Thursday, January 17, 2013

DELAY LAGI!

Kalau you ollss diberi pilihan untuk menyelesaikan masalah...yang mana satu korang pilih. Jalan mudah ke atau jalan yang menyusahkan? Aku rasa orang tak betul jer yang pilih jalan yang susah tu berbanding dengan jalan mudah kan?

Semalam, kes aku menyaman satu satu company ni berlangsung. Memandangkan aku sebagai plantif, of coz ler aku buat persiapan dari segi percakapan dan juga calculation mengenai tuntutan yang aku nak buat. Ingatkan segalanya akan berjalan lancar tapi pihak company ni last minute baru hire sorang lawyer.

Kes aku tu ditunda kepada satu tarikh lain memandangkan lawyer ni tak buat persiapan apa2 dalam kes tu (alasan dia..cam aku tulis kat atas ler). Anyway, aku tak salahkan lawyer tu pun..tapi heran dengan sikap company ni yang last minit baru nak hire lawyer sedangkan aku dah bagi surat saman tu bulan 11 tahun lepas. Tak kan sengkek sangat sampai baru sekarang mampu hire lawyer.

Ker...memang ni taktik dorang nak melengah-lengahkan kes. Pelik tak bila dorang tak mampu bayar aku setakat amount RM5,000 tapi mampu plak bayar lawyer fee  yang tentunya lebih dari amount yang aku tuntut tu.. Nampak sangat tak profesional nyer sebab before this boleh plak settled luar mahkamah.

Apapun..aku tak heran sekalipun ko hire Uncle Karpal Singh yang petah bercakap tu!. aku di pihak yang teraniaya dan company ko yang berhutang tapi tak reti nak membayar. Janganlah nak menegakkan benang yang basah sedangkan dah terang2 ko tu dah melanggar perjanjian. Pada blogger di luar sana, kalau anda berdepan dengan masalah sama....meh kita ramai2 saman company yang tau berjanji tapi tak tau nak menunaikan!!

Tak sabar aku nak tunggu tarikh keramat 4hb Feb ni. Aku akan pastikan yang aku dapat hak aku kembali. See you in court!




1 comment:

Saraqistina80@yahoo.com