Wednesday, April 27, 2011

KETENTUANNYA

21/4/2011, Aku pergi kerja seperti biasa memandangkan Abah kelihatan dah sihat seperti biasa. Kebelakangan ni, abah makan dengan berselera kuih muih yg dia inginkan selama ni cuma agak kurang makan bubur nasi yg disediakan pihak hospital. Tak sedap mcm mak kamu buat katanya, bila aku tegur mengapa dia tak habiskan.

Lebih kurang jam 11.00 pagi, aku dikejutkan dgn panggilan telefon mengatakan abah dimasukkan ke wad ICU! Entah mengapa, saat tu badan aku seram sejuk tetiba jer...
Dalam perjalan ke hospital, aku menangis..memohon agar Abah kembali sihat seperti biasa. Baru semalam aku tinggalkan Abah...tup2 dengar berita sebegini plak.

Waktu aku sampai, Abah sedang bertarung dengan kesakitan akibat mesin pernafasan yang jelas tidak selesa. Dia asyik meronta2 malah berusaha mencabut segala peralatan di badannya termasuk tiub saluran urine. Aku tau Abah sakit..namun apa daya aku untuk menolongnya melainkan memintanya bersabar.

Abah, ini Ani...Ani datang dengan adik2...waktu tu Allah sajer mengetahui remuknya hati aku melihat kesakitan yg ditanggungnya. Waktu aku gengam tangannya...abah membalas genggamanku namun begitu lemah sekali. Sekali sekali Abah membuka matanya seolah2 meminta pertolongan malah mulutnya terkumat kamit seolah2 mengatakan sesuatu.

Abah tak payah cakap apa2 sebab Ani tak boleh dengar....tak payah cakap lagi, nanti Abah penat...tu jer yg berulang kali aku sebut selain dari memintanya mengucap banyak2.Disebabkan jantung dan paru2 abah masih tidak dapat berfungsi dengan baik, doktor mengambil keputusan untuk membiusnya dan memasang alat bantuan pernafasan. Tika tu, Abah tak lagi meronta2..namun jelas begitu payah untuk menarik nafasnya. Waktu tu...apa yg ada di dalam kepala aku cuma satu, abah akan sembuh semula seperti biasa.

Oleh kerana kami tidak dibenarkan masuk ketika Abah dibius, aku balik sekejap ke Keramat untuk makan dan mandi. aku datang semula untuk menemani Abah sehingga pukul 2.00 pagi. Waktu tu Alia anak saudaraku yg menjadi jururawat di wad ICU memberitahu keadaan Abah masih tak berubah. Waktu tu, aku amat menharapkan agar berlaku keajaiban sekali lagi....

Tuesday, April 19, 2011

TAHNIAH BABY!

Allah tu Maha Penyayang..lebih2 lagi pada budak2 cam Baby ni. Dia masih bersedih atas kematian kucing kesayangan nyer waktu pertandingan Choral Speaking antara sekolah2.

Tapi akhirnya terubat bila kemenangan berpihak padanya. Sekolah St. Mary dinobatkan sebagai Juara! Congratulations to all princess of St Mary's yg terlibat expecially anak dara aku ler...yg begitu happy. Tak sabor2 nelefon mama nyer sebaik sajer dia dapat keputusan tu.

Of coz, sebagai mamanya , aku tumpang bangga di atas kejayaan anak2ku. Harap Baby akan lebih berjaya dimasa hadapan..Memang dia ni sejak kecik dah menunjukkan bakat suka mempelajari benda2 baru. Harap2 belajar benda2 yg baik2 jer lah yer Baby...

AMALAN RASULULLAH

Benda2 baik camni harus ler kita kongsikan bersama. Aku tertarik satu artikel yg dikirim adikku ni...So korang baca ler yer...satu amalan Rasulullah S.A.W yg harus kita ikuti utk kebaikan bersama.

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

--

PERGI JUA AKHIRNYA....


(Ni bukan ler gambo chiko tapi rupa nya seakan sama...)

Keadaan Chiko (anak kucing Baby) makin parah malah pendarahan nyer tak berhenti2. Kami ambik keputusan utk bawak dia ke veterinar hospital.

