Sunday, August 28, 2011

BAJU RAYA WEHHH!!

Finally!aku beli gak sehelai baju raya..tu pun bukan kehendak aku sebenarnya. Niat mulanyer nak belikan Abang baju kat Sogo Jalan TAR. Rupanya hubby aku dah plan nak gak belikan aku baju raya.

Bagi aku dalam usia sekarang ni dah tak ghairah nak beraya beria2 cam masa kecik dulu. Dulu..baju dan kasut raya tu acara wajib yang perlu Abah dan mak sediakan untuk kami adik beradik.

Bila dan berusia ni...yang penting bagi aku ialah menyediakan pakaian dan juga juadah behariraya untuk anak2 dan juga adik beradik. Itu kebahagiaan sebenarnya yang dicari. Dan paling penting ialah dapat beraya dengan orang2 yang tersayang di sisi kita.

Harap2 tahun ni..aku tak cengil cam tahun2 sudah. Asal bersalam pagi raya dengan hubby aku jer...mesti nangis....asal nangis jer salam...Dah cam apek senario ler plak..Hubby ku plak dok gelakkan aku yang ala2 Neng Yatimah pelakon airmata dulu kala tu.Tah ler..aku ni nampak jer brutal,,tapi sebenarnya aku ni mudah terasa..mudah mengalirkan airmata tapi dalam masa yang sama jiwa aku ni keras malah kadangkala boleh bertindak di luar batasan bila kemarahan aku ditahap paling tak terkawal.

MENU PAGI RAYA

Walau sesedih mana sekali pun kami atas pemergian Abah tersayang,namun Hari Raya tetap disambut demi anak2 yang tak mengerti apa itu kesedihan. Tak adil rasanya bagi mereka untuk turut sama berduka..

Untuk itu..pagi raya nanti, kami dah berbincang untuk menyediakan juadah hariraya seperti lemang (ni memang tiap tahun pasti ada)dan juga rendang.Untuk raya pertama, kami tak decide lagi nak buat mee kari atau laksa..Tapi yang pasti, menunya akan akan berbeza setiap hari.

MENU HARIRAYA

1. Mee kari


2. Laksa


3. Soto ayam


4. Mee Hun kot...tapi cam tak mau buat sebab sedih teringatkan Abah yang sering
menyediakan juadah nie di pagi raya.


Apa pun yang pasti kami akan merayakan hari lebaran ini seperti tahun2 sudah meskipun Abah telah kembali ke rahmatullah..Aku akan pastikan yang segala ujian dari Allah ini tak akan sama sekali mematahkan semangat kami adik beradik untuk terus hidup gembira seperti hari2 sebelumnya.

Thursday, August 25, 2011

LAST DAY KERJA....HOOOOO YEIIII!!

Hari ni...office kami declare keja sampai 2 pm jer...Iyerlah..cuba korang fikir bebudak yang datang pun boleh dibilang dengan jari ..datang pun sekadar memenuhi masa jer...

Jap2 datang tempat aku...jap2 intercom aku..tau sebab apa..Hanya kerana nak tanya hari ni bos kasik balik pukul berapa?. Ni mesti takut nak tanya sendiri nih!..Actually, aku pun tak tau sebab aku pun tengah bz menyiapkan kerja seboleh mungkin..bagi aku masa sampai pukul 4pm tu kejap jer tapi..kalu bos nak bagi balik awal..HO YEI!!! tu dikira rahmat gak tu.

Boleh ler ada masa sket kemas2 rumah mana yang patut...Shopping ker..Mana tau, di saat2 akhir ni, aku dapat baju raya yang aku idamkan..Tapi tu ler ..leceh kalau nak ke Town..sesak! Rimas aku bersempit2 ni.

Apapun pada semua blogger dan reader blog aku ni...TQ sebab rajin baca coretan diary aku yang merapu tak tentu mood ni...Kalu rasa2 terasa ke haper ker...aku susun jari mintak maaf jer..tak disengajakan...kecuali utk Hamba2 Allah yang tertentu yang dah menyesakkan ruang hidup aku tu. Tu jer tak termasuk dalam senarai kemaafan aku yer...

Anyway..Selamat HariRaya & Maaf Zahir Batin....Doakan aku yang terbaik sebagaimana aku doakan kalian yer...

TAZKIRAH RAMADHAN....

Bila baca buku motivasi tentang kecemerlangan dan tips untuk jadi orang yang cemerlang..terpanggil aku untuk menulis di sini. Aku terbaca ler kata2 dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ni yang berbunyi:

Renungan: Tak ramai org yg ceria dan bersemangat setiap hari. Utk sentiasa ceria: Bangun pagi awal di waktu yg konsisten, senyum, angkat tgn n baca: Doa bangun tidur, Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Ayat Qursi, Ayat 1000 Dinar, dan sebut: Ya Allah jadikan hari ini lebih baik drp semlm n jadikan aku ceria, sihat n bersemangat utk bekerja/belajar, jika aku mati hari ini, matikan aku dlm husnul khatimah. Insya Allah ceria n cemerlang.

