Friday, February 7, 2014

APASAL AKU PLAK YANG KENA??

Tengah menjeruk rasa ni. Mana tak nyer bila orang lain yang buat salah ...naper aku plak yang kena marah! Tak fair sungguh kan?.

Gara-gara kesalahan yang abang buat..naper aku plak yang di bebelkan..Bukan salah aku pun...dan bukan salah Abang pun..Benda nak jadik dan dah jadi pun.. Ko membebel sampai besok pagi pun memang tak kan soft problem bahkan menambah lagi ada. Sakit telinga, sakit hati aku ni sampai ke malam tau!. Macam ler aku yang hilangkan laptop tu. Menci arghhhh!!!!!

Pantang aku bila dipersalahkan atas kesalahan orang lain. Hilang mood aku hari ni gara2 kena sound semalam. Hari ni surpose ada weeding event kat Felda D' Saji... weeding neighbour aku. Tapi dek kerana hati yang terbakar ni, cancell semuanya.

Hubby aku biasalah ..dah sound-sound aku semalam, hari ni cam tak der apa-apa berlaku. Siap buat lawak bodoh lagi!.Lalu lalang depan aku..nak tarik perhatian ler tu. Ada aku kisah!


Semua orang buat kesilapan so aku takkan menyalahkan abang atas apa yang berlaku. Muga kesilapan atas kelalaiannya tu dapat dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati.

Okay kan mama cam aku ni..yang memahami anaknya..bukan cam sorang tu pot pet...pot pet cam baru tertelan terompet Kassim Selamat!.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com