

Semalam ada ler sorang mamat student ITM ni berminat nak sewa apartment aku kat ITM Seksyen 7 nuu..Rasa aku umur dia baya2 anak bujang aku. Terkejut beruk aku bila dia bahasakan  aku" akak" walhal dah sepatutnya aku ni pangkat "makcik" pada dia. Aku plak asyik tersasul bila dia start panggil aku kakak..kejap aku bahasakan diri ni "makcik" ..kejap tukar "akak". Tapi bila sebut "akak" tu..aku plak naik geli geleman semacam. Dia ni dah boleh jadi anak aku wehhh..

Yang kelakar tu, hubby aku konfem dorang panggil pakcik...dan perkara ni dah selalu terjadi kat mana2 we all pegi. Kesian kat hubby aku....

"Mulut tak de insurance" si baby ni kata, "Mesti dorang ingat yang ayah kahwin orang muda.."Hik hik...cakap tak hinggat...Tu tak per gak...ada ler hamba Allah ni claimed kata adik beradik aku yag awet muda ni memakai ilmu...sebab tu tak nampak tua..Aku cuma ada ilmu pengetahuan dari segi pelajaran dan pengalaman kerja dan sedikit ilmu untuk ke akhirat..Lain2 tak penah menuntut okayyy...Cuma mengamalkan petua orang tua2..tu jer..Nanti aku share  dengan blogger kat luar sana yerk. Terpulang...nak ikut ke tak...

Sunday, February 24, 2013

DUA HATI KEMBALI BERTAUT

Peribahasa yang aku rasa sesuai sangat dengan kes penyanyi Hattan yang menyuarakan rasa hatinya untuk rujuk kembali dengan bekas isterinya.

Salah satu faktor mereka rujuk kembali yang turut diakui oleh penyanyi 'biso bonar' ini ialah demi kerana masa depan anak mereka juga.



Satu perkara yang buat aku tersentuh tu...bila Hattan mengakui punca perceraian mereka adalah disebabkan sikap egonya sendiri. Syabas bete! Akak tabik spring kat dia. Jarang lelaki ni nak mengakui
kesilapan mereka malah menunding jari lagi pada pasangan masing2.

Apapun...sebagai peminat Hattan, aku mendoakan yang terbaik untuk dia suami isteri. Muga jodoh kalian berpanjangan hingga ke hujung nyawa.

DAH ADA YANG BOOKING!

Kata orang kalau dah rezeki tak kemana..betul tak?. Syaratnya, kita kena  rajin usaha dan yakin Tuhan akan membantu usaha kita tu. Bercakap tentang rezeki ni, aku dah dapat rezeki pertama aku tahun ni...bila apartment aku di Best Western (Tiara Bay) tu dah dibooking!

Tak kira lah macammana pun orang cuba menutup periuk nasi kita...Allah akan permudahkan rezeki kita di tempat yang lain atau dengan cara yang lain asalkan kita tidak berbuat yang sama pada orang lain. Alhamdulillah..marketing yang aku buat tu berjalan sukses..

Plan aku sebenarnya nak tambah beberapa peralatan di dalam tu sebelum disewakan tapi dah ada caller yang nak booking...okay ler tu. Lagipun masa aku bercuti hari tu, aku dah kemaskan semuanya.

Muga ada keseinambungan nyer selepas ni.. Sapa2 nak booking...silakan call akak 012-3492710 atau email jer kat hannynordin@gmail.com. Kegembiraan anda ...kepuasan kami. Ceeewahhh! moto bisnes aku ni. Jangan ni pun hang pa nak ciplak gak erkk...

BABY PAKAI BRACES

Alkisahnya anak dara aku ni macam anak dara engkorang gak yang suka pada kecantikan. Maka ketika melihat pada cermin "hikmat" kat dalam bilik dia tu berjam2, dia perasan yang gigi dia ni tak secantik orang lain. Maka..cam biasa ler kan..merengek2 pada aku tentang kekurangan dia tu.

Aku ni malas betul nak layan sebab bukannya mendatangkan mudarat pun kalu gigi tak cantik...Tapi ayah dia particular bab2 kecantikan anak dara nan sorang ni. So ari Sabtu lepas, berjaya jugak ler anak dara ni melobi si ayah untuk bawak dia gi dentist kat Taman Permata, Ulu Kelang.

                                           Ni bukan ler gigi baby...tapi cenggini ler rupanya.

Masa nak pegi tu so excited..terkinja2. Pendekkata esok nak pegi, malam tu tak leh tido dek kerana excited yang terlampau. Kalau boleh ler...bulan yg mengambang tu nak jer diubah mengantikan matahari..bior cepat2 siang.

Aku rekomen korang gi klinik ni sebab layanan dorang mesra alam gitu. Doktor dia peramah buat anak dara aku yang gementar tu jadi cool jer. Siap benarkan aku snap gambar lagi. Tapi ada certain gambar tu tak berapa nampak dek kerana lampu suluh dia tu terang banget.

