Sunday, July 4, 2010

AZAM TAHUN 2010 - DAH TERCAPAI ?


Setiap awal tahun masing2 memasang azam. Tapi adakah azam yang kita buat tu dah terlaksana sepenuhnya atau hanya tinggal separuh jalan? Memang bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu azam tu tapi ianya tak mustahil juga kalau kita benar2 ada kesungguhan untuk menjayakannya.

Antara faktor2 mengapa azam yg kita buat tu tak tercapai:
1. Azam tanpa usaha
Bila azam yg dibuat tu berkobar-kobar tapi tidak disetakan dengan usaha gigih untuk mencapai matlamat yg kita inginkan, samalah seperti angan2 Mat Jenin...

2. Mengharapkan azam tercapai dalam jangkamasa singkat.
Ini yg memang selalu kita harapkan bukan? Tapi korang kena ingat, bukan mudah untuk merealisasikan sesuatu impian tu. Perasaan keciwa tulah yg membuat kita cepat putus asa di tengah jalan...

Apa yg perlu anda buat?

1. Tentukan Matlamat
Dalam mencapai sesuatu azam yg dibuat,kenalah ada matlamat atau target kita.Untuk itu, anda kena ada perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang.

2. Ukur pencapaian anda.
Pencapaian anda boleh diukur dengan melihat kepada sasaran dan pelan tindakan yang anda telah buat. Dari situ, kita dapat menilai sejauh mana keberkesanan usaha yg telah kita buat.

3. Role Model
Untuk berjaya dalam mencapat matlamat yang diidamkan, kita kena lah ada role model yg boleh dijadikan idola bagi menguatkan azam kita itu.

4. Iringi dengan doa.Usaha untuk mencapai azam tersebut lebih baik sekiranya kita iringi dengan doa supaya azam kita dipermudahkan Tuhan untuk mencapainya.

So! kawan2..masih belum terlambat untuk anda berusaha untuk bangkit sekali lagi!Masa masih ada dan masih sempat untuk anda meneruskan usaha yg terbengkalai..Jangan cepat give up!SHOOT FOR THE STAR, IF YOU DONT GET IT..YOU STILL GET THE MOON

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com