Monday, April 11, 2011

KESABARAN TERUJI..

Sikap Abah sewaktu 2 hari aku menjaganya...benar2 menguji kesabaranku. Sebelum tu kami bersetuju adik beradik untuk buat rotate menjaga abah. Time ni baru ler aku faham mengapa emak kengkadang hilang sabar jugak dengan kerenah Abah.

Walaupun sakit, kadangkala Abah agak baran juga..tambah lagi kalau time dia sesak nafas. Terkial2 aku tengok emak mengisi ubat dalam mesin inhaler tu. Cam aku ni..masih kuat kedratnya lagi, boleh ler dapat menangani masalah sumer tu..Cuma selama ni, tidur yang nyenyak di atas katil tu terpaksa aku lupakan kerana aku terpaksa berbaring berdekatan tempat tidur Abah. Bimbang jika aku tak mendengar tika dia memanggil namaku.

Aku amik cuti satu hari pada hari Isnin sebab tau yang aku memang tak boleh drive dengan keadaan yang mengantuk seperti tu. So aku habiskan masa 1/2 hari menunggu pihak sukarelawan dari HOSPI MALAYSIA utk menghantar katil hospital buat Abah.

Dalam pada waktu pihak HOSPi tu sibuk buat penghantaran katil tersebut, Abah sekali lagi buat perangai...Tak mau plak dah katil tu!!. Masa tu, temperature kepala aku ni dah naik tahap maksimum..Lepas call untuk buat cancellation, aku terus amik air sembahyang untuk menyejukkan hati aku dengan sikap Abah yang tak tentu hala ni..

Ya Allah...aku ni bukanlah malaikat yang mampu bersabar setiap masa..Aku hanya seorang hambaMu yang amat lemah...Bantulah aku supaya sentiasa mampu mengukir senyuman buat Abah...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com