Aku ingat kucing ni jenis biasa ala2 kampung jer..rupanya doktor tu kata dia kucing kacukan jenis Burmese. Lorr gitu citernya...Pandai mak si Chiko ni cari boy friend..nak yg handsome jer. Malang nyer, kucing jenis ni tak leh ler makan benda sembarangan dan perlukan jagaan rapi cam ala-ala kucing Parsi gak.

Si Chiko ni oleh sebab mak dia jenis betina kampung so sumer benda ler dia bantai makan..Akibatnya dia dapat jangkitan bisul yg banyak di badan nyer. Tapi disebabkan bulunya yg tebal cam carpet tu..memang tak nampak ler sehingga salah satu bisul tu pecah.

Ajalnya sampai bila Chiko tak dapat diselamatkan...Baby sedih yang teramat sangat...terkedu dia bila Abangnya bagi tau yg Chiko dah mati. Waktu menanam Chiko, sempat gak dia cakap sesuatu sewaktu menimbus tanah tu...Bye Chiko...Kak Wawa sayang Chiko....

Tapi sedihnya tu kejap jer...bila balik, nampak plak adik2 chiko yang masih kecik belakang umah tu...hilang ler gundah gelana nyer...Kak Wawa hilang adik sorang jer tapi ade lagi 3 nih...kata dia bercakap sorang2.

Thursday, April 14, 2011

DIA PUN MAKHLUK ALLAH JUA


Aku ni bukanlah penyayang sangat dengan binatang ni tapi tak ler sampai ke tahap untuk menyeksa malah mencederakan binatang apalagi makhluk yg menjadi kesayangan ramai ni.

Masa di pejabat, Baby telefon dengan suara tersekat2 peh tu siap menangis lagi. Sebagai emak, tentu ler aku ni panik bila dengar anak dara aku ni nangis teresak2 cam tu. Rupanya kucing kesayangan dia tu luka teruk dan darah mengalir. Mungkin sebab dah biasa tiap kali dia luka jer...aku letak minyak gamat, tu gak ler yang dibubuh kat badan si Chiko tu.



Yang kelakar nyer..lepas Baby titiskan jer gamat tu kat luka dia...habih gamat tu dijilatnya...Aku plak rasa loya semacam sampai hilang terus selera aku nak makan malam tu.Chiko plak cam takut dengan aku sebab aku memang tak kas chance dia masuk umah sebab tak mau bulu dia bersepah2. Tapi semalam, aku beri kelonggaran kat Baby utk merawat dia. Tu pun aku suruh dia letak dalam kotak.

Siapa lah yang punya perangai kejam sampai sanggup menyeksa kucing sedemkian rupa. Memang tak berperi kemanusiaan langsung!Orang camni memang layak ditukar jadi binatang ajer..

Wednesday, April 13, 2011

COUNTING THE DAY..TICK! TOCK!


Rasa tak sabor2 teman nak terbang nih! Dulu tak ler rasa camni punya excited tapi kali ni teman asyik membilang waktu. Terasa lambat sangat waktu ni bergerak! Lamanya rasa nak sampai 1st May!

Dalam kepala teman ni dah plan macam2 benda teman nak beli di negara orang tu..Almaklum ler kan...sekali sekala berbelanja tu..Hubby teman pun dah bagi lesen untuk teman perabihkan sejumlah wangnya...(Jangan suruh teman bayor balik udah ler yeop!!)

Anak teman dua kerat Baby dan Abang plak biasa jer...sedangkan teman dah buat preparation giler2 ni...siap buat list lagi apa barang nak bawak! Bukan apa...tempatnya bukan dekat, kalu tertinggal barang hatta lipstik sekali pun, teman rasa cam frust semacam.

Hubby teman dah pesan berkali2..tak yah bawak ler baju bebanyak..beli jer kat sana...ayat tu yang teman nak dengor dan tunggu2 tu! huhu!. Harap2 kali ni..percutian teman ni membawa kenangan terindah dan menjadi ingatan sepanjang masa...AMINNNN.

NAK DUIT MASUK..KENA LER KEJA KERAS!

Kesedihan melihat Abah terlantar tak menghalang aku untuk meneruskan hidup ni dengan langkah yang positif. Bagi aku, tak semestinya kami perlu sentiasa dalam keadaan murung dan menerima Qada yang ditentukan Allah ni dengan hati yg tertutup.

