Wednesday, April 13, 2011

NAK DUIT MASUK..KENA LER KEJA KERAS!

Kesedihan melihat Abah terlantar tak menghalang aku untuk meneruskan hidup ni dengan langkah yang positif. Bagi aku, tak semestinya kami perlu sentiasa dalam keadaan murung dan menerima Qada yang ditentukan Allah ni dengan hati yg tertutup.

Rasanya...banyak kerja2 aku tertangguh ketika sibuk membawa Abah berulang alik ke hospital termasuk ketika menjaganya. So..terpaksa ler aku curi2 masa semalam untuk melangsaikan tugas2 tu. Di antaranya ialah..mengemaskini rekod2 tenant aku yang dah sejak hujung tahun lepas tak berusik2..

Sudahnya...jam 1.00 pagi pun, aku masih duduk di atas katil menyiapkan resit pembayaran yang telah mereka buat. Susah sebenornya jadi tuan umah ni..korang tengok duit masuk jer tapi proses nak mengendalikan nyer cam kerja kat pejabat gak ler!

Alhamdulillah semua tenants aku ni bayar ontime tambah lagi cam tau2 aku nak travel ni...mungkin berkat doa emak dan abah jugak..rezeki aku so far tak penah putus...

Dalam diam2..aku bangga dengan diri aku sendiri...bangga sebab aku berjaya tanpa perlu menindas atau menganiaya sesiapa untuk berada di kedudukan aku sekarang. Bangga kerana meskipun aku seorang perempuan yang sering dianggap lemah, aku mampu mencapai target yang telah aku tetapkan dulu.

Perkara yang penting..jangan sekali2 melupakan Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...Yang senantiasa di sisiku tiap masa dan ketika....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com