Proses dimulai dengan cuci gigi dulu supaya tak der ler sisa2 sawi atau kangkung semalam tinggal kat celah2 gigi. Lepas tu dia kilatkan sket gigi baby agar putih memancar sebelum dipasang braces (gigi besi - istilah ayahnya)

Selepas tu petak2 braces di letakkan di tempat2 yang sepatutnya sesuai dengan keadaan gigi baby. Baby ni, giginya tak sama atas dan bawah..dah tu kecik bebenor...Paling dia tak gemor, gigi depan dia senget sebatang! Tu yang jadi usikan Acu dan Cik Nana nya.

Part paling dia suka, time doktor suruh pilih kaler apa nak letak kat gigi dia. Kaler turquoise dan pink jadi idaman dia. Aku tengok dah cam rainbow dalam mulut dia. Sempat gak dia tanya kat aku..cantik tak mama? Elehhh gigi jer..bukan apa...


                                                Benda ni yang buat gigi korang berkaler tu

Doktor kata sekarang tak rasa apa2 tapi dalam masa 3 hari atau seminggu, dia akan rasa sakit sedikit sebab proses penarikan tu dah bermula. Tak per baby...yang penting, anak mama peh ni cantik cam barbie gitu...huhu..

LANGSIR BARU!

Hi sumer..sorry sebab dah tak kerap update blog. Nowdays akak bz sesangat. Belum jadi orang beso2 lagi, dak cenggini. Kalau aku cam Datuk Maznah si Iron Lady tu...tak camner ler gamaknya?  Tah2 she2 pun tak sempat ! kannnnn..

Memandangkan aku tengah bersemangat nak memberi wajah baru pada apartment aku kat PD tu,...so aku ajak ler laling aku dan anak2 join pegi Nagoya kat Wangsa Maju untuk membeli langsir. Tapi tak ler boleh pilih sembarangan corak. Kena ler pilih gak corak ala2 gaya resort kan? Bukan tu jer, kena gak matchkan dengan header langsir yang sedia ada...kekdahnya....

Sapa sangka ko! Anak bujang teman yang balik bercuti kong Hee Fat Choi ni bukan aje berbakat jadi taukeh tapi ada bakat gak dalam hiasn dalaman ni. Pandai dia mencari kaler dan corak yang sesuai. Ikutkan taste hubby aku, aku pun segan nak ngaku tu umah aku kalu dia pilih gak kain langsir yang dia pilih tu. Sendiri mau fikir ler yer...

Peh tu bersemangat ler aku nak menempah kat situ gak. Salesgirl tu kata tokeh tu cuti...raya cina..Sedeyyyy. Tapi nasib aku baik sebab adik ipar aku menawarkan servicenya...Dari aku bayar kat orang lain,baik aku bagi dia kroje jahit langsir aku ni. At least sebagai senaman untuk baby dalam perot tu..Idok ler asyik buat kuang lentang jer...hihi. Ada gak masyukkkk...kannnn...

Thursday, February 21, 2013

HUJAN DAH TURUNNNNN!!!!!!

Setiap kali turunnya hujan...katak paling seronok.Lagi lebat hujan, lagi meriah dia menyanyi. Tapi bagi kita ni, expecially kat KL ni, setiap kali hujan setiap kali tu ler..hati gundah gulana.

Bukan nak menyalahkan kejadian dan pemberian dari Tuhan, tapi setiap kali hujan lebat, KL jadi cam lautan..Banjir!. Aku ni penah ler ada experience terperangkap dalam hujan lebat di Subang. Di sebabkan banjir yang berlaku di kawasan traffic light, lalu lintas terhenti dan kami tersangkut hampir 1/2 jam.

Nak tak nak, terpaksa cari alternatif lain. Instead of jalan dekat,.terpaksa bertawaf ikut jalan menuju ke KL. Fuh! dua kali lima beb! stuck gak tapi masih bergerak walaupun kelajuannya menyamai
kereta lembu Muniady..

Salah satu punca permasalahan ini berlaku ialah apabila lubang aliran air kelongkang atau parit berdekatan tersumbat dengan sampai sarap. Saluran air tu sepatutnya dipastikan bersih dari samah sarap bukannya tempat disumbatkan sampah.

Malas nak menunding jari pada sesiapa tapi meminta jasabaik pihak berwajib..sekali sekala tu turun padang menjenguk kerja2 anak buah yang menyapu tu. Mungkin kata2 akak ni kedengaran temeh tapi kerana secebis sampah tu ler, aku dan yang lain bertapa di jalanraya dekat 3 jam tau dakkkk!!!!

Tuesday, February 12, 2013

SEPERTI ANJING DGN BAYANG2...

Benarlah kata orang, wang ringgit dan harta benda boleh mengaburi mata manusia. Tapi bukan semua yang bernama manusia ni yang bersikap tamakkan harta keduniaan hingga sanggup berbuat apa saja hatta kehilangan adik beradik dan putus saudara mara.