Rasanya...banyak kerja2 aku tertangguh ketika sibuk membawa Abah berulang alik ke hospital termasuk ketika menjaganya. So..terpaksa ler aku curi2 masa semalam untuk melangsaikan tugas2 tu. Di antaranya ialah..mengemaskini rekod2 tenant aku yang dah sejak hujung tahun lepas tak berusik2..

Sudahnya...jam 1.00 pagi pun, aku masih duduk di atas katil menyiapkan resit pembayaran yang telah mereka buat. Susah sebenornya jadi tuan umah ni..korang tengok duit masuk jer tapi proses nak mengendalikan nyer cam kerja kat pejabat gak ler!

Alhamdulillah semua tenants aku ni bayar ontime tambah lagi cam tau2 aku nak travel ni...mungkin berkat doa emak dan abah jugak..rezeki aku so far tak penah putus...

Dalam diam2..aku bangga dengan diri aku sendiri...bangga sebab aku berjaya tanpa perlu menindas atau menganiaya sesiapa untuk berada di kedudukan aku sekarang. Bangga kerana meskipun aku seorang perempuan yang sering dianggap lemah, aku mampu mencapai target yang telah aku tetapkan dulu.

Perkara yang penting..jangan sekali2 melupakan Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...Yang senantiasa di sisiku tiap masa dan ketika....

Monday, April 11, 2011

RINDU MERINDU RUPANYA..

Dua hari aku menjaga Abah bermakna dah 2 hari gak ler aku tak ade bantal busyuk yang menemani aku tidur..Sapa lagi kalu tak hubby aku lerrr!

Memang payah aku nak melelapkan mata tanpa dia disebelah. Mungkin sebab dah terbiasa kot...Tambah lagi Abah tak tahan bila aku pasang air-cond mau pon kipas! Ya Ampunnnn...berpeluh jantan aku dibuatnya...

Pusing kiri tak kena...pusing kanan tak kena...Cam rasa tak lengkap sesuatu ler..Rupa2nya hubby aku kat umah pun sama gak..Tidur sorang2 dalam bilik tu sampai cadar katil pusing pening dibuatnya...tak gak boleh tidur.

Hari Isnin tu baru ler aku dapat balik ke rumah. Hubby aku ni jenis yang jarang nak exposed perasaan hati dia...Tapi surprised gak bila dia kata 2 hari aku di umah emak tu...dia rindu sesangat dengan aku....

Cewahhh..baru ler aku dengar pengakuan ikhlas dari dia...Yang sebenornya, aku pun gitu gak...bila tengah makan jer...teringat dia tengah makan apa sekarang. Bila nak tidur pon...terfikir dia dah tidor ke belum...Rupa2nya dia pun berperasaan yang sama dengan aku..Tinggal tak tengok bulan jer mcm I rindukan you mula2 bercinta dulu..Tetiba terkeluar pengakuan ikhlas dari mulut dia.


Wakaka!!! aku tergelak! Baru ler pecah rahsia dia! Rupanya masa bercinta dulu..siap tengok bulan segala...Aku tak ler sampai camtu..paling2 aku rindu pun..aku tengok gambar dia jer...Cam stail orang dulu2 hubby aku ni..Romantis gitu yer!

Malu kot dia bila aku tergelak camtu...cepat2 dia tukar topic...tidurlah sok nak keja..Sebelum tutup lampu tu..aku bisik kat telinga dia...."Malam ni mimpikan I yer".
Lorr. dia plak mengekek dalam gelap tu...Seram aku!

Mesti Abang dan Baby tertanya2 apa yg mama dengan Ayahnya buat sampai tergelak2 cam tu sekali.

TETIBA JER AKU TERINGIN.....


Tetiba jer tekak aku teringin nak makan western food. Sebenarnya masa tengah menjaga Abah lagi dah ada rase teringin tu..tapi malas lak nak kuar sorang2. lagi pun susah gak nak tinggalkan emak menjaga Abah sorang2.

Agaknya sebab dah "mati kutu" dok menunggu Abah..tu yang terbayang makanan macam2 tu.
Udah cam orang mengidam plak aku. Nak plak bila tengok rancangan masak memasak stail western food tu. Mak oii!! kecur air liur aku. Rasa dan2 tu gak aku nak terbang cari apa yang aku idamkan tu.


