Sunday, February 2, 2014

TUDUNG OH TUDUNG

Sebut pasal tudung ni...special bagi yang berhijab..of coz ler satu benda yang seronok nak dibincangkan. Pasal jenis tudung, fesyen tudung dan kaler yang macam-macam kuar sekarang ni.

Maka akak ni tergolong ler dalam wanita yang suka nak mengayakan tudung berbagai jenis. Buat masa ni akak pakai tudung ala-ala fareeda yang main sarung jer. Tak yah nak fikir nak pusing atau hayun kemana kain tudung tu. Cepat dan mudah semudah masak maggi mee!

Tapi bila tengok fesyen tudung yang pelbagai sekarang ni, mula ler gatai kepala akak nak mencuba yang stylo sket.. Boring kan..asyik2 gaya tu jer. Maka nya akak pun rajin ler menggoggle dan menyou tube tentang tutorial bagaimana memakai tudung ni. Mudah jer rupanya...pusing kanan, pusing kiri..pin sana ..pin sini..dah jadik.
Kalau akak yang buat cenggini, mesti 2 hari 2 malam tak sudah
 

Tapi tiba tang turn akak depan cermin beraksi...tetiba terpaku. Aikkk! naper bila dah pusing sana, pin sini..sekali rupa akak dah macam hantu bungkus..tinggal nak kapan jer dik!. Sedih namun tak putus asa lagi , terus mencuba...Sudahnya, kepala akak kelihatan cam kepala Abang Singh...Time tu rasanya cam nak jer akak pecahkan cermin tu..2 kali percubaan gagal!

 
 

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com