Ramai di kalangan kita asal pagi jer merungut untuk pergi ke tempat kerja...walhal itulah sumber rezeki kita..Merungut tu dah bererti rasa tak ikhlas untuk berbuat sesuatu wujud dalam hati kita. Bila dah tak ikhlas..mana datangnya semangat untuk bekerja ..apalagi nak melakukan tugas dengan sempurna.

Berdoa supaya hari2 mendatang lebih baik dari semalam. Itu satu2 yang paling aku suka sebab kita ni hanya berusaha...selebihnya kita meminta padaNya kerana Dia yang berhak memberi bukan dengan cara "kipas lipas" orang atasan atau memberi rasuah atau sebagainya. Insya Allah rezeki yang diterima tu lebih berkat lagi...Sematkan di hati kita dengan sifat positif agar tiada prasangka atau sifat2 buruk yang boleh menjejaskan fikiran.

Semua orang....jika diberi pilihan ingin mati dalam iman yang teguh..Justeru itu, haruslah kita jaga keperibadian dan tingkahlaku agar kita tergolong dalam insan2 terpilih disisiNya kelak....

Pesanan yang sempat aku copy dari kata2 Dato'
Jgn bazir hati dgn tak memaafkan, bazir qudrat dgn tak ziarah, bazir lidah dgn tak zikir, bazir mata dgn tidur, bazir jiwa dgn tak raikan tetamu dgn ikhlas, bazir masa dgn tonton TV, bazir rezki dgn tak sedekah dan bazir diri dgn tak taat perintah Allah.

BERBUKA DI WAY PENYU DUTAMAS

Semalam aku kena menghadiri satu majlis berbuka puasa dengan bankers di Solaris Dutamas. All the while..aku cuma familiar dgn Sri Hartamas. Rupanya kawasan di situ pesat membangun. Dah banyak bangunan didirikan.

Jenuh gak ler aku mencari...mana "Wau Penyu" ni. At last tepi jalan jer rupanya..Hiks! Ingatkan tak ramai bankers yang datang memandangkan CIMB yang paling rapat dengan aku cancelled di saat2 akhir kerana datenya clash dengan majlis mereka yang lain.

Restoren "Wan Penyu" ni adalah gabungan antara East Coast... Kelantan dan Terengganu. Hiasan restoren ni juga agak unik kerana dipenuhi dengan gambar2 lama, keris2 dan juga perabot yang aku rasa ala Baba dan nyonya..Sempat ler aku snap dua tiga keping gambar...Nanti aku post kat sini yerk...Lupa lak bawak USB aku..

First time aku merasa makanan laksam di sini..Boleh tahan jugak sedapnya!.Tapi paling seronok bila anak aku si Abang all the while from Kuantan sempat berbuka puasa dengan aku di sana!. Siap aku pesan berkali2..jangan drive laju2..lambat tak per..

Wednesday, August 24, 2011

DOA DARI INSAN TERANIAYA


Raya makin nak dekat...tapi kerja di pejabat makin banyak..Ikutkan memang ler tak kan habih tapi sekurang2nya tak de ler something urgent nak kena buat. Kalau boleh , raya ni aku nak release tension..tak mau beraya dengan memikirkan kerja2 yang bertimbun kat ofis tu.

Seronoknya tengok kengkawan aku..masing2 plan nak balik beraya di kampung. Aku? memang ler aku ada kampung malah rindu pada kampung halaman yang dah lama aku tinggalkan. Teringat nostalgia ketika zaman kanak2 bermain bunga api dan mercun. Paling seronok time pagi raya, berbaris nak mintak duit raya kat cousin yang paling tua..(Dia dah kerja time tu).

Tapi semuanya tu tinggal kenangan..Aku tak rasa ghairah nak pulang beraya mengadap saudara mara yang tergamak menganiaya ayahku yang selama ini baik dengan mereka. Abah yang mereka kenal amat penyayang kepada anak2 saudaranya. Bagi Abah, mereka dianggap seperti anak sendiri. Tapi, tidak bagi sepupu2ku...depan bukan main baik melayan Abah (Iyer lah kan...sebab Abah tu pemurah dengan wang ringgit ..paling tidak RM50 untuk anak dia dah tentu masyuk) tapi bila Abah tiada...mereka cuba membolot harta peninggalan dengan menafikan hak Abah.