Bila cakap kat hubby aku thru hp..soalan cepumas dia..are u pregnant?Sebab dia tau, aku ni jarang teringin nak makan benda2 sampai dan2 tu gak suruh cari.Aku plak tanya dia..larat ke lagi you jaga baby tengah malam? huhu..Tak kan ler asal aku teringin makan jer...pregnant...Asal pregnant jer ..teringin makan....

KESABARAN TERUJI..

Sikap Abah sewaktu 2 hari aku menjaganya...benar2 menguji kesabaranku. Sebelum tu kami bersetuju adik beradik untuk buat rotate menjaga abah. Time ni baru ler aku faham mengapa emak kengkadang hilang sabar jugak dengan kerenah Abah.

Walaupun sakit, kadangkala Abah agak baran juga..tambah lagi kalau time dia sesak nafas. Terkial2 aku tengok emak mengisi ubat dalam mesin inhaler tu. Cam aku ni..masih kuat kedratnya lagi, boleh ler dapat menangani masalah sumer tu..Cuma selama ni, tidur yang nyenyak di atas katil tu terpaksa aku lupakan kerana aku terpaksa berbaring berdekatan tempat tidur Abah. Bimbang jika aku tak mendengar tika dia memanggil namaku.

Aku amik cuti satu hari pada hari Isnin sebab tau yang aku memang tak boleh drive dengan keadaan yang mengantuk seperti tu. So aku habiskan masa 1/2 hari menunggu pihak sukarelawan dari HOSPI MALAYSIA utk menghantar katil hospital buat Abah.

Dalam pada waktu pihak HOSPi tu sibuk buat penghantaran katil tersebut, Abah sekali lagi buat perangai...Tak mau plak dah katil tu!!. Masa tu, temperature kepala aku ni dah naik tahap maksimum..Lepas call untuk buat cancellation, aku terus amik air sembahyang untuk menyejukkan hati aku dengan sikap Abah yang tak tentu hala ni..

Ya Allah...aku ni bukanlah malaikat yang mampu bersabar setiap masa..Aku hanya seorang hambaMu yang amat lemah...Bantulah aku supaya sentiasa mampu mengukir senyuman buat Abah...

Thursday, April 7, 2011

APA YG AKU SUKA...DIA SEBOK ENTERFRAME!

Aku ingat kan..aku dah campak minah harem ni jauh2 dari idup aku...Memang pun! Tapi rupa2nya dia keep on mengikuti setiap pergerakan aku..Korang caye tak kalu aku katakan apa yang aku tag dalam facebook aku pun dia ikuti gak.

Kalu yang "admirer" lelaki tak pe gak kan..Normal ler...tapi si betina harem ni yang dok terikut2 bontot mana aku pegi...apa yang aku buat..semua dia tau... Dah berlaki tu..ko layan jelah laki ko tu...nanti kena sambar orang plak sebab ko kan penah wat keja keji cam tu!

(Ko tu di mata aku cam telor tembelang jer)

Silap aku gak..gi buka fb member aku..terjumpa plak nama betina ni...cam rase kenal jer..Gatal plak tangan aku gi tengok. Sah! betina desprado ni rupanya...

Cam ni lah yer...aku tau ko pon pasti baca blog aku ni..Almaklumkan...ko tu masih menaruh harapan nak jadi madu aku kot...Baik ko jangan sekali2 follow aku thru apapun samada fb atau blog aku kalu tak mau aku maki ko cam dulu....Dasar betina tak de maruah betul! Dah orang tak meluat tu...angkat ler kaki...Yarkkkk tuih!!!!


(Aku nak tag binatang ni....ko pun minat gak ke nak jadik dealer??)

Wednesday, April 6, 2011

SENGALNYA DIA!!

Pepagi angin aku jadi tak baik disebabkan sorang Hamba Allah ni...Aku sampai ke tempat kerja 8.02 kat pintu pagar tu. Selalunya tak lah cepat sangat guard tu tutup palang tu tapi hari ni...sorang mamat sengal ni tepat2 jam 8.00 kunci palang tu.

Waktu tu ada ler 2..3 kereta mengikuti aku dari belakang. So..aku horn ler mamat tu..Nampak benar dia marah sebab kena berpatah ke belakang semula..Tak ler jauh mana punnn.

