Wednesday, April 6, 2011

SENGALNYA DIA!!

Pepagi angin aku jadi tak baik disebabkan sorang Hamba Allah ni...Aku sampai ke tempat kerja 8.02 kat pintu pagar tu. Selalunya tak lah cepat sangat guard tu tutup palang tu tapi hari ni...sorang mamat sengal ni tepat2 jam 8.00 kunci palang tu.

Waktu tu ada ler 2..3 kereta mengikuti aku dari belakang. So..aku horn ler mamat tu..Nampak benar dia marah sebab kena berpatah ke belakang semula..Tak ler jauh mana punnn.

Yang buat aku marah ni bukan apa..dia siap bahasakan aku tu! Pintu ni tutup tepat kol 8.00!Peah tu aku tak dengar dia ngomel2 cam ayam tercabut bulu! Ada aku kisah!Masa tu hendak aje aku turun dari kereta tu sound plak mamat sengal tu. Dorang ni cam gila kuasa..time nak masuk kena ikut peraturan nyer...tapi nape bila lunch hours korang dok suruh we all berbaris kat palang pagar tu sedangkan time tu dah 1.04. Lebih 4 minit masa aku terbuang tau..Ada aku sound korang balik!

Tu lah manusia...diberi pangkat yang tak seberapa pun, hidung dah nak mencecah langit!!Benda2 kecik macam tu kenalah bertolak ansur..jangan ler sebabkan ko pegang kunci pagar tu..ko nak eksyen mengalahkan ko tu empunya syarikat! Loya tekak aku tengok orang camni lah. Belom lagi Tuhan tu bagi ko pangkat tinggi!

Ko bernasib baik gak sebab ada kereta kat belaknag aku dah bersusun paku tadi..kalu tak memang aku berhenti dan balas balik "pantun" ko yg berkerat2 tadi tu.Satu jerlah aku nak cakap kat sini...Kalau rasa susah nau nak buat keja tu, baik ko resign jer..balik umah..dari ko merungut2 cam tu. Satu lagi!!!......ADA AKU KISAHHHHH!!!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com