Cerita seperti ini yang selalu dipertontonkan di tv tapi memang dalam dunia realitinya terdapat manusia yang haloba seperti ini. Mungkin disebabkan dia tidak mempunyai apa-apa berbanding orang yang lain, justeru itulah sikap untuk mengaut tu berkobar-kobar.

Paling teruk bila dia tidak mempercayai orang lain hatta saudara sedarah sedaging sendiri malah orang yang sama jugalah yang selalu menghulurkan pertolongan malah sering dia meminta bantuan tatkala inginkan pertolongan. Pernah dengar bidalan yang mengatakan "seperti melepas anjing tersepit". Sesuai benar jika orang seperti ni disamakan dengan bidalan tersebut kerana tidak tahu membalas budi sebaliknya mengigit orang yang pernah menolong dia didalam kesusahan.


Secara kebetulan kot..rupa dia serupa plak...hihi

Hari ini orang seperti ini mungkin boleh tersenyum menghina orang yang menolongnya kerana dia tak perlu meminta pertolongan sesiapa tapi.... tunggulah suatu ketika nanti, bilamana Tuhan tu pasti menguji dia dengan seribu cubaan dan dugaan.

Siapa yang makan cili..dia ler yang terasa sos pedasnya....Muga dia diberi hidayah Tuhan agar "kemandulan" diri tidak melarat kepada "kemandulan akal dan fikiran"

PD...KAMI ON THE WAY

Hari Ahad..10/2/2013, kami pergi bercuti di apartment kami di PD. So nice bila tengok umah tu nampak bersih. Niat tu bukan sekadar bercuti tapi untuk menukar segala kelengkapan seperti cadar, sarung bantal dan lain-lainnya.

Memang bersemangat bila bekerja satu famili. Umah sendiri..sapa lagi nak bersihkan kalau tak kita sendiri..yer dok? Anak bujang aku siap varnish lagi perabut yang ada..Alhamdulillah, melihat ketekunannya bekerja tu, buat aku yakin yang dia mampu menguruskan apartment ni nanti tanpa bantuan kami lagi. Good job Abang!

Anak dara aku? mmmmph..keja dia ber "tweet" jer. Nasib baik ler ari tu line tak berapa bagus...So aktiviti lain dia ialah zzzzzzz...Hubby aku kemain lagi rajin mengecat (touch up jer sebenarnya).

Memang kami serius untuk manage sendiri apartment ni. Dah malas nak berurusan dengan sapa2 dalam urusan sewa menyewa ni. Insya Allah...rezeki anak2 tu ada...

PROSIDING DITANGGUHKAN LAGI

Sajer nak memenuhi masa terluang ni dengan menulis...tapi apa yang aku tulis ni bukan hanya untuk tatapan tapi untuk iktibar blogger di luar sana.

Bukan apa...kengkadang aku terfikir, pengaruh atau pun kuasa seseorang dapat menguasai apa jugak walaupun ternyata dia di pihak yang salah. Malah sanggup menidakkan hak orang lain dan paling kejam tu bila dia cuba menjatuhkan orang yang memperjuangkan haknya.

Korang mesti nak tau kan..apa citer terbaru aku ni..Ni ler pasal kes aku yang masih berlanjutan di mahkamah...Ikutkan memang aku hangin sangat bila prosiding tu ditangguhkan ke satu tarikh yang lain. Ni gara2 permainan kotor pihak defendan yang seakan sengaja melengah-lengahkan masa.

Mungkin mereka fikir, dengan cara ni aku akan give up...salah orang lah beb!. Aku akan fight walau apa cara sekalipun hingga aku dapat hak aku tu semula. Tak kisah ler kalu kes ni berlanjutan sampai seminggu, sebulan atau setahun sekali pun. Korang ler yang susah turun naik KL...Aku tak kisah sebab Mahkamah tu depan pintu umah aku jer...

PENYERAHAN KUNCI

Bersyukur sangat2 bila hajat aku kesampaian juga akhirnya. Pagi Sabtu 2/2/13 aku ke PD dengan harapan untuk mengambil semula kunci apartment aku dari pihak pengurusan.

Dalam perjalanan..aku terbayang yang aku akan bertekak sakan dengan staff dorang. Memang aku tak buat apa2 appointment sebab aku tak mahu dorang bagi seribu alasan lagi.

Alhamdulillah..urusan aku dipermudahkan Allah. Dorang memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Lapang rasanya dada ni bila memikirkan yang aku tak perlu nak pening kepala dengan kerenah dorang lagi.

Susah ataupun senang...biarlah aku yang uruskan. Aku nak mencabar kebolehan diri menguruskan sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum ini. Tapi aku percaya...malah ingat pesan Abah "Jangan ada perkataan gagal atau kalah dalam kamus hidup ni". Insya Allah Abah...aku akan ingat pesan tu sampai bila-bila.