Selama mana korang boleh hidup dengan harta yang korang perolehi secara haram tu!. Mungkin korang bangga...korang ada "cable" yg boleh melaksanakan kerja terkutuk korang tu tapi INGAT! kami anak Abah tak sesekali menghalalkan walau sesuap hasil yang korang dapat atas tanah Abah tu!. Berkat bulan Ramadhan ni..aku sumpah takkan selamat hidup korang.. Lebih baNyak hasil yang korang makan...lebih papa ler hidup korang tu...Aku doakan juga..muga Allah timpakan musibah sebagai pengajaran atas diri korang yang tak tahu membezakan hak orang dengan hak sendiri!AMIN...

Ingat! Doa orang yang teraniaya tu makbul...

Sunday, August 21, 2011

REDHA DALAM TANGISAN

Hari ni genap 4 bulan arwah abah pergi mengadap ilahi. Rasa macam baru semalam ditinggalkan kami 7 beradik..Korang agak camner perasaan aku time nie...Bercampur baur sampai kengkadang aku pun tak faham dengan mood aku sendiri.

Sabtu lepas , sewaktu berbuka di rumah iparku, adikku menegur sikapku yang sering menangis sewaktu menziarahi pusara Abah..Relakanlah Abah tu pergi...bila kita menangis tu cam kita tak redha dia pergi dan dia pun tak tenang..

Betul..aku akui semua tu tapi aku tak dapat menahan semua tu ditambah kerinduan aku pada Abah. Terasa seperti ada terkilan dihati kerana tak berjaya lagi menyempurnakan hajat beliau yang terakhir.. Maaf Abah...bukan aku tak redha Abah kembali kepada Penciptamu..memang Dia berhak keatas hambaNya. Cuma..aku terkilan banyak perkara yang tak dapat aku kongsi bersama Abah...

Raya tinggal 9 hari jer lagi...tapi bagi aku ianya menambah kesedihan aku. Tangan dan pipi yang biasanya dipagi raya kami cium...kini dah tiada lagi...Mee Hoon goreng yang biasa Abah hidangkan dipagi raya akan tinggal memori dalm diri kami..

Insya Allah Abah...aku akan cuba menahan airmata di pagi raya sewaktu menziarahi pusara Abah nanti..Tenanglah Abah...istirehatlah setelah Abah bertungkus luus membesarkan kami dengan kudratmu selama ini...Bunga2 yang mekar subur di pusara Abah lambang kasihsayang kami yang tiada penghujungnya...

Saturday, August 20, 2011

RAYA SAKAN KO YERR.


Bila tiba nak raya ni, umat Islam pun berpusu2 ler bershopping giler2 sepanjang bulan Ramadhan. Tu yang aku kagum dengan orang melayu kita ni kan...dalam perut berkeriuk lapar dan dahaga tu , masih bersemangat berjalan ke hulu kehilir untuk bershopping. Tapi..cuba kalu korang suruh depa ni gi solat kat Masjid ..mmmmph ade jer ler jawab nyer kan...

Bukan itu yang aku nak citer ni tapi korang perasan tak bila tang Cina atau India raya, tak ada ler iklan diskaun "maut" terpampang kat tv atau newspaper. Tapi kalu melayu yang raya...Nah!!diskaun 50% barang kemas!, perabot tak yah bayor sampai 2012 (Ko ligan jer perabot tu..peh tu suruh dorang tarik balik peh raya yerrr...)


Persoalannya di sini..sebab apa??Sebab masyarakat melayu kita ni memang suka berabih malah berhutang! Bagi yang tak ada duit tapi still nak berlagak mewah cam orang lain! lagi parah penyakitnya. Jiran tukar perabot baru...dia dah start tarik muka depan laki nyer...mogok sampai tak masak utk berbuka. (Minta dibelikan juga ler tu!)Oppps sorry...tu bukan aku okay! Aku ni mengamalkan hidup paling simple dan berbelanja ikut kemampuan.

Kalu korang gi umah aku tu tengok hiasan perabot cantik atau mahal sekali pun..semua tu aku dapati bukan dengan cara mogok atau piket dengan hubby aku tapi aku berbelanja ketika rezeki diberi Allah tu lebih dari apa yang aku jangkakan. Jadi tak salahkan kalu kita berbelanja... tapi dalam masa yang sama beringat untuk menyimpan duit untuk hari esok..

So..ambillah iktibar dari citer aku ni yer...Jangan kerana ghairah bersaing dengan jiran dan rakan..sanguup berhutang dengan ceti haram...nanti lepas raya..ko dengar dialog ni yer..."Woi kici..bunga tarak..pokok tarak...saya saman court dalammmm..(Aku pinjam dialog Dato Aziz Satar daaa...)

Bersederhanalah dalam segala hal....

Wednesday, August 17, 2011

NYESAL TAK SUDAH...

Orang sumer sebuk shopping beli baju raya. Aku? Hah! ni yang nak nangis nih..sehelai pun tak de tau...Semalam hubby aku ajak gak pergi beli baju utk aku tapi nak jadi citer, aku rasa penat semacam plak semalam.