Yang buat aku marah ni bukan apa..dia siap bahasakan aku tu! Pintu ni tutup tepat kol 8.00!Peah tu aku tak dengar dia ngomel2 cam ayam tercabut bulu! Ada aku kisah!Masa tu hendak aje aku turun dari kereta tu sound plak mamat sengal tu. Dorang ni cam gila kuasa..time nak masuk kena ikut peraturan nyer...tapi nape bila lunch hours korang dok suruh we all berbaris kat palang pagar tu sedangkan time tu dah 1.04. Lebih 4 minit masa aku terbuang tau..Ada aku sound korang balik!

Tu lah manusia...diberi pangkat yang tak seberapa pun, hidung dah nak mencecah langit!!Benda2 kecik macam tu kenalah bertolak ansur..jangan ler sebabkan ko pegang kunci pagar tu..ko nak eksyen mengalahkan ko tu empunya syarikat! Loya tekak aku tengok orang camni lah. Belom lagi Tuhan tu bagi ko pangkat tinggi!

Ko bernasib baik gak sebab ada kereta kat belaknag aku dah bersusun paku tadi..kalu tak memang aku berhenti dan balas balik "pantun" ko yg berkerat2 tadi tu.Satu jerlah aku nak cakap kat sini...Kalau rasa susah nau nak buat keja tu, baik ko resign jer..balik umah..dari ko merungut2 cam tu. Satu lagi!!!......ADA AKU KISAHHHHH!!!

Tuesday, April 5, 2011

DI MANA KAWAN NAN SETIA

Kawan di waktu ketawa senang dicari tapi bila kita sedang menangis..orang yang selama ini kita anggap sebagai kawan dan rakan setia menghilangkan diri entah di mana.

Di waktu Abah sihat, memang ramai sekali kawan2 yang datang untuk menemaninya ke sana sini..Abah pulak jenis orang yang tak lokek mengeluarkan duit untuk kawan2nya so ternyata mereka mengambil kesempatan diatas kebaikan Abah.

Yang sedihnya bila Abah terlantar sakit..cuma dua tiga orang jer kawan yang paling setia dengan Abah datang menjenguk bertanya khabar sedangkan yang lain usah kata nak datang...telefon bertanya khabar pun tidak.

Berbeza waktu dorang sakit dulu..Abah ni dijadikan umpama bibik yang menghantar makanan setiap hari. Telefon jer teringin nak makan apa...Insya Allah, Abah akan cari dan belikan..Apa yang aku kesalkan...bila dia sihat, Abah tak diingatnya langsung malah sepi tak bertanya khabar pun!

Mungkin Allah tu nak perlihatkan pada Abah, yang mana satu yang dinamakan sahabat dan yang mana cuma kawan dikala senang!

PAHITNYA UJIAN NI...

Bertuah bagi orang2 yang dapat menerima ujian dari Allah dengan hati yang sabar dan redha dengan takdir yg telah ditetapkan. Ujian seperti kesakitan, kematian dan kesengsaraan mampu diterima dengan hati yg lapang...

Mampukah aku sekuat dan setabah mereka?. Yang pasti...separuh dari jiwaku seakan pergi bila menerima berita Abah menderita kanser paru2 stage ke 4!. doktor kata nothing they can do melainkan cuma membuat abah bertahan...Kalau korang di tempat aku, tabahkah korang mendengar berita pahit seperti ni?

Aku penah diuji dengan ujian yang maha getir yang membuat aku hampir hilang pedoman tapi ujian kali ini rasanya lebih berat untuk aku tanggung dan aku tak pasti..bila tiba masanya nanti..adakah aku sekuat korang yang penah kehilangan org tersayang dapat merelakan semua ini.

Sunday, April 3, 2011

IBARAT ANJING TERSEPIT!

Aku tak tau camner nak melepaskan rasa marah dan terkilan dengan sikap sepupuku yang dah kuanggap seperti kakak sendiri. Sikap tamaknya membuat aku hilang rasa kasih sayang dan hormat padanya selama ini.

Korang nak tau apa yg menyebabkan aku marah tahap gaban dengan anjing tersepit nih?.Dia ni lahir hasil perkongsian uncle dan isteri no.2 nyer setelah kematian isteri pertama. Ibunya diceraikan atas sebab2 yg memang tak boleh dimaafkan.rasanya tak perlu aku ceritakan disini tentang sikap buruk dia terhadap ibu mertuanya sendiri!!.Tika tu, emaknya sedang sarat mengandungkan sepupuku ni.

