Friday, April 1, 2011

HAPPY BIRTHDAY DIRA..

Esok birthday anak sedara aku Nadira Batrisya yg ke 6 tahun..Sedor tak sedor dah besar budak ni. Korang tau tak...mulanya kelahiran Dira ni memang menyedihkan bila dia disahkan ada masalah saluran jantung terbalik.

Umur masih dalam "hari" lagi dah buat operation jantungnya sebab keadaannya tika tu kritikal sangat. Kami yang melawatnya di IJN tika tu pun tak dapt menahan airmata melihat kesengsaraan dia..

Setelah umurnya 6 tahun, doktor plak sahkan Dira perlu dibedah sekali lagi kerana terdapat lubang kecil di jantungnya..No wonder ler dia tak boleh terlalu aktif bermain. Pasti tercunggap2 kepenatan. Tapi how do you expect..budak seusia dia nak duduk diam setempat.

Emak aku sampai bernazar time dia lihat Dira di hospital dulu. Kalau sekiranya Dira mampu meneruskan hidupnya...opah nak panggil dia Tuah (sebab tuah tulah dia sempat melihat ibu dan bapanya hingga ke saat ini).

Selamat Hari Ulangtahun sayang...Muga Dira sentiasa dalam Lindungan Allah selalu. Kami auntie dan uncle, Opah dan Atuk serta cousin2 yang lain sentiasa menyayangimu dan mendoakan suatu hari nanti Dira bisa membuat Mama dan Abah berbangga denganmu...Muaaaaahhh!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com