Mana tak nyer..pepagi lagi kuar umah gi bayar cukai pintu...Dekat RM600 gak ler rabak poket aku. Tak bayar kang...due date nyer 31hb Ogos ni. Aku cukup pantang bayar penalty tau!. Selesai mendermakan duit ke MPS, aku pergi plak ngecek gate yang di buat di rumah sewa aku. Ialah kan..sebelum bayor, kena tengok dulu hasil kerjanya.
Kerja dia okaya tapi penyewa aku ni yang tak okay!. Tak ada gate, komplen nak gate..cermin motor pecah ler...suar hilang ler.Bila dah buat, pintu pagar tu ternganga luas tak bertutup. Nanti ler korang! memang nak kena tarbiah jugak dorang ni!.

Sudahnya..aku kepenatan dengan hari yang panas terik. Ni baru dunia ni kak Tipah oii...sok kat Padang Mashyar tak tau ler aku...Beria2 hubby aku ngajak, siap cakap lagi, you jalan ler pelan2...penat kita berhenti. Hah! yer lah tu..buatnya aku pengsan cam baby ari tu..tak kan ko nak dukung?


(Susah sangat..aku beli kain jer...tapi sempat ke lagi nak tempah?)


(Ni pun akak berkenan..tapi Baby bising..tak sama kaler dengan baju raya dia)
Ingat hari Jumaat ni aku nak gi shopping dengan my sister in law. Tapi yang leceh tu emak pun ikut..aku bukan tak suka bawak emak tapi ke cerewetan nyer yang aku tak tahan tu. Pergi 5..6 buah kedai..alih2 kedai yang mula2 gak yang dia nak patah balik.
Nak beli alas meja katanya...ye ler tu...silap haribulan dia beli baju lagik...awal2 dia dah ada 2 pasang.

Ni ler kata orang ..tolak tuah...kalu aku pegi semalam...dah selamat!Huhu...

Monday, August 15, 2011

LAGU RAYA MENYENTUH HATI

Pagi tadi..on the way nak ke opis..radio hotfm putarkan lagu raya mamat. Sedihnya aku dengar lagu tu...Selalunya kalu lagu raya dimainkan di radio..aku rasa cam bersemangat dan seronok untuk beraya walaupun dah tua2 cam ni tapi memandangkan tahun ni Abah 1st time tak dapat beraya bersama kami...tu yang sayu hati aku bila mendengar lagu2 raya ni.

Masa kami berbuka di Seafood restaurant ari tu..adik aku citer yang anak dia nak baju raya warna hijau tahun ni. Bila ditanya naper nak warna hijau..Jawapannya, atuk suka warna hijau..nanti atuk bangun la!. Tanpa aku sedar..aku menangis dengan jawapan yang diberikan. Jawapan sepontan dari sorang cucu yang benar2 mengharapkan atuknya aka beraya bersamanya seperti tahun2 lepas..

Dia ni cucu abah yang paling nakal dan keletahnya tu membuatkan abah sering menyakat dia. Penah sekali tu..masa abah tidur, dia amik gigi palsu abah dan pakai. Menjerit mamanya! Abah plak..selagi tak menangis cucunya ni..selagi tulah dia tak henti2 menyakat...sayang benar Abah pada cucu2nya.

Masa Abang dapat tawaran ke sekolah penerbangan di KLIA dulu...Abah berkeras membantah...atuk lebih suka kamu jadi chef, tak yah terbang tinggi tu...Bila ditanya apa alasannya tidak mengizinkan Abang terbang tu...dia jawap Atuk gayat!! usah! usah!.Abang dek sayang sangat akan atuknya sanggup melupakan impiannya ni...

BAJU & KASUT RAYA BABY!

Ahad lepas..kami sajer jalan makan angin kat Selayang Mall. Tup2 jumpa ler baju Baby dan dia pun cukup suka dengan baju tu. Peh beli baju...dia merengek mintak belikan kasut raya plak kat daddy nyer.Alasan sebelum kena komplen sebab kasut dah beli ari tu...tak match ler dengan baju kurung ni..Maka lembut ler hati si daddy ni membelikan dia kasut baru .




Yang tensionnya aku tu...tak nyempat2 nak balik...rupanya dia tak sabor2 nak try baju dan kasut raya nyer..Kureng asam tol! Baju mama tak beli lagi laaa...Masa dia tengah try baju tu kat umah...siap posing mintak aku snap gambo dia lagi.. Kejap jer besarnya anak kita yer..kat hubby aku sambil merenung kerenah anak dara dia yang tengah tersengih2 sorang2 depan cermin.




Saat tu teringt aku kat abang di Kuantan..Baju dia pun aku kena beli gak. Kang merajuk plak anak bujang aku ni balik pintu. Tapi sorri ler abang yer sebab mama tak berani belikan tanpa kamu ada sekali. kang jadik baju sari India plak ketat nyer. ari tu balik sekejap pun dah cam apam pipi nyer gebu semacam.

