Sunday, February 2, 2014

TANGAN KANAN MEMBERI..SOROKKAN TANGAN KIIRI

Apa pengertian sedekah pada korang?. Bagi aku ler ..sedekah tu bermakna pemberian ikhlas seseorang untuk seseorang yang lain. Ikhlas disini bermakna tanpa mengharapkan apa-apa balasan hatta untuk mendapatkan nama sekalipun.
 
Hulurkan tangan...ringankan beban.
Tapi dalam dunia sekarang ini..berapa ramai manusia yang mempunyai sifat keikhlasan seperti yang dinyatakan. Rata-rata yang kita lihat semuanya menyatakan "ikhlas" tapi ikhlas yang bagaimana tahapnya tu. Setahu aku..kalau kita ikhlas bersedekah, tak perlulah di war2kan kepada umum. Cukup sekadar antara kita dengan Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Tak perlu ada press conference atau iklankan di akhbar malah dengan gambar mock cheque (tak cukup terang amount yang nak disedekahkan tu kot).
 
Sebenarnya bersedekah ni boleh menyuburkan harta dan juga membuat jiwa kita tenang..malah hidup kita sentiasa dipermudahkan Allah.

Jom! kita suburkan rezeki yang kita dapat dengan bersedekah sebahagiannya kepda yang memerlukan. Bukan untuk nama..tapi untuk mencari keredhaanNya.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com