Tuesday, January 22, 2013

REMAJA DULU DAN KINI

Apa perbezaan remaja dulu dan kini?...Bagai langit dan bumi jarak nya. Segala2nya berubah baik dari segi fesyen dan juga pemikiran. kalau ke arah positif tu tak kisah ler tapi yang aku nak citer kat korang ni sifat negatif dorang (Bukan semua yer..masih ada yang baik kat luar sana).

Semalam, akak terima aduan dari sorang penyewa ni..katanya bebudak lelaki dan perempuan berkumpul kat depan umah dia buat bising. Aku ni tak ler kejam ala2 mak tiri zaman dulu sampai orang lalu depan umah pun tak boleh tapi dorang ni melampau..buat bising satu hal..buat maksiat yang aku tak leh kompromi tu. For your info, bebudak ni bukan ajer mabuk, malah menghisap ganja dan paling aku jijik tu..meninggalkan sarung "tut" dorang lepas buat keja terkutuk tu.

Maka ..aku ni pergi ler jumpa bebudak tu...Cakap elok2 siap bagi salam lagi. aku minta dorang kalau nak berkumpul di luar kawasan umah sewa aku tu sebab mengganggu jiran2 yang ada anak kecik dan penyewa yang nak berehat. Tau tak apa jawapan kurang ajar yang aku terima dari budak2 yang tak tahu sapa mak bapak dorang ni?.

"5 minit ..5 minit lagi kami pergi...nak mabuk2 dulu". . Time tu aku baru nak menuju ke kereta..bebudak tu pun tak sangka kot yang aku berani patah balik. "Apa ko kata tadi..ulang balik!" Time ni, aku dah tengok setan2 ni kecik besor...kecik besor jer...Aku bagi tau dorang yang aku tak suka tempat aku jadik port mabuk dan juga tempat maksiat. kalau tak faham gak apa yang aku cakap tu..memang sah ler rugi mak bapak korang hantar korang sekolah! Bangang!

Tak cukup dengan tu...masa aku menuju ke kereta..boleh plak anak kurang ajar tu mencarut, "Pu#$ Mak la!. Subhanaullah...ada aku kisah ko nak cakap apa...nak menyebut benda tu macam ..ko tu kuar ikut lobang idung mak ko ker!. Untung ler negara yang ko duduk ni, ada undang2..kalu tak, dah lama hinggap kayu inci atas kepala ko yang tak ade otak tu!.

Malas aku nak layan budak2 bangang jantan dan betina tu. What I do is aku call rakan corp dan buat aduan tentang dorang... eventhough aku dah dua kali buat laporan kat Balai Polis IPD Gombak tapi so far no action has been taken...

Pada sesiapa yang punya anak2 tu, didik ler dengan budipekerti yang baik dan jangan ler ada lagi spesis cam tak ber emak bapak seperti bebudak ni. Peranan ibubapa..bukan setakat melahirkan jer tapi mendidik dan mengasuh mereka agar tahu beradap sopan dengan orang yang lebih tua...

2 comments:

  1. takutnya baca
    kalau saya konfem x berani tegur
    akak mmg berani..

    ReplyDelete
  2. Tak gak Irfa..cuma rasa geram dgn sikap diorang tu yg buat akak lupa sekejap.

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com