Sok bila balik nanti..mama bagi duit, beli ler sendiri yer. Lagipun dah jadi anak bujang ni..bukan boleh lagi mak bapak yang tentukan kaler dan pesen baju nyer. Cam baby tu pun dah ada citarasa sendiri..nikan lagi abang nyer.

BERBUKA KAT SEAFOOD RESTAURANT LAGI..


Macam tahun2 lepas..aku sering mengambil peluang di bulan ramadhan ni utk berkumpul adik beradik. Mulanya ingat hai nak ajak dorang berbuka di Istana Budaya di Jalan Tun Razak tapi tempat tak de plak..Rombongan aku ni ala2 rombongan Cik Kiah ramainya..sedangkan tempat ada cuma 4 orang jer..


Mulanya aku ingat nak kansel jer sebab ada plak ler di antara adik2 aku ni yang buat perangai plak ..merajuk cam bebudak hingusan..hilang mood aku terus aku ckp kat yang lain plan cancell!At last ...bila hati dah sejuk, aku plan nak buat tempat lain tapi adik aku yang kat RHB ni plak balik kampung. But..disebabkan aku dah janji dengan yang lain ni..maka terpaksa ler aku on jugak plan tu.


Kami makan kat satu Seafood Restaurant ni..makanannya boleh tahan gak sedapnya. Cuma ikan siakapnya comei bebebenor..tak cukup untuk makanan satu famili yang besar. So aku kena ler order seekor lagi..


Sempat gak peh berbuka tu..kami round2 kat Jusco yang berhampiran..ingat hati nak beli baju raya baby ler..baju raya aku gak..hihi.Tapi dah jumpa satu baju ni aku cukup berkenan tapi saiznya cam @#$%$#%! Saiz S dia punya ler besor..amik saiz XS plak ketat merat sampai tersekat kat dada tak leh masuk langsung. Sudahnya..huhu balik tangan kosong..

(Pokok kat belakang aku ni dorang buat dengan botol plastik mineral jer..tapi cantik jadinya)

KUIH RAYA


Sana sini orang sibuk membeli kuih raya yang pelbagai rupa dan warna tapi aku respect tol dengan ipar aku sorang ni yang lebih suka kuih yang dia buat sendiri. Lebih imat dan sedap katanya. Betul gak bila difikirkan.



Aku penah gak terkena dulu masa ghairah beli kuih kat Medan Tunku. Nampak kaler nyer..meriah giler beb..nama kuih pun boleh buat air liur meleleh ler..Bila rasa...semua sama. Rupanya depa ni uli tepung ,marjerin ,gula tah apa lagi bahan tu sama jer peh tu buat acuan lain2..tambah kaler yan pelbagai. Tipah tertipu ler akak masa tu. Nyesal tak sudah...Nak pulang balik kuih tu pun..tokeh kuih nyer pun tah dah balik kampung.

Baby paling suka menolong Maksu nyer membuat kuih ni..Sampai nak monteng tuition ler sok nyer...Peh tu sebuk suruh aku plak buat kuih sendiri. Aku ni tengah tak de mood nak menguli tepung ni tapi aku janji dengan dia..satu hari nanti, aku akan ajar dia buat kuih sendiri...Happy sakan dia...Tah2 hangat2 taik ayam jer budak nih...

Thursday, August 11, 2011

EH! AKU PLAK YANG KENA..

Bila tengok iklan Buffet Ramadhan kat hotel2 ni..cam biasa setiap tahun, aku akan bawak adik beradik berbuka puasa bersama2. Arwah Abah.. masa nilah nampak begitu gembira bila nengok anak2 nyer berkumpul. Memang berselera dia makan time tu..

Hari ni..hati aku jadi tersentuh bila salah seorang dari adikku menolak pelawaan aku..alasannya..arghh buat airmataku jatuh menitis. Biasa lah kan..adik beradik, carik2 bulu ayam, lama2 bercantum juga. Tapi lain kes nyer dengan adik aku yang sorang ni.

Mungkin dia kecil hati waktu aku menegur sikapnya yang tak henti2 berselisih faham dengan adik yang sorang lagi. Dah ku terangkan..yang aku tak menyokong mana2 pihak sebab bagi aku, kedua2nya ada silap masing2.

Salahkah aku sebagai kakak menegur kalian yang kadangkala membuat keputusan tanpa ada pertimbangan dan akal yang waras?. Adik2ku...Abah kita dah tak ada.. bersatulah..janganlah korang berpecah belah. Tak terfikirkah korang camner keadaan Abah yang tak tenteram dengan sikap keras kepala korang masing2.

