Sunday, April 3, 2011

IBARAT ANJING TERSEPIT!

Aku tak tau camner nak melepaskan rasa marah dan terkilan dengan sikap sepupuku yang dah kuanggap seperti kakak sendiri. Sikap tamaknya membuat aku hilang rasa kasih sayang dan hormat padanya selama ini.

Korang nak tau apa yg menyebabkan aku marah tahap gaban dengan anjing tersepit nih?.Dia ni lahir hasil perkongsian uncle dan isteri no.2 nyer setelah kematian isteri pertama. Ibunya diceraikan atas sebab2 yg memang tak boleh dimaafkan.rasanya tak perlu aku ceritakan disini tentang sikap buruk dia terhadap ibu mertuanya sendiri!!.Tika tu, emaknya sedang sarat mengandungkan sepupuku ni.

Lahir sajer sepupuku...terus dihantar ke rumah ibu mertuanya(Opahku). Sepupuku ditinggalkan dikaki tangga tanpa seurat benang pun. Korang bayangkan betapa buruk perangai sorang ibu! Binatang pun tak buat anak nya camtu sekali!. Lebih memburukkan keadaan, bapanya sendiri tak mau menerima bayi tersebut. So..atas belas ikhsan Abahku yg time tu masih bujang...sanggup menerima dan memelihara dia hingga dewasa.

Tapi penah tak korang dengar peribahasa melepaskan anjing tersepit? Kalau nak tengok contoh yang nyata, boleh refer kat cousin aku ni...Begitu Abah menatang dia bagai minyak yg penuh...saat ini dia menganggap abah seperti musuh!. Hanya kerana kesilapan Abah yg terlalu mempercayai abangnya(bapa cousinku ler) dalam isu pembelian tanah pusaka. Abangnya telah menjual bahagian harta pusaka yg dimilikinya kepada Abah tetapi dia tidak memaklumkan kepada semua anak2nya. Kesilapan Abah pulak, tidak menukar hak milik tanah tersebut kerana terlalu mempercayai abangnya.

Setelah Uncleku meninggal, harta sekangkang kera yg tinggal direbut2kan adik beradik yg seramai 10 orang nih termasuk tanah yg dibeli abah. Tika tu lah Abah memberitahu anak2 saudaranya tentang status tanah tersebut namun dek kerana tamak haloba dan tiada pegangan agama..semua cousinku tidak mempercayai Abah. Sedangkan dorang tau Abah ni orang nya tak penah menipu orang.

Lebih menyedihkan abah ialah saksi jualbeli tanah tu sendiri berpaling tadah bilamana satu2 kakak Abah enggan menjadi saksi malah dia memaksa Abah melepaskan kesemua tanah2 yg ada di Perak untuk dibahagi2kan kepada cousin2 anjingku ini. Alasannya...mereka susah dan tiada harta sedangkan anak2 Abah semuanya dah ada harta mereka sendiri. Logik ke alasan yg tak leh diterima akal tu?

Sekarang ni, Abah yg sedang dalam kesakitan berusaha untuk mendapatkan semula tanah yg telah dirampas oleh mereka. Aku tak dapat membantah kerana tau tanah itu merupakan sentimental value buat Abah..peninggalan arwah ayahnya...

Buat kesemua cousin2ku yg tak mengenal erti halal dan haram...aku sebagai waris tetap tidak meredhakan perbuatan kalian menganiaya Abah. Besarkan lah anak2 kalian dengan duit haram hasil perbuatan tamak korang tu. Ingat!! DOA ORANG2 TERANIAYA SENTIADA DIMAKLBULKAN...Muga Allah membalas tiap perbuatan keji korang tu dengan azab yg lebih pedih!!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com