Lahir sajer sepupuku...terus dihantar ke rumah ibu mertuanya(Opahku). Sepupuku ditinggalkan dikaki tangga tanpa seurat benang pun. Korang bayangkan betapa buruk perangai sorang ibu! Binatang pun tak buat anak nya camtu sekali!. Lebih memburukkan keadaan, bapanya sendiri tak mau menerima bayi tersebut. So..atas belas ikhsan Abahku yg time tu masih bujang...sanggup menerima dan memelihara dia hingga dewasa.

Tapi penah tak korang dengar peribahasa melepaskan anjing tersepit? Kalau nak tengok contoh yang nyata, boleh refer kat cousin aku ni...Begitu Abah menatang dia bagai minyak yg penuh...saat ini dia menganggap abah seperti musuh!. Hanya kerana kesilapan Abah yg terlalu mempercayai abangnya(bapa cousinku ler) dalam isu pembelian tanah pusaka. Abangnya telah menjual bahagian harta pusaka yg dimilikinya kepada Abah tetapi dia tidak memaklumkan kepada semua anak2nya. Kesilapan Abah pulak, tidak menukar hak milik tanah tersebut kerana terlalu mempercayai abangnya.

Setelah Uncleku meninggal, harta sekangkang kera yg tinggal direbut2kan adik beradik yg seramai 10 orang nih termasuk tanah yg dibeli abah. Tika tu lah Abah memberitahu anak2 saudaranya tentang status tanah tersebut namun dek kerana tamak haloba dan tiada pegangan agama..semua cousinku tidak mempercayai Abah. Sedangkan dorang tau Abah ni orang nya tak penah menipu orang.

Lebih menyedihkan abah ialah saksi jualbeli tanah tu sendiri berpaling tadah bilamana satu2 kakak Abah enggan menjadi saksi malah dia memaksa Abah melepaskan kesemua tanah2 yg ada di Perak untuk dibahagi2kan kepada cousin2 anjingku ini. Alasannya...mereka susah dan tiada harta sedangkan anak2 Abah semuanya dah ada harta mereka sendiri. Logik ke alasan yg tak leh diterima akal tu?

Sekarang ni, Abah yg sedang dalam kesakitan berusaha untuk mendapatkan semula tanah yg telah dirampas oleh mereka. Aku tak dapat membantah kerana tau tanah itu merupakan sentimental value buat Abah..peninggalan arwah ayahnya...

Buat kesemua cousin2ku yg tak mengenal erti halal dan haram...aku sebagai waris tetap tidak meredhakan perbuatan kalian menganiaya Abah. Besarkan lah anak2 kalian dengan duit haram hasil perbuatan tamak korang tu. Ingat!! DOA ORANG2 TERANIAYA SENTIADA DIMAKLBULKAN...Muga Allah membalas tiap perbuatan keji korang tu dengan azab yg lebih pedih!!

Friday, April 1, 2011

HAPPY BIRTHDAY DIRA..

Esok birthday anak sedara aku Nadira Batrisya yg ke 6 tahun..Sedor tak sedor dah besar budak ni. Korang tau tak...mulanya kelahiran Dira ni memang menyedihkan bila dia disahkan ada masalah saluran jantung terbalik.

Umur masih dalam "hari" lagi dah buat operation jantungnya sebab keadaannya tika tu kritikal sangat. Kami yang melawatnya di IJN tika tu pun tak dapt menahan airmata melihat kesengsaraan dia..

Setelah umurnya 6 tahun, doktor plak sahkan Dira perlu dibedah sekali lagi kerana terdapat lubang kecil di jantungnya..No wonder ler dia tak boleh terlalu aktif bermain. Pasti tercunggap2 kepenatan. Tapi how do you expect..budak seusia dia nak duduk diam setempat.

Emak aku sampai bernazar time dia lihat Dira di hospital dulu. Kalau sekiranya Dira mampu meneruskan hidupnya...opah nak panggil dia Tuah (sebab tuah tulah dia sempat melihat ibu dan bapanya hingga ke saat ini).

Selamat Hari Ulangtahun sayang...Muga Dira sentiasa dalam Lindungan Allah selalu. Kami auntie dan uncle, Opah dan Atuk serta cousin2 yang lain sentiasa menyayangimu dan mendoakan suatu hari nanti Dira bisa membuat Mama dan Abah berbangga denganmu...Muaaaaahhh!