Aku tau malah faham..sejak dulu Abah sering pertanggungjawabkan aku untuk mendamaikan adik2 yang bergaduh sesama sendiri. sebab itulah, aku tak kisah korang marah atau nak menjauhkan diri dari aku. Sekurang2nya ..aku dah jalankan amanat arwah abah untuk menyatukan kalian semua.

Sudahlah Ramadhan tahun ni, aku bersedih kehilangan abah...korang plak menambah duka yang sedia ada...

Wednesday, August 10, 2011

BERBUKA PUASA DI DE CHIENGMAI THAI RESTAURANT

Semalam..kami tiga beranak berbuka puasa di De ChiengMai Thai Restaurant yang terletak di Sg. Buloh. Tempatnya memang ler cantik dengan hiasan ala Thai siap dengan ukiran lagi.


Makanannya pun begitu sempurna. Tomyamnya..perghhh terangkat podeh nyer! tapi keless gitu. Memang puas hati ler kalu reganya mahal pun sebab berbaloi kan.




For yor info..sayur2an di sini ditanam sendiri..so segar dari kebun ler senang cakap kan. Paling aku suka hiasan dan bilik VIP nyer..Siap dengan kolam ikan dan replica binatang sebagai penyerinya.







(Ni..di antara juadah yang paling istimewa kat sana)

Tuesday, August 9, 2011

HANGIN SEMEDANG !

Kalau lah aku tak fikir yang aku tengah berpuasa di bulan yang mulia ni..mau jugak aku maki orang yang komplen kat MPS tentang kereta yang aku parking di luar kawasan rumah.

Bukannya kereta aku tu mengganggu lalu lintas atau parking cam India mabuk todi. Kalau nak dikirakan..bukan kereta aku jer yang parking kat luar rumah. Kebanyakan penghuni kat area tu semua ada kereta lebih dari satu. Mengapa plak kereta aku saja yang terima notis. Cam ada double standard plak MPS ni!.

Dulu aku pernah buat aduan tentang satu tadika yang seringkali menghalang kami penduduk kat situ untuk masuk ke lorong tersebut. Dorang main parking ikut suka suki opah dorang jer..Di horn pun..dia buat bodoh jer. Memang bodoh ler pun!. Dua kali aku buat report tapi sampai la ni..MPS tak ambik tindakan pun. Kereta aku yang parking elok tepi rumah tu yang diintai dorang plak.

Semalam hubby aku tanya neighbour sebelah umah..samada dia ke yang komplen kat MPS. Pandai berlakon rupanya Hindraf sekor ni!. Biasalah kan...orang dah berak tepi jalan ..tak kan ngaku..tapi kat notis tu tulis kereta aku diletakkan berhadapan rumah dia..Kalai ikutkan kereta aku parking tak lebih seinci pun masuk kawasan umah dia sedangkan dia kalu parking kereta main ikut sedap tunggang terbalik. Selagi tak menghalang laluan aku..ko selamat ler.

Aku tau..dia komplen sebab dia sebenarnya nak letak keretanya kat situ..Poraaaah! tak kan aku bagi..Dah ko hitamkan nama aku kat MPS tu..ada hati plak nak letak kereta kat kawasan aku. Aku ni..kalu orang baik..aku memang baik tapi kalu ko hati jahat...aku seribu kali jahat tau!.

Sunday, August 7, 2011

TAKDIR PENENTU SEGALANYA


Dah jadi lumrah alam kan..ari ni kita tengok pasangan ni bagai merpati sejoli..kesana sini berdua tapi esok ..kesaorangan dan lusa pulak dah berpasangan dengan orang baru..

Semudah itu kah hati seorang manusia ni cepat benar berubah? Lupa dengan ikrar dan janji setia yang dilafazkan.. Mana perginya perasaan yang dikatakan lahir dari hati nurani yang suci murni tu?. Semuanya hilang bagai angin lalu...



(Sebagai hiasan jer...)

Cinta kemudiannya beralih arah..Begitu mudah melupakan kenangan terindah sebelumnya lalu cinta beralih arah...Terdetik juga di hati, mampukah kenangan silam sebelumnya hilang begitu saja?. Mampukah kita membohongi hati dan perasaan bahawa kenangan dan cinta pertama itu paling sukar untuk dilupakan..



Takdir Tuhan menentukan segalanya...cinta yang dibina untuk sekian kalinya juga berakhir tidak kesampaian..Tertanya juga kita ...di mana silapnya?. Itu lah yang dikata bukan jodoh yang ditetapkan untuk kita. Biar berusaha sedaya mungkin namun takdir penentu segalanya.

Biar beribu cinta yang dicari, namun sekiranya takdir menentukan sesuatu untuk kita..pasrahlah dan terimalah ia dengan seadanya..

BABY PITAM...ALA SIAN NYERRR.

Hari Sabtu, kami buat majlis berbuka puasa kat umah adik aku di Ulu Kelang. Dah makan segala juadah..berbual panjang lak..baru ler balik umah memasing. Tah kenapa, aku bole lupa kunci jam..

