Tuesday, January 22, 2013

ADAT LAMA DILUPA JANGAN

Sering kita dengar wanita sekitar usia 30an, mengadu sakit kepala, lemah2 badan..perut gendut. Kebanyakan rungutan ni datangnya daripada ibu2 yang penah melahirkan. Naper jadik cam tu yek?

Salah satu sebabnya ialah mereka sering mengabaikan kesihatan dan juga tidak mengamalkan pantang larang sewaktu dalam pantang. Bukan benda2 tahyul tapi semua ni ada kebaikan tersendiri untuk ibu2 tersebut meskipun ada ubat-ubatan moden disediakan doktor.

Salah satu contohnya, selepas bersalin...nah kau! tengok perut memasing mengerutu cam limau purut. Tak usah ler bimbang sebab kalau kena dengan penjagaannya...perut korang tu boleh kembali cam anak dara gitu. Amik kapur (Bukan kapur tulis kat sekolah tu atau batu kapur kat Batu Caves tu...no..no..no) kapur yang dimakan bersama sireh tu..sket ajer tau..kang melecur perut..aku tak bertanggungjawab..campur dengan air limau nipis. Sapukan ker perut. Korang akan rasa cam perut tu tegang sangat..okay ler tu. tapi agak gatal sket..tahan jer lah..Nak cantik tak? Peh tu boleh ler pakai bengkung.

Bengkung zaman sekarang ni tak macam bengkung tradisional dulu. siap pakai tali dan diikat ketat ala mumia. Mahu tak ramping ko cam Marilyn Monroe!.Turun temurun dari emak sampai ler ke kami anak-anak dan menantu...Dah cam robotik jer aku masa tu..Keras jer perut...

Di samping bengkung, bertangas juga baik untuk kesihatan dalam. Bertangas tu cam lebih kurang mandi wap ler dengan herba2 tertentu. Memang ko boleh rasa perbezaan sebelum dan selepas bertangas tu. Ikut peraturannya yer...jangan cam aku dulu...nasib baik tak hangus "aset" aku nan satu tu. Sepatutnya sekali sekala, kena ler bukak kelubung kain tu untuk wap dia keluar..idok ler panas .. Wakaka....1st experience okayyy...

Selalunya lepas bersalin ni, penglihatan kita pun cam "bulan terang" jer kata orang tu..tak berapa jelas. Untuk masalah tu, korang gi kedai jamu, dan cari pilis yang tepek kat dahi. Insya Allah korang akan rasa perbezaan mata yang cerah dan bersinar gitu...


Satu lagi...bertungku...ni memang leceh sket tapi ada kebaikannya yang tersendiri untuk wanita...Nak cantik ke tak nak?

Paling penting, rambut tu ikat ketat2 bagi mengelakkan angin masuk. Begitu juga pakai stokin bagi megelakkan kaki sejuk...Ramai yang ambil ringan jer soal ni. Tu sebab ramai yang baru menjangkau usia 30an jer rasa sejuk2 kat ubun kepala.

                              
                                Kena ikat ketat2...Tak ler cantik camni...Sampai sepet ler mata aku!

Moga ianya sedikit sebanyak dapat memberi panduan buat bakal2 ibu di luar sana termasuk my sister inlaw aku yang tengah loya2 tu...

2 comments:

  1. leh jadi mak bidan da nnt..hahahha.....

    ReplyDelete
  2. ramai ambik mudah
    rimas katanya ;)
    eh saya ikut sikit2 je

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com