Wednesday, May 28, 2014

TERBUKU DI HATI

Kenapa ketidakadilan selalu berlaku dalam dunia ni yer.. Aku benar-benar tak faham malah keliru! Adakah cara yang salah itu lebih mulia dan betul di mata mereka yang menilai? Korang baca dan jawab ler sendiri yer...




#   Kerja tak banyak mana tapi claim kata keja dia bertimbun..sedangkan manjang bergayut di tepon.


#   Kesalahan dia diletakkan pada orang lain demi untuk menutup kekurangan diri sendiri. Tak cukup
     dengan tu..menikam orang dari belakang..


#   Tak segan-segan mengunakan cara "kipas lipas" demi untuk menuntut itu dan ini dan dalam
      masa yang sama menidakkan hak orang lain.


At the same time, aku confused adakah cara begini yang diperlukan untuk membuka mata pihak atasan untuk menilai kerja kita?. Mengapa ada segelintir suara yang didengari dan di sebelah pihak pula tidak dihiraukan..meskipun kedua-duanya menghadapi masalah yang sama. Bukan cemburu tapi berasa seperti ketidak adilan di situ...


Malas dah nak fikir benda-benda yang merimaskan ni. Cuma aku berpegang pada satu...Kalau Tuhan dah menjanjikan itu rezeki aku, akan adalah ia...tapi jika Tuhan tentukan rezeki aku di tempat lain...aku pasrah...cuma nak mengadu buat melepaskan rasa yang terbuka sekian lama... 

Tuesday, May 27, 2014

POKAI SEBELUM HUJUNG BULAN

Adusss...tak mana silapnya, bulan ni aku terover budget plak!. Selalunya paling tidak hujung bulan...duit gaji ada lagi dalam 300-500 hengget lagi tapi rasa cam nak pitam bila tengok argggh hampir pokai aku bulan ni.



Ni ler bahananya kalu shopping tak hinggat dunia!!. Masa poket penuh..laju jer aku bukak dompet. Tengok ni murah..tengok sana berkenan..tengok tang nu pon sambar. Sudahnya belanjawan aku lari wei bulan ni.



Ni tengah congak- congak apa yang aku beli sampai hampir muflis bulan ni.???. Tak ingat la  plak...ater teman shopping sampai lupe diri Yonggg. Satu penyakit aku ni plak..poket dah kering ni pon tak reti-reti nak kenen kat hubby. Malu!...serius ko..aku paling malu nak ngendeng duit dia. Kalau dia bagi, tu lain citer ler.



Penah sekali tu dia tetiba tanya aku, ada duit lagi ke tak? Aiks! tetiba plak menanya ni?? Memang muka aku masa tu ada chop muka pokai ker?. Nak jawab tak der pun aku malu...so aku sengih cam kambing dapat sireh jer..


Sekarang..table calendar ni hari-hari aku tengok. Kalau boleh, hendak jer aku padam haribulan tu..bior cepat sket habih bulan ni..Parah dah ni...kui! kui!

Sunday, May 25, 2014

SUSAHNYA JADI PELAJAR ZAMAN SEKARANG

Makin kita menongkah ke arus zaman maju yang serba canggih, makin advance segala-galanya. Kalau zaman dulu, paling canggih pengangkutan awam pun..bus ler. Nah ko!..sekarang ni..LRT, monorail gah gitew!.

Tapi aku bukan nak citer tentang pembaharuan transport kat Malaysia ni tapi sistem pembelajaran kanak2  zaman sekarang ni jauh beza malah tak terjangkau dek akal bagi aku.
Kalau zaman aku dulu, darjah 1 atau 2 tu zaman paling seronok belajar mengira dengan batang aiskrim...uncang kacang hijau. Belajar tak ler terbeban..sebab diselangseli dengan nyanyian supaya murid tak bosan.

Tapi budak sekarang ni..time ni dah belajar buat assigment. Kelakar plak aku rasa sebab depa yang beria2 buat sukatan pelajaran ni tau ker yang kebanyakan assigment tu..mak bapak budak yang buat!  Ngaku jer ler sebab tu ler aktiviti para kengkawan aku di ofis..sibuk print assigment anak memasing..ni kata orang..lembu punya susu..sapi dapat nama..

Tang bahasa Melayu plak..mereka ni disuruh buat ayat. Kalau senang tak ngapa la..ni buat ayat dari perkataan 'mengapai awan' Dalam pada kawan aku terkebil2 ketika anak dia tanya erti perkataan tu....anak yang sorang lagi selamba menjawab 'Mengapai awan means cloud seeding laaa...that one also you dont know ka?.

He he! terlebih advance ler plak!!

Monday, May 19, 2014

DECORATION DINDING

Baru-baru aku ke Fella Design yang baru dibuka berdekatan plak dengan rumah. Sajer cuci mata mentelah mak nak survey coffee table dia . Tak cukup besar yang ada kat umah tu katanya...haish...ikutkan sajer ler..

Masuk jer kedai ni..terpegun aku tengok decorationnya..cantik..dan Nampak ijau jer bijik mata aku.

Tak terfikir gak pada aku yang tak cukup kreatif ni yang buat cam ni. Yang ijau korang  tengok ni sebenarnya adalah rumput tiruan yang diperbuat dari plastik. Digantung setinggi dinding dan digantung segala perhiasan tambahan.




Teruja aku nak tiru decoration ni untuk bahagian luar rumah berdekatan dengan kolam ikan aku tu. Sure cantik kan? Tapi bila aku cakap kat hubby..jawapan dia memang selelau tak membina semangat ponnnn..Berabuk jer nanti katanya..Tak kira!..aku nak buat gak...




NAK KAYA?...CUBA CARA NI...

Ada orang tanya aku...sampai bila aku nak kerja kat NADI ni..Aku jawab..tunggu ler sampai aku dah cukup kaya, baru aku berhenti yer..Jawapan tu aku bagi rasanya 5 tahun lepas kot..He he he! bila soalan yang sama diajukan pada aku ari ni..tetiba teringat cam penah dengar jer dialog ni....


Boleh ker orang makan gaji cam aku ni kaya dengan hanya mengharapkan gaji bulanan?? Persoalan yang ramai nak tahu kan?. Kalau tanya kat aku, jawap nya BOLEH!...Sapa kata tak boleh? Dalam dunia ni..tak ada benda yang tak boleh...asalkan ko usaha. Caye tak??


Memang pada awalnya agak susah ler sket sebab biasalah kan...oranng keja makan gaji ni..habih bulan...maka habih ler gaji. Tapi kalau korang boleh cuba tips aku ni, Insya Allah..kalau tak kaya..sekurang-kurangnya ko ada wang tambahan yang tak disangka-sangka bila tiba saat memerlukannya.


Menabung...kalau harap ko beratur depan kaunter bank tu untuk menyimpan...aku berani kerat kuku ler, tak kan ko buat, betul tak?. So alternatifnya..buat potongan gaji samada masuk dalam akaun tabung haji atau ASB misalnya. Tapi jangan ler bulan ni ko masuk RM50, hujung bulan ko dah kuar RM40..bila nak kaya nyer..

Kalau tak boleh simpan banyak..simpan ler ikut kemampuan...tapi jadikan ianya satu disiplin tetap korang. Mulakan dari sekarang yer sebab time korang muda ni ler nak menyimpan..dah tua ganyut baru nak membuka akaun tak guna dah...

Tuesday, May 13, 2014

HEBATNYA WANITA..

Hari Ibu baru sahaja berlalu..Bukan nak bercerita tentang Hari Ibu tapi tentang betapa wanita yang bergelar ibu ni sebenarnya lebih gagah dari seorang lelaki. Tak percaya..?? lihat sajer buktinya.

Bangun seawal pagi untuk solat Subuh..bergegas menyiapkan keperluan untuk bekerja. Bagi yang bekerjaya, perlu cepat untuk kepejabat. Mereka yang ada anak yang masih bersekolah macam aku ni..bergegas plak menghantar anak kesekolah sebelum ke pejabat.

Bagi surirumah..pagi adalah waktu paling sibuk untuk mereka. Menyediakan sarapan seawal pagi untuk suami dan anak-anak. Bila mereka semua kesekolah dan ke pejabat..sang ibu tak habis kerja lagi..mengemas rumah dan dalam masa yang sama membasuh kain baju (untung ada mesin baju)...


Habis mengemas, bersiap pulak untuk menyediakan bahan untuk memasak...paling tidak 2 jenis lauk mesti ada... Tak sempat nak rehat..dah nak menyediakan minuman petang pulak...

Bila suami dan anak-anak balik, terkocoh-kocoh menyediakan makan malam...Masih tak dapat rehat kerana nak kena menengok kerja sekolah anak-anak dan sebelum melelapkan mata kena mengosok pakaian suami dan anak-anak untuk kegunaan esoknya.

So..betul tak aku kata yang wanita ni biarpun lembut orangnya tapi sifatnya gagah malah tabah meskipun terpaksa melalui rutin seharian yang sama. Mengapa?? Kerana wanita melakukan semua itu dengan iringan kasihsayang yang tidak berbelah bagi pada keluarganya. Ikhlas dalam melakukan kerja itu membuatkan mereka tetap ceria dengan tugasan tersebut.



Syabas buat wanita blogger di luar sana. Anda memang super women!

Sunday, May 11, 2014

DUIT TAK BERKAT MACAM TU TAU....

Marah..sedih, geram semua ada! Korang pon mesti sepakat macam aku kalau korang berada ditempat aku. Baru-baru ni, aku beli sehelai  baju dari online. Dalam gambar okay la...aku pon laju jer confirm dan bayar cepat.

Dah ler sampai lambat yang sepatutnya 2 hari jer tapi makan masa almost 4 days (dekat jer tempatnya di Taman Medan PJ). Yang buat akak berangin ni..baju tu sepasang tau tapi baju kaler peach ) as per dalam gambar...tapi kain dia boleh plak bagi aku kaler pink. Bengang tak?.

Aku message la tokeh dia. Boleh plak dia bagi alasan bodoh. Katanya memang kaler tu camtu..Bila aku tanya naper baju yang sewaktu dengannya tu kaler sama. Dia jawab yang lain tu memang sama kecuali yang warna peach tu jer yang kain dia warna lain. Boleh?

Tak puas hati lagi ni..aku search blog orang lain yang jual baju yang sama...Shit! memang sah pompuan ni menipu!. Sebenarnya baju tu memang sepasang kaler dia sama jer. Tah sapa punya dia campak kat aku. Dah lah rega dia lagi mahal dari penjual yang lain.

Ni yang aku amik dari blog orang lain. Rega dia RM69 jer





Ni yang dia jual kat aku..Rega RM90 jerrrr...

Satu jer aku nak cakap kat sini..korang yang menjual tu sepatutnya bersikap jujur dengan pelanggan. Korang tau tak hukum menipu orang dan hukum duit yang korang terima hasil dari menipu tu.??

Sorry sebab aku block fb ko...dan untuk supplier ko yang tidak bertanggung jawab tu Dahlia Beauty Collections cukup ler aku sorang jer yang terkena...harap ko insaf la dengan perbuatan ko tu sebab sepandai-pandai tupai melompat..satu hari esok..jatuh jugak..

Tuesday, May 6, 2014

APA LAGI...SHOPPING LER

Ke Kenanga Wholesale lagi akak....Ahad lepas aku kesana bersama baby dan ditemani bodyguard akak driver aku. Alhamdulillah tak jammed walaupun ada jalan yang ditutup sempena kempen Hari tanpa kenderaan ( tah betul tah tidak kempen yang aku sebut ni)

Aku try cari baju kebaya kimono yang aku survey kat internet. Reganya kat internet dalam RM65. Cari punya cari..akhirnya aku jumpa gak yang reganya jauh lebih rendah..hoyeyyy!! RM25 jer you...Aku pilih warna peach...sweet jer colour tu..Paling penting, dia senang disuaipadankan dengan apa saja colour.


                            Cam ni ler rupanya kebaya kimono akak...


Aku beli gak sehelai seluar ni yang aku tengok dia display kat patung di kedainya. Puas aku pujuk tokeh dia untuk jual blaus yang kat patung tu tapi tak mau gak jual. Alasan dia...nak buat display jer...Hish! endak jer aku larikan dengan patung tu sekali...he he!


Last sekali aku beli seluar pallazo di kedai favourite aku ni. Rega kalau sehelai RM35 tapi kalau beli lebih of coz ler rega baik punya dia bagi.


Sempat gak beli baju office hubby aku jenama burberry...Abang yang pilih saiznya memandangkan aku selalu fail bab pilih baju hubby ni. Alhamdulillah..dia suka colour dan saiz pun ngam gitu.

Baby pun tak mau kalah..menyoping gak anak dara ni...Abang jer yang tak mau beli apa-apa kecuali mintak belikan subway..He! he! bab makan...tak boleh blah..



PANTASNYA MASA BERLALU

Kejapnya masa berlalu..memang tak rasa masa tu pantas meninggalkan kita. Aku seakan tersedar dari mimpi lena bila terima kad kahwin dari sorang hambaAllah ni yang nak mengahwinkan anaknya.

Rasanya baru  jer aku tengok si anak ni bertatih berjalan..tiba-tiba dah nak kahwin...Masa tu lah baru aku sedar yang kalau dia dah menjadi isteri orang...aku ni dah makin meningkat usia. Dengan kata lain..dah makin tua rupanya...

Kalau dulu, aku sibuk dgn alam persekolahan, kemudian ke alam pekerjaan, seterusnya alam rumahtangga hinggalah mempunyai cahayamata.

Entah mengapa, dalam aku mengira peredaran waktu tu..aku tertanya-tanya, berapa banyak dah amalan yang aku buat dan berapa lama lagikah kesempatan yang Allah beri untuk aku berada di mukabumi ini.

Sempat ke agaknya aku melihat anak-anakku ke jinjang pelamin.  Dan paling penting bagi aku sekarang...berpeluangkah agaknya aku menjadi tetamu Allah ke RumahNya diBaitullah nanti...