Alkisahnya celik bijik mata jer..amik ko! dah kol 6.05 pagi! Kesian hubby dengan anak dara aku...Sebagai semangat untuk dia terus berpuasa tanpa sahur tu, aku ajak dia shopping beli baju raya di Medan Tunku. Anak dara aku ni sebijik ikut opah dia. Kalau sakit, dengar nak bershopping, sepantas kilat sembuhnya. Terapi yang biasa aku gunakan untuk mengubat mak..hihi

Sepanjang berasa di sana , tak de plak ler yang berkenan di hati. Pusing punya pusing, tetiba baby bagi tau dia pening...nak duduk kejap. Dia nak balik tapi time tu mukanya tetiba pucat lesi dan badannya sejuk semacam. Boleh.. dia tak bagi tau aku yang dia nak pitam!.

Hubby aku dukung dia sampai ke Masjid India yang berhampiran. Ingat hati nak cari air untuk basahkan kepalanya. Lorr..air pun tak de kat paip luar tu!. Masa aku suruh dia berjalan ketepi dinding tu..tetiba badan dia lembik terkulai...Nasib baik ada sorang hamba Allah tu datang memicit kakinya..Hubby aku time tu minta baby berbuka puasa tapi dia berkeras nak teruskan jugak. Jam time tu dam sekitar 5 lebih...Sayang gak kan kalu nak bukak..

At last...kami balik tangan kosong...tak pelah yang penting baby selamat..Risau aku tengok mata dia cam terbalik time pitam tu..Trauma aku tak hilang lagi sejak pemergian Abah...jangan ler apa2 terjadi kat anak2 aku pulak..Nauzubillah..

Thursday, August 4, 2011

KENANGAN MASA KECIL DIPAGI RAYA

Kalau dibandingkan zaman beraya sekarang ni dengan zaman aku kanak2 dulu..jauh bezanya..Zaman sekarang ni , kau tengok anak2 aku..lepas solat hariraya terus dok depan tv. Dulu raya pertama jer,kami adik beradik berserta sepupu penat berjalan sana sini beraya rumah saudara mara.

Antara rumah yang paling aku suka pergi ialah rumah emak saudara kami yang kami panggil Wan tunggal (Dia ni anak tunggal). Masa sampai tu..dia plak tak de di rumah dan pintu tak berkunci..Apa lagi kami pun buat ler cam rumah sendiri...kuih pun dah ada atas meja dan perut pun dah lapar.Memang kami tibai dan pulun habih kuih dia.Dah kekenyangan tu..apalagi masing2 tidur terbontang kekenyangan.

Sedar2 jer wan tunggal balik. Mengamuk sakan dia tengok pintu rumah dia terbukak dan kami plak semua tidur. Paling hangin tu..bila dia tengok kuih muih dia habih!!.Apalagi sebagai denda, kakak dan sepupu aku yang sebaya dengan dia disuruhnya basuh periuk belanga dia di dapur. Untung aku kecik lagi time tu...kalu tak mesti kena join depa!

Bila aku citer kat Baby..cam terkejut dia. Tak sangka mama dia nakal cam tu katanya...Baru tau yerr...tu belum aku citer lagi bab kami kena hambat sebab mandi kat tali air...

Wednesday, August 3, 2011

JIMAT BERJIMAT


Ingatkan bulan puasa ni boleh ler aku berjimat cermat sebab tak yah kuar lunch tapi rupanya...hampeh. Sekali tengok bil dalam peti surat rumah aku...penuh dengan bil cukai pintu, bil telefon dan segala jenis bill.

Nak tak hendak kena ler settlekan dalam bulan di gak... expecially cukai pintu yang berakhir pada 31/8/2011 ni. Sapa kata jadik tuan tanah gedaung ni seronok. Nak tau seronok ke tak..time ni lah cam nak menangis tengok bil yang udah hampir setengah gaji aku!

Rasanya bulan ni budget aku memang dah lari jauh dah. Dengan modified keta si abang lagi...dengan bayar kontraktor paip lagi ..dengan buat gate untuk umah sewa lagi...lagi! lagi! dan Lagi!!.Accountant bertauliah camner pun fail ler menghadapi saat genting camni...

DURI DALAM DAGING!

Apa perasaan korang kalau korang cuba menyelesaikan sesuatu permasalahan tu tapi ada insan lain yang cuba mengeruhkan keadaan malah menjadi duri dalam daging!



Dah tentulah ada sebab mengapa hamba Allah ni berbuat demikian. Samada untuk keuntungan dirinya sendiri atau atas dasar iri hati. Masalah tanah arwah abah hari tu, hampir menunjukkan jalan penyelesaian. Tapi seperti yang kujangkakan ada suara2 sumbang di belakang tabir yang tak senang dengan keputusan kakak saudaraku menyerahkan tanah tersebut kembali kepada kami.

Aku benar2 tak faham dengan sikap mereka. Kedatangan kami ke kampung bertujuan untuk menyelesaikan kemelut bagi kedua2 pihak samada pihak arwah pakcik mahupun arwah Abah. Mereka pun tahu malah sedia maklum yang arwah abah sepanjang hayatnya adalah seorang yang lurus dan tak pernah menipu apalagi untuk merebut tanah yang sekangkang kera tu. Cuma arwah abah terkilan dengn sikap abangnya sendiri yang sanggup menganiaya dia.

Memang abah banyak tanah di kampung.. tapi adakah kerana itu abah perlu memberikan secara percuma kepada anak2 saudaranya yang susah sedangkan abah sendiri mengikat perut untuk mengumpul harta untuk anak2nya. Bebeza dengan sikap pakcikku...kebanyakan tanah pusaka yang dimilikinya dijual atas sebab tertentu. Rasanya tak perlu kuceritakan di sini kerana pakcikku pun dah tiada...anak2nya lebih mengetahui sikap ayah mereka sendiri.

Walaupun aku ni bukanlah seorang yang arif tentang ugama tapi kami adik beradik di ajar tentang dosa dan pahala...antara halal dan haram. Mana mungkin kami sanggup menipu dan mengambil barang yang bukan hak kami.

Buat insan2 duri dalam daging yang cuba mengagalkan rancangan baik kami ni. satu jer aku nak pesan...sempena bulan mulia ni..rajin2 ler bukan kitab Al-Quran tu...cari tentang hadis yang mengatakan tentang perbuatan haram memakan harta anak yatim...Kalau korang rasa, korang di pihak yang betul, teruskan lah tapi ingat! harta pusaka dan hak orang ...jangan dibuat main2! Kelak makan diri sendiri!

“Sesunggungnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zhalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).” (An-Nisaa’:10)

Teruskankan niat sapa2 yang bersubahat tu ...menganiaya arwah abah sepertimana arwah ayah korang lakukan! Kemana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi kan????

Tuesday, August 2, 2011

IMPIANKU SUATU HARI NANTI - ISTANA HINGGAP



Kalau orang impikan rumah batu banglo yang tersergam..aku ada impian sendiri iaitu membina rumah papan seperti gambar di atas. Rumah melayu yang bercirikan melayu klasik tradisional gitu...

Tau naper aku suka umah camni? Aku nak mengimbau zaman kanak2 aku dulu.Rumah camnilah yang Abah bina untuk tempat berteduh kami sewaktu di kampung dulu.Rumah yang dibina atas daya dan keringat Abah sendiri dan dengan bantuan seorang hamba Allah yang tak kan kulupa budi dan jasanya pada kami sekeluarga.

Rumah impian aku ni bukan ler tempat duduk tetap tapi sebagai "istana hinggap" jer. Bila2 dah boring dok rumah batu tu, boleh ler kami bercuti kat umah ni plak. Rasa dingin dan nyaman berlantaikan kayu dengan suasana ala desa tu membuat aku rasa tenang dan damai jer.

Monday, August 1, 2011

MENGHARAP PADA YG TAK SUDI

Apa diharap padi seberang
entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sayang entahkan tidak

Pantun ni pantun lama. Sajer aku tulis semula dalam blog nih. Pantun yang mengisahkan tentang kasih seseorang yang tak kesampaian. Dalam mencari pasangan ni kenalah ada kesesuaian nyer.

Kalau muka lawa tak per lah ko nak pilih yang tampan juga tapi kalu muka ala2 jer tu..hihi tak usah ler bermimpi di siang hari plak.

Lagi pun lelaki zaman sekarang ni memilih gak walaupun laki orang. Kalau ko tu kategori ala2 perempuan gedik lagi ler tak laku sebab ramai gak lelaki zaman sekarang allergic dengna perempuan yang terkejar2 jantan ni. Dia plak yang over!

Kalu hubby aku tu, mesti dia kata perempuan camtu elok lelong jer kat pasar malam sebab cheap bebebnor...cam tak de harga diri. Nak bercakap pun cam budak tak de gigi..pelat2 lagi..Tu belum lagi ko tengok cara dia nak mengeluarkan ayat beracun dia tu...cam lintah kenyang..mengeliat2!

Moral of the story, kalu nak mencari tu bior ler cermin diri tu dulu...Bukan suruh korang tambah foundation korang yang dah 4 inci tebal tu..tapi muhasabah diri. Kalau dah kail tu panjang sejengkal..jangan ler lautan dalam yang nak diduga...Dalam maksud aku tu tau! Pada yang terasa tu...bebawak ler bertaubat ler..Dah ada laki tu, jangan pulak kuar cari